Ir Nizar adalah jelmaan ANWAR dalam PAS.

| |

Dalam arena politik Malaysia, bila sebut saja nama ANWAR IBRAHIM, seolah-olah rakyat Malaysia bagaikan semut yang begitu fanatik mengerumuni gula. Dari masyarakat bandar hinggalah ke kawasan desa dan kampung, nama itu begitu besar dan gah. Pidato beliau memang memikat hati sesiapa saja yang mendengarnya....


Sebab itu lah Tun M, juga tertarik pada X-faktor dalam diri DS Anwar, hingga beliau di angkat dan terus diangkat , di gunakan dan terus di pergunakan, hinggalah tidak diperlukan lagi pada 2 September 1998. Dan tarikh itulah bermulanya reformasi , yang menyaksikan kejatuhan Tun M dari pemerintahan hebat selama 22 tahun!!!


Itu DS Anwar Ibrahim.


Namun, tiada siapa menyangka, di tahun 2009 ini, bila protege Tun M melakukan perkara yang hampir sama terhadap seorang Menteri Besar di negeri pilihan rakyat, rupanya keluarlah sebutir lagi permata dari celah-celah kehancuran Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.


Tiba-tiba ada nama baru, Ir Nizar, seorang yang bersikap rendah diri, teguh pada prinsip perjuangan dan tabah menghadapi pelbagai tindakan buruk yang di usahakan oleh kerajaan UMNO/BN. Secara mendadak Nizar menjadi ikon baru dalam senario politik Malaysia. Rupanya beliau juga ada X-faktor yang membuatkan rakyat jatuh kasih bila bertemu dengannya.


Adakah semua ini suratan atau kebetulan? Namun yang jelas, hari ini nama Nizar meniti dari bibir ke bibir... seorang Menteri Besar yang sah tetapi telah dijadikan mangsa kezaliman UMNO/BN yang berusaha sepenuh kudrat beliau untuk menjaga amanah rakyat Perak yang telah lama rindukan perubahan, yang telah bertahun-tahun ingin membebaskan diri mereka dari belenggu kesengsaraan pemerintahan BN.


Betul lah kata En Lutfi, Pengarang akhbar HARAKAH yang sedang di gantung oleh Menteri Dalam Negeri.... Nizar adalah jelmaan Anwar dalam PAS!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan dia ikut perangai anwar suka pintu belakang dah!!!!

Ummidinni berkata...

Ni sorang lagi malaun. Nak komen tapi takut letak nama. Dah tu tuduh2 orang. Sedor le sikit. Dalam umno tu ramai yang main pintu depan secara haram. Takpe ke pintu depan yang haram tu?

Tanpa Nama berkata...

NIZAR adalah ikon seluruh rakyat malaysia. Udah pasti Sebutan namanya dah jadi jenama keluarga masing2 yang blh menyatukan berbilang suku kaum di malaysia.NIZAR pasti ada dlm sejarah politik yg menjadi tokoh yang terkenal pada zaman kini.UMNO/BN bagai sebuah nangka yg busuk udah jatuh pecah hancur dan rosak sebab ada penyakit kanser dan kuman2 tidak blh di ubati.Perayalah NIZAR blh menang BKT Gantang dgn selesa. Dia adalah org tokoh perubahan dan harapan rakyat malaysia.SElaku akan jadi PM masa depan. Syabas NIZAR.

kakidaR berkata...

Bagi aku..Nizar adalah Nizar..dia tak sama cam Anwar kerana Auranya dan mutunya (maaf dari hati yang ikhlas ni) melebihi dari DS Anwar. Cuma aku harap Nizar tidak berubah hati...dan tidak sombong dan angkuh bila berkuasa nanti..sebab harapan aku dialah PM aku nanti.

Tanpa Nama berkata...

aah. IR Nizar. sy nak jadi IR gak!

bERANIKAN hATI berkata...

anwar kencing berdiri, nizar kencing berlari. Insaflah sahabat, suruh pulangkan camrytu, jangan buat harta peribadi. Itu semya harta dunia, kita perjuangkan agama dan PAS melihat ke akhirat. Tapi kebanyakan pemimpin PAS ini merebut dunia seakan tiada akhirat

Tanpa Nama berkata...

hoi beranikan hati..ko nie org umno-bn yg bodoh dan bengap kan...ko patut suh ali rustam 2 letak jaw dulu..da la rahsuah n then nak pgg lg jawatan ketua menteri..huh bodoh giler ko bersama ngan pemimpin umno ko...

khadijah berkata...

Sekarang ni,trend kita memanggil org berdasarkan parti..org umno,org pas,org pkr..tu yang membuatkan kita semua rasa sombang dan bongkak memenangi parti masing2.cuba fikir sejenak...dalam keadaan waras...kita semua adalah orang MELAYU ISLAM....lebih dan kurang kita ialah ilmu dan amalan.kita boleh lihat sesorang melalui tutur tata,bahasa,dan pengetahuannya mengenai sesuatu perkara.
Ir Nizar jelas pembawaannya..daripada keluarganya sampailah kepimpinannya.Membawa ISLAM dan AMANAH dalam kehidupan.
Nak cari pemimpin yg macam mane lagi??---
sapa yg tak suka pada dia,anda boleh memberi komen pada blog2 yg setuju dgn anda..
kami adalah rakyat yg mahukan keadilan dalam negara-
kami mahukan pemimpin yg memegang ajaran agama islam yg kuat,kerana dengan ajaran islam sahaja dunia akan makmur...Semua hak akan terjaga..

Semoga Allah memberi kejayaan kepada org2 yg menegakkan kalimah Allah dan keadilan dimuka bumi ini..Amin

Tanpa Nama berkata...

IR NIZAR!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]