Sejak menjadi "full time anti-ISA campaigner", saya menetapkan untuk membaca semula semua buku-buku mengenai akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun ianya saya pernah baca tahun 2002 dulu, samada yang ditulis oleh pihak berkuasa atau dari bekas tahanan ISA itu sendiri. Disepanjang pengulangan itu, saya amat tertarik dan rasa tidak puas membaca buku-buku comel "Siri Malaysia Bebas Dari ISA" tulisan semula oleh sifu ISA saya, YB Saari Sungib.Buku itu adalah kupasan mendalam penulisan YB Saari ketika beliau ditahan 2 tahun di Kem Kamunting.Diterbitkan oleh GMI pada 2004 sempena pembebasan DS Anwar Ibrahim, walaupun sudah empat tahun berlalu,isi kandungannya bukan saja bersifat akademik , tetapi pengolahan ayat di buku itu menjadikannya terkini dan amat bersesuaian dengan kempen anti-ISA yang sedang dijalankan pada 2009 ini. Saya juga berhasrat untuk mempunyai buku mengenai ISA dari kacamata keluarga tahanan yang telah dipisahkan oleh akta zalim ini selama 7 tahun, namun saya tidak berfikir sendirian kerana rupanya En Lutfi , pengarang HARAKAH, juga mempunyai aspirasi yang sama.
Penerbitan buku ISA ini sudah lama disuarakan oleh En Lutfi dan beliau berniat untuk segera menjadikannya satu kenyataan. Walaupun sentiasa terikat dengan jadual harian yang padat namun penerbitan buku itu menjadi keutamaan beliau .Saya dan Nashita ( aktivis GMI) tidak dapat menyorokkan kegembiraan diatas niat dan perancangan penerbitan ini kerana pastinya akan bertambah lah bahan dan maklumat mengenai kejahatan dan kezaliman ISA untuk sebaran dan tatapan rakyat Malaysia sempena kempen Mansuh ISA tahun ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan