MCA dan GERAKAN berbohong?Malaysiakini.

| |
Saya mengikuti dengan penuh harapan pelbagai kenyataan yang di keluarkan oleh MCA mahupun Gerakan susulan dari penahanan dibawah ISA keatas blogger Raja Petra, YB Teresa dan wartawan Sin Chew. Teresa dan Cik Tan telah dibebaskan manakala Raja Petra (RPK) masih ditahan di bawah seksyen 8 ISA di Kem Kamunting.

Kedua-dua parti besar komponen BN itu telah mengeluarkan usul dan kenyataan akan memastikan ISA akan lebih dihalusi penggunaannya. Dan saya sendiri pernah "terkejut beruk" mendengar satu kenyataan akhbar dari Wanita Gerakan bahawa ISA mesti di mansuhkan!

Sebagai mangsa ISA, sudah tentu saya mengharapkan satu keajaiban . Saya memang berharap sangat keajaiban itu akan memberi peluang semua tahanan ISA di Kem, semuanya dibebaskan dengan segera.

Saya beri tabik(salute) pada kedua-duanya kerana begitu lantang menyatakan pendirian mereka yang mahukan ISA di kaji semula. Tetapi, tabik itu tidak lama kerana baru-baru ini, ketika YB Lim Kit Siang dari DAP ,mencadangkan satu petisyen yang sepatutnya dipersetujui semua MP supaya ISA di bahaskan di Parlimen, hanya seorang saja Ahli Parlimen dari BN yang bersetuju dengan petisyen itu.

Dimanakah ahli Parlimen MCA dan Gerakan ketika itu?

Sekarang saya faham, MCA dan Gerakan sebenarnya hanya berbohong! Rakyat dilihat sedang panas dengan isu itu dan kedua-dua parti itu pun teringin menumpang nama dari "kehangatan" ISA kesan penahanan RPK,YB Teresa dan Cik Tan. Sebenarnya, kedua-dua parti itu tidak teringin langsung supaya ISA di kaji semula, apatah lagi dimansuhkan!

Syabbas kepada YB Lim Kit Siang kerana telah berjaya meberi ujian kepada kedua-dua parti itu. Sekarang kita semua sudah tahu the true colours of those two political parties!!!

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]