Pulangkan HARAKAH dan SUARA KEADILAN pada rakyat!!!

| |
"Pakatan Rakyat melihat penggantungan dua lidah resmi ini sebagai satu pencabulan hak asasi yang amat serius pada rakyat Malaysia yang dahagakan ketelusan dan kebenaran dalam penyampaian maklumat. Pulangkan lah hak mereka....Jika benar ada dua akhbar itu memutar belit fakta, bawa sajalah ke mahkamah, biar hakim yang membuat keputusan samada nak gantung atau tidak" demikian disepakati bersama oleh ketiga-tiga wakil saf Pakatan rakyat iaitu YB Tian Chua dari PKR (Suara Keadilan) YB Mahfuz Omar dari PAS (HARAKAH) dan solidariti dari YB Teo Nie Ching dari DAP yang mewakili Roket.Satu memo bersama telah dihantar ke SUHAKAM semalam sebagai salah satu cara untuk bertanya, kenapa lidah rasmi dua parti terbesar di malaysia itu di gantung selama 3 bulan dan bertepatan pula dengan tarikh pilihanraya di tiga tempat di Malaysia bulan depan.

Memo itu telah diterima oleh Puan Hashimah, setiausaha SUHAKAM yang mendakwa kesemua 32 orang pesuruhjayanya "telah keluar" untuk melakukan pelbagai urusan lain dan tiada seorang pun yang dapat hadir untuk menerima memo tersebut.SUHAKAM yang sepatutnya menjadi "guardian of human rights" di Malaysia, sepatutnya memandang isu penggantunganini sesuatu yang lebih serius.
"Suara Keadilan akan tetap keluar macam biasa.." demikian tegas saudara Zunar yang mengetuai lidah resmi PKR itu. "Selama ini pun kita dalam keadaan yang sentiasa ditekan oleh kerajaan UMNO/BN." ujarnya lagi.Namun, beliau tidak dapat lari dari rasa bimbang nasib yang bakal menyelubungi rakyat Malaysia yang mana penggantungan ini adalah "the beginning of the new premiers dictatorship" terhadap hak dan kebebasan rakyat.
HARAKAH dan Suara Keadilan adalah dua akhbar kegemaran rakyat yang berani menyiarkan dan mengupas isu pencabulan hak asasi yang amat sensitif seperti penahanan tanpa bicara ISA dan pelbagai penyalahgunaan kuasa yang lain.


"Tiada istilah cuti... kami bekerja macam biasa" demikianlah yang di tegaskan oleh adik-adik wartawan di HARAKAH. Bagi Anis, Nyza, Intan dan Sardon, penggantungan ini pasti akan merugikan pihak berkuasa kerana sudah tentu rakyat akan menjadi lebih meluat dengan usaha jahat kerajaan yang mahu menyekat rakyat dari mendapat sumber berita yang lebih jujur dan terbuka.Ketua mereka, En Lutfi tidak hadir di SUHAKAM semalam kerana berada di Kedah untuk memastikan persiapan media milik PAS menjelang PRK Bukit Selambau berjalan dengan baik.


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]