Kenapa Bukit Gantang???

| |

Gambar ihsan dari zorro -unmasked.


Kempen PRK dua Bukit dan Batang Ai telah memasuki hari ke empat. Dari pemerhatian saya, media , samada dari pihak kerajaan BN atau media baru Pakatan Rakyat, sebahagian besarnya bertumpu di PRK Bukit Gantang.Dan jelas sekali, berita-berita dari media baru PR, terutamanya yang datang dari masyarakat bloggers, memberi impak yang tinggi kerana ianya di hidangkan mengikut "style" , citarasa tersendiri dan "non-stop" . Memang menarik!!!

Saya cuba mendapatkan pandangan beberapa orang aktivis masyarakat, destinasi manakah yang menjadi pilihan mereka untuk tiga PRK ini.

Ali (bukan nama sebenar) - "Sarawak jauh sangat. Tambang mahal. Bukit Selambau pasti PKR menang, sebab MIC tak laku. Yang best Bukit Gantang, tengok macam mana perangai orang UMNO kempen kat situ. Lagi pun calun PR di Bukit Gantang kan menyakitkan hati pemimpin UMNO, kami nak tengok gelagat pemimpin UMNO ni sebelum saat-saat akhir parti tua ni di buang ke Sungai Perak!!!" jawab beliau panjang lebar, sambil tersenyum.

Ahmad (bukan nama sebenar) -" Bukit Gantang lah best! Calun PR memang dah terkenal. Apa UMNO nak buat untuk burukkan calun kita tu? Memang menarik lah!!" kata beliau dengan suara yang begitu bersemangat.

Cukuplah dengan dua pandangan itu....Bagaimana dengan pilihan anda pula?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Umno pasti terkubur dan tersungkur maut...InsyALLAH.

Azman bkt gantang

Atriza berkata...

Insya`allah keadialan dan kebenaran pasti terserlah..Jangan takut jangan gentar, teruskan perjuangan juga realisasikan dengan doa, insya`allah senjata itu lagi hebat dari pedang ataupun tembakan fru itu.

Salam Perjuangan bersama.

arizWanmerahs berkata...

aku tak peduli saper yang akan menang. Tapi saper2 yang dah menang tu, kalau malas buat kerja, aku terajang masuk sungai perak! Namun dalam hati kecik aku ni, teringin nak tengok Nizar menang hehehee..

Tanpa Nama berkata...

Satu cara untuk semua orang di Malaysia mendapat keuntungan melalui politik ialah dengan mengadakan mogok meminta politikus membeli undi secara LANGSUNG.

Gunakan apa-apa cara sekalipun: surat, email, blog, flyers, buku, sistem pesanan ringkas, zine, sticker. Segala-galanya untuk mendapat duit dari politikus, selain keluar peluh bertekik tengah panas dan menumbuk langit, cara ini lebih senang dan sesuai untuk semua orang. Dari semua jenis kelab politik.


***


Dengan segala hormatnya di jemput:

Tun/ Dato Sri/Datin Sri/ Tan Sri/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Haji/ Hajah

Untuk datang ke rumah saya di ____________________________, sebelum tarikh mengundi,
agar boleh kita berbincang mengenai harga undi yang boleh dirunding memandangkan saya ialah rakyat Malaysia yang ingin memberikan sumbangan kepada pihak tuan. Secara ikhlas atas nama Perjuangan Rakyat.

Dengan rendah hatinya, saya ingin meletakkan harga bida saya untuk satu undi iaitu RM ________ Juta.

Saya mengharapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama memandangkan kemenangan sukar diperolehi melalui undian kosong (undian biasa), atau ceramah biasa.

Sudah tentu, tuan juga boleh berunding dengan jiran-jiran saya mengenai harga pembelian undi, mengikut ketetapan mereka.

Semoga, parti tuan akan mencapai kemenangan maksimum dengan pembelian undi tuan.

P.S pembelian undi lebih bererti diadakan secara terus dari rumah ke rumah.

Yang Ingin Berjuang,



____________________.
( )

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]