Muffler ISA menghiasi AGM Bar Council.

| |
" Have you taken your bath?" saja saya mengusik Asiah 7 tahun, yang datang kerumah saya seawal jam 8 pagi untuk bersama-sama membuka meja pameran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersempena mesyuarat tahunan Bar Council , di sebelah pintu utama Grand Ballroom, Hotel Legend." Of course YES!!" jawab beliau sambil membulatkan biji matanya. Mereka bertiga beranak, iaitu Nashita dan dua orang anak daranya Asma 10 tahun dan Asiah adalah teman istimewa saya di program tersebut. " Hi, I'm Kak Laila from GMI..." kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang gadis tinggi lampai berbangsa India." Ohh...Sumitra.No need to introduce, I know you Kak Laila" ujar beliau tersenyum , kami bersalaman dan beliau memberi sepenuh kerjasama serta bantuan yang kami perlukan.
Sementara menanti kehadiran para peserta AGM, kami sempat bergambar bersama barang-barang keluaran GMI yang akan dijual pada hadirin.Sebelum ini, hanya ada lencana, buku dan baju T, namun pada hari itu, meja GMI di semarakkan dengan kehadiran muffler garang berwarna merah terang bertulis "No To ISA".
Semua barangan bertulis ISA itu adalah salah satu cara GMI untuk mendidik rakyat tentang akta zalim itu.Saya masih ingat pada tahun lepas, ketika berada di ruang pemeriksaan lapangan terbang, seorang staf penerbangan melihat lencana yang saya pakai di tudung dan beliau dengan beraninya menyebut bahawa ISA adalah akta yang zalim!!!
Pada AGM kali ini, kami boleh tersenyum sedikit kerana nampaknya setiap tahun, makin ramai peguam muda dan veteran di Bar Council memahami apakah ISA dan kesannya pada rakyat Malaysia. Tambahan pula sejak awal tahun 2007, jawatankuasa Hak Asasi Bar Council telah berjaya menganjurkan lawatan peguam ke Kem Kamunting dua minggu sekali, tujuan utama lawatan itu ialah untuk menziarahi tahanan ,terutamanya mereka yang tidak pernah dilawati oleh keluarga sendiri, supaya sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Secara peribadi, saya amat menghargai lawatan tersebut kerana, setiap minggu, suami berpeluang keluar dari dorm dimana beliau ditempatkan dan dapat bertemu dengan tahanan ISA yang lain .Mereka sesama tahanan ISA dapat berbual dan bertanya khabar .Dimasa yang sama,peguam akan berkongsi maklumat tentang isu semasa dan kemudian diakhiri dengan makan beramai-ramai bersama peguam yang melawat mereka.
(Perjumpaan seperti ini tidak di berikan pada tahanan ISA dan keluarga. Mangsa ISA hanya dapat berbual menggunakan interkom disebalik cermin lutsinar!!.)
Terkini dari laporan lawatan itu, Saudari Oy Sim dari Bar Council menyatakan ada diantara peguam yang menghadiahkan majalah kesihatan, buku-buku dan ada yang membawa coklat untuk menghiburkan hati mereka yang sedang di kurung bagai banduan, tetapi tidak pernah sekalipun di bicarakan dimana-mana mahkamah.
It really is a noble job!!!!Peguam sanggub mengambil cuti, memandu beratus kilometer dari rumah masing-masing untuk pergi ke satu tempat yang boleh menyebabkan "periuk nasi" mereka terganggu, terpaksa melalui tiga pos kawalan, hanya untuk melawat orang-orang yang tiada sebarang ikatan samada persahabatan atau kekeluargaan. Namun semuanya dilakukan atas dasar kemanusiaan untuk memberi sedikit kegembiraan pada tahanan yang di jadikan mangsa oleh akta zalim ISA. Moga Allah membalas dengan yang terbaik segala usaha murni itu.
ISA menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Semuanya menolak ISA kerana ciri-ciri akta itu yang jelas meruntuhkan peri kemanusiaan, jahat,zalim, bersifat mala fide dan tidak diterima oleh mana-mana ugama di Malaysia ini.
Jelasnya, pihak pemerintah yang sedang mempertahankan akta tahan tanpa bicara ini akan terus di benci rakyat.Tidak mustahil, tidak lama lagi ISA akan di hapuskan terus dari bumi Malaysia ini.



1 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan menggunakan bahasa melayu isu ISA ini menjadi semakin difahami oleh warga (mengikut paparan yang upaya diikuti)melihatkan keintiman pengurusan menjadikan minda semakin tercabar dengan undang-undang yang dengan kaedah yang bagaimana upaya memeliharan keadilan ke atas setiap warga.
Wajar diketahui bukan kesemua warga bertaraf/berkarier profesional atau berstatus teknokrat untuk diabaikan begitu sahaja kewujudan status mereka sebagai warga negara.
Komitmen yang berterusan tentunya perlu ditunjangi oleh marhen baru ianya dilihat berkesan.
Pasti bukan semua berminat dengan undang-undang dan bukan semua berminat dengan sains dan teknologi lalu minda siapakah yang menjana idea memilih-milih isu untuk menyatukan warga?
Ini yang sering difikiran saya waktu menyinggahi mukhtahir suasana di tanah air.
Apakah warga disuakan dengan satu persaingan/perlumbaan?
Masyarakat apakah yang akan dilahirkan jika ini kaedahnya untuk membina dan membentuk warga?

Maaf-saya tidak faham sebab itu bertanya.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]