Kami terlalu rindu padanya......

| |
" Saya masih ada ayah, tapi dah lama sangat tak pernah jumpa, tak tahu bagaimana rupa ayah sekarang...." begitulah jawapan Fatihah, 8 tahun ketika aku dan Pengarang Harakah melawat beliau dan ibunya di Kampung Tinosa yang terletak di Sandakan Sabah pada September 2008. Aku perkenalkan diri sebagai "Cikgu Laila" dan dengan bangganya Fatihah menunjukkan hasil lukisan beliau yang menarik itu.

Tiba-tiba aku rasa menyesal pula bertanya soalan yang telah dijawab oleh Fatihah itu.Soalan orang malas!!!Mestilah Fatihah rindu sangat pada ayahnya, kerana lebih 6 tahun bapanya ditahan di Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia, beliau hanya dapat menziarahi 2 atau 3 kali saja pada 2005, ketika berusia 5 tahun!"Fatihah tak tahu samada rindu atau tidak pada ayah..." ujarnya lagi.

Ohhh!!! Aku amat memahami perasaan mu Fatihah. Nasib kita serupa... aku menjerit dalam hati. "Suami cikgu pun di kurung macam ayah Fatihah juga...." terbeliak mata Fatihah merenung wajah ku seolah-olah tidak percaya bahawa kami adalah senasib.
Ayah Fatihah , Ustaz Zainun Rashid telah ditahan di Sandakan pada bulan June tahun 2002.Beliau ditahan bersama dua belas orang yang lain dan dilabelkan sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah", namun yang lain semuanya telah dibebaskan, tinggal beliau seorang yang masih menghuni Kem Kamunting.

Kenapa Ustaz Zainun masih terus menerus ditahan? Isteri beliau Puan Hapipah ( ibu Fatihah) sakit, sukar untuk datang ke Semenanjung Malaysia, tidak pernah bertemu wartawan apatah lagi peguam... namun, apakah pula alasan beliau ditahan lebih lama lagi???
Sejak tahun 2007, Puan Hapipah disahkan mengidap penyakit jantung .Namun penyakit beliau menjadi lebih kronik pada akhir tahun 2008. Melihat fizikal dan raut wajah Puan Hapipah sudah cukup menjelaskan beliau sememangnya tidak sihat dan dalam keadaan yang sangat tertekan.
"Kak Laila, penyakit saya makin serius...... saya khuatir tak dapat bertahan lama... Saya terlalu rindu padanya (suami)..." demikianlah sms yang saya terima dari beliau baru-baru ini. Sms yang aku terima jam 3 pagi itu menyebabkan mata ini sukar untuk dilelapkan kembali.
Berat sungguh penderitaan mu Pipah... Aku dapat bayangkan betapa kerasnya kehidupan mu disana. Tanpa sebarang pekerjaan tetap, beliau terpaksa memikirkan sara hidup dua orang anak yang masih kecil itu.
Tanpa kaunselor, terlalu kurang aktivis hak asasi manusia atau peguam yang boleh berkongsi bebanan perasaan yang terlalu membelenggu hati dan minda...Beliau hanya dapat berkongsi masaalah dengan suami tercinta melalui kriman surat-surat sahaja.. dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh suami yang masih terkurung untuk menyelesaikan masaalah melainkan memohon pada adik beradik serta kawan-kawan supaya melawat Hapipah dan membantu seadanya...
Aku amat memahami keadaan mu. Sebagai wanita yang sedang sakit, pastinya kau amat perlukan kehadiran seseorang yang mampu mengambil berat ,memberi perhatian dan kasih sayang untuk mengurangkan kesakitan mu itu....
" Bertahan lah Pipah, aku yakin, Menteri Dalam Negeri akan bebaskan suami mu dalam masa terdekat ini." itu saja yang dapat aku balas. Aku amat pasti, wanita bertudung labuh seperti Hapipah, sentiasa menyerahkan kehidupannya kepada Allah yang mencipta beliau.Namun dimasa yang sama, kata-kata indah dan murni akan memberi sedikit kelegaan terhadap kesengsaraan yang beliau hadapi....
P/s: GMI amat mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk Puan Hapipah dan dua anak beliau melalui Puan Nashita di talian 0132096373.



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lebih baik lah baik dengan binatang, dari berperangai macam binatang.

berapa banyak lah dosa mereka menyiksa manusia lain dengan undang undang dan kuasa.

kekadang rasa tak mau la duduk kat malaysia. rasa benci ya amat.

Tanpa Nama berkata...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir"."

Teruskan Perjuangan Ukht...
'Allahummansurna Al Mujahideen Fi Kulli Makaan'

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya, Kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), karena mereka sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.

Ayat 33, Surat Al-An`aam

Ukht, dan sekalian yang dizalimi, serta kita rakyat yang ditindas mereka.. BANYAKKAN DOA.Itulah senjata utama kita.

Sesungguhnya doa seperti situasi kini tiada hijabnya melainkan terus kepada Rabbul `izzati. Cuma yakinilah, bahawa Allah akan memperkenankannya.

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah tak mau duduk di Malaysia, cubalah rasa duduk di Palestin sana....!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]