6 Mac juga di cabul oleh ISA.

| |
Sejak 6 Mac 2003, hari lahir saya disambut disambut dalam suasana muram kerana teman hidup saya sedang dikurung tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting. Kad ucapan, sejambak bunga , cokelat Ferro Rocher atau Van Houten sudah menjadi kebiasaan, hadiah dari para pelajar diharijadi saya.Ada ketikanya, ia disertai sebiji kek coklat lembab dan ice-cream coklat untuk di makan bersama di waktu rehat.... ahhh!!! segalanya adalah antara kenangan yang terlalu indah untuk diingati. Thanks, dear pupils, I luv all of you!!!
"Happy birthday to my beloved mum...." Semenjak ketiadaan bapanya, Suhaib adalah orang pertama yang akan memberi ucapan hari jadi pada saya....Syukran Suhaib.
Kebiasaannya, adik-adik saya akan menghantar ucapan melalui sms sebagai tanda ingatan terhadap hari jadi kami."... didoakan agar dihimpunkan segala kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman para salafus soleh pada mu..." ucap Hajar, yang sedang memegang anaknya yang tidak berambut itu. Sekian lama SB cuba merosakkan jalinan persaudaraan kami semua tapi akhirnya... kasih sayang kami bertaut dan rapat kembali.... My eldest and youngest brother also wrote kind words in their smss.Thanks to you guys.

" Happy birthday in advance... if Abang Mat Sah ada..." demikianlah ucapan dari Tina dari Bar Council HR yang membuat hati ini hiba. Thanks Tina.Selain ucapan dari Tina, baru perasan di facebook saya ada ucapan dari Chen, wartawan Merdeka Review dan Dara Wahida dari Perak BAR. Tidak dilupakan adik-adik dari SUARAM... Mun Hui, Chaiyi, Nalini... thanks for the wishes. They means a lot to me....



Cantik kad hari jadi warna hijau dari Asma, sangat istimewa kerana ianya tidak dijual dimana-mana kedai kad.Its personally cut and designed for me!!! Asma', thanks for the birthday card.




Birthday celebration would be meaningless without the presence of "my other half". Tako-tao, chocolate cheesecake, blueberry cheesecake, sushi, mushroom fried rice, icecream and fresh orange(my goodness)......really made the moment more than just a simple dating!!!Thanks for the treat Nash, but we definitely not advisable to have these courses quite often because they will ruin our daily diet.....

Saya tidak tahu, bilakah 6 Mac dapat di bebaskan dari belenggu ISA.....

8 ulasan:

momo berkata...

kak laila,

a kind of a very sad posting while celebrating your birthday.

rasanya sudah sampai masanya akak mula mengorak langkah di pentas yg lebih tinggi. mungkin berjumpa dengan barack obama yg bercita2 menutup guantanamo. terangkan kepadanya perasaan tahanan dan perasaan ahli keluarga yg menderita akibat penjara tanpa bicara.

di malaysia ruang menyatakan perasaan walaupun terbuka tapi tidak diendahkan oleh pemimpin UMNO yg berperangai spt beruk dan kera.

terangkan kepada asean, asia, asia pasifik dan dunia tentang kerosakan yg ISA lakukan kepada mangsa dan keluarga tahanan tanpa bicara. pastinya tahanan di guantanamo dan penjara2 sedemikian memiliki keluarga. apa nasib mereka?

biar mata dunia dibuka untuk melihat kejahatan pemimpin2 UMNO yg berlagak baik. terangkan kepada seluruh media bebas di luar sana (Al Jazeera, Liberation.fr dan lain2). gunakanlah seluruh contact dan peluang yg ada untuk pergi ke luar sana. malukanlah pemimpin2 durjana ini semalu-malunya kerana itu yg terbaik buat mereka.

akhir kata. selamat hari jadi untuk akak dan seluruh mangsa yg mewarisi penderitaan ISA durjana.

bakaq a.k.a. ~penarik beca berkata...

Selamat hari lahir dan semoga makin kuat menentang penjahat!!!

thanaif berkata...

Bagaimana jika kita melihat kesan krisis ekonomi menjadikan pembiayaan tahanan dipotong sementelahan telah diakui bahawa penahanan yang tidak dibicarakan adalah kerana bukti yang hanya diandaikan tanpa upaya disahihkan untuk undang-undang melaksanakan keadilan?

Dengan rendah diri ingin diluahkan kemeluatan rasa dengan penekanan yang keterlaluan terhadap pembudayaan mengikonkan kepimpinan luar (khususnya setelah dijayakan pembolehan warna kulit menjadi peneraju sebuah negara yang masih boleh dipertikaikan teras-teras kepimpinannya memakenismekan kemanusiaan keamanan kebersamaan tetapi berencana dengan agenda pemulihan yang dikawal selia dengan peraturan protokol untuk menghadkan keglobalan komunikasi itu sendiri).

Apakah penyatuan di antara warga negara-negara yang merdeka di dunia ini memerlukan sudut pandang-sudut pandang yang lebih mentrampilkan mereka sebenarnya belum benar-benar bebas dan merdeka?

Tanpa Nama berkata...

laila,
hapi belated bthdy...
"lawan tetap lawan"

-makman

SAJ berkata...

A belated Birthday Greetings.
May all your wishes come true well before you next birthday.

mohd ali ismail berkata...

Kesedihan puan sama2 saya rasai sebagai saorang insan yang menyedari keinsafan hidup didunia yang singkat ini.Kehilangan sasaorang dari sisi walaupun sebentar mimang dirasai apatah lagi jika sasaorang itu pergi tak tentu bila akan kembali.Kesabaran itu iman dan saya berdoa semoga suami puan dikembalikan dalam masa yang singkat ini.Selamat hari jadi.

zaidi musa berkata...

selamat hari lahir & salam perjuangan!!
terus kental menjadi seorang perjuang!!

joe penang berkata...

3 sebab Allah menurunkan ujian
- sebagai kaffarah dosa
- menaikkan darjat sesorang
- tanda kasih kepada hambanya.

Sekiranya hambaku bersyukur, nescara Aku tambahkan nikmatKu...

Bersabarlah kakak. Allah bersama-sama org yang sabar.

Selamat ulangtahun kelahiran. Moga sentiasa diredhai. Amin

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]