Kesedihan Rosmah hanyalah sekelumit dari duka semua mangsa ISA,

| |
Malaysiakini beberapa hari yang lalu melapurkan tentang perasaan isteri bakal PM, Najib Razak yang diberitakan merasa angat berdukacita dengan segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilemparkan oleh rakyat, terutamanya datang dari pihak Pembangkang yang mengaitkan suami beliau DS Najib Razak dengan kematian ngeri seorang wanita Monggolia. Kesihan Rosmah kerana terpaksa menerima segala tuduhan tersebut, hinggakan sentimen itu terbawa-bawa ke Parlimen, dan ada antara ahli Parlimen menuduh suami beliau sebagai "pembunuh".Siapa lah yang akan terima dan sanggup mendengar tuduhan berat seperti itu.

Sekiranya saya di tempat Rosmah, adalah lebih baik tuduhan-tuduhan liar itu diselesaikan dimahkamah saja .Biarlah Hakim yang menentukan samada segala tuduhan itu benar atau sebaliknya. Bak kata orang tua-tua mulut tempayan boleh ditutup dengan nyiru,tetapi mulut manusia...tiada siapa yang tahu kemana sudahnya hendak di jaja cerita sedemikian rupa.

Rosmah masih beruntung kerana suami beliau hanyalah dituduh oleh pihak Pembangkang yang tidak punya kuasa sama sekali.Beliau , sebagai isteri bakal PM, masih punyai 1001 kelebihan lain dibandingkan wanita biasa yang ditimpa fitnah seperti itu. Rosmah mempunyai peluang terbuka untuk meluahkan perasaannya di mana-mana media yang beliau suka samada di suratkhabar, radio atau televisyen. Beliau juga punya banyak wang untuk mendapatkan khidmat peguam handalan untuk menyaman mana-mana pihak yang begitu celupar itu.

Cuba bandingkan derita Rosmah dengan kesedihan wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA , milik kerajaan Malaysia.

Puan Hapipah berasal dari Sabah. Suami beliau telah ditahan dibawah ISA bulan Jun 2002. Beliau yang menghidap penyakit jantung lebih 4 tahun tidak bertemu suami kerana tidak mampu untuk datang ke Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Puan Norhata, juga berasal dari Sabah telah dipisahkan dari suaminya yang ditahan dibawah ISA sejak tahun 2006. Beliau terpaksa membesarkan 8 orang anak bersendirian sepanjang ketiadaan suaminya. Sejak hari pertama ditahan dibawah ISA, beliau tidak pernah langsung bertemu suaminya yang kni masih di kurung di Kem Kamunting.


Puan Jo, suaminya ditahan dibawah ISA pada tahun 2006. Beliau juga tidak pernah melawat suaminya di Kem Kamunting kerana tidak mempunyai wang untuk datang ke Taiping ,Perak.Pastinya wang lebih diutamakan untuk membiayai makan-minum lima orang anak-anak yang sedang membesar.



Suami saya telah ditahan pada April 2002..... hingga kini beliau tidak pernah pulang ke rumah....


Jika nak dibandingkan dengan Rosmah, nasib kami mangsa ISA adalah seperti langit dengan bumi.
Suami kami di tuduh dan dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli "pengganas Islam" dan disebarkan oleh semua media kerajaan. Kami tidak pernah diberi peluang dimana-mana akhbar, radio atau televisyen kerajaan untuk meluahkan rasa hati sebagai isteri tahanan ISA.Suami kami minta di bicarakan di hadapan hakim bersama bukti-bukti, namun hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak pernah mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.
Semua peluang itu ditutup rapat oleh pihak berkuasa !!!
Dan yang lebih buruk polis cawangan khas (SB) terus-menerus digunakan untuk mengekori, dan memantau kehidupan kami. Sekiranya ada antara kami yang ingin menyuarakan bantahan terhadap penahanan tanpa bicara ini, mereka akan diugut oleh SB dengan mengunakan pelbagai cara dan saluran menyebabkan kami menghadapi tekanan emosi yang lebih dari biasa.Sebahagian besar dari kami tiada pekerjaan tetap, punya anak-anak yang ramai dan semuanya sedang membesar. Suami tidak tahu, bilakah tarikh akhir akan dilepaskan dari Kem Kamunting.... manakala orang ramai pula turut takut kerana SB sentiasa memantau anggota masyarakat yang ingin membantu mengurangkan kesusahan kami, mangsa ISA.
Bukankah semua ini, lebih dahsyat lagi kedukaannya jika nak dibandingkan dengan masaalah Rosmah yang sedikit itu. Siapakah yang berani untuk membela nasib kami??

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marilah kt sama2 menjatuhkan kerajaan bn/umno laknatuLLah (org yg zalim akan dilaknat Allah, kan?) dalam pru13. Kerajaan rakyat akan bebaskn smua tahanan tanpa bicara. Mari kt ISA kan pula pemimpin Umno trutamanya Najib supaya Rosmah juga tahu bagaimana perit mjadi isteri tahanan ISA.

apdm berkata...

salam...sedeynya lagu..sapa y nyanyi ek...

Tanpa Nama berkata...

salam,sesungguhnya anda semua adalah insan2 terpilih yang diuji Allah swt dengan ujian yang amat berat,tabahkanlah hati dan berdoalah selalu,sesungguhnya doa orang yang dizalimi tiada batasan denganNya,amin..

Merah Hitam berkata...

Nur Shahira.

lagu itu diambil dari album kumpulan La Khauf.
Semualagu-lagunya sedap-sedap didengar.

Unknown berkata...

Salam semua...

Inilah kerajaan BN yg maha ZALIM dan yg tk ada HATI PERUT..Wahai umat Malaysia,sedarlah bertapa ZALIMNYA kerajaan yg sedia ada hari ni..Marilah kita barsama2 memberi "PENGAJARAN" kpd kerajaan BN pada PRU 13 nanti...

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]