Tan Sri Khalid didik rakyat Selangor fahami kezaliman ISA.

| |
" Tan Sri Khalid mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang berjumlah 12 daerah , sama-sama mengambil bahagian menghantar keluarga tahanan ISA Selangor ke Kem Kamunting. Beliau mahu semua pihak bermula dari Exco, ADUN, pegawai kerajaan hinggalah kepada pemandu bas, memahami kesukaran dan kesusahan yang terpaksa di lalui oleh isteri dan anak-anak tahanan ISA" demikian dinyatakan oleh YB Rodziah Ismail, Exco Kebajikan Negeri Selangor. " YAB Menteri Besar dah janji nak bantu keluarga tahanan ISA, setiap kenyataan beliau saya "pick-up" dan akan segera selesaikan" tambah YB Rodziah lagi sambil di sokong oleh YB Gan Pei Nei ADUN Rawang yang turut membantu beliau dalam memudahkan urusan pengankutan dari Shah Alam ke Taiping bagi keluarga tahanan ISA di Selangor.
(YB Rodziah bersama wakil-wakil dua belas PBT di seluruh Selangor)



Petang tadi, bertempat di Bangunan SUK, satu perjumpaan telah diadakan antara Exco Kebajikan YB Rodziah Ismail, YB Gan Pei Nei, wakil dua belas PBT Selangor dan Gerakan Mansuhkan ISA yang di hadiri oleh pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh beserta empat Ahli Jawatankuasa GMI yang lain.


(Kelihatan dalam gambar, Pengerusi GMI Syed Ibrahim, YB Rodziah mempengerusikan mesyuarat , wakil YB Ronnie Liew dan YB Gan Pei Nei)
Perjumpaan petang tadi lebih merupakan satu "review" terhadap bantuan kebajikan yang pernah di berikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada keluarga tahanan ISA di negeri ini, yang telah di mulakan sejak bulan June tahun 2008.
Semua yang hadir di majlis itu telah sepakat untuk menyambung bantuan perkhidmatan bas percuma dari Shah Alam ke Taiping bagi tahun 2009 dimana segala perbelanjaan yang berkaitan dengan perjalanan itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 2008, Kerajaan Selangor telah membelanjakan hampir RM20,000.00 untuk memudahkan mangsa ISA yang tingal di Selangor melawat suami atau bapa mereka yang masih di kurung di Kem Kamunting.
Bukan setakat kenderaan percuma,YB Gan telah mencadangkan supaya setiap ADUN mengambil satu tarikh lawatan untuk sponsor makanan percuma bagi semua ahli keluarga yang menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Selangor itu.
"Kerajaan komited untuk membantu meringankan beban keluarga untuk pergi ke Kem. Ini adalah salah satu isyarat bahawa mereka yang sedang dianiaya tidak pernah dilupakan oleh Negeri Selangor, salah sebuah negeri dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa konsisten dengan prinsip keadilan bahawa ISA adalah akta zalim yang mesti di tentang dan seterusnya di mansuhkan. Kami bantu keluarga tahanan di masa yang sama mereka (keluarga)juga kena berusaha untuk mengeluarkan diri dari kezaliman yag diberikan oleh kerajaan BN " itulah yang secara serentak dinyatakan oleh YB Rodziah dan YB Gan mewakili pimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
GMI, gabungan 82 NGO dan parti politik di Malaysia ini, sentiasa berpegang pada prinsip rakyat Malaysia tidak perlukan akta tahan tanpa bicara itu. Jadi , kempen anti-ISA kepada rakyat akan diteruskan supaya mereka faham tentang kejahatan akta itu dan seterusnya menolak mana-mana pemimpin yang masih suka akta tersebut. Aspirasi tertinggi GMI ialah memastikan akta tahan tanpa bicara itu di mansuhkan dan Kem Kamunting segera di tutup.
Terkini, masih ada dua belas taahanan ISA di Selangor termasuk lima orang anggota Hindraf.

3 ulasan:

Abuarif berkata...

atu usaha yang sangat mulia.Agar dapat dilaksanakan segera dan berkala.Saya faham perasaan eluarga tahanan keran beberapa rakan dan sahabat saya pernah ditahan AKTA ZALIM ini.Biarkan anak-anak bermesra dengan bapa-bapa mereka.Kalau ya pun ayah yang yang salah jangan hukum anak dan isteri.TAHNIAH.

Atriza berkata...

Salam perjuangan Ukht..

ISA ni sama jer kejam dan zalimnya macam MOSAAD, Shinbet juga Guantanamo

Satu khabarnya bakal tutup, dan tahanan ada yang dibicarakan.

Bagaimana pula ISA. Beranikah bakal PM baru Malaysia mengambil tindakan seperti Presiden baru AS yang akan menutupkan guantanamo??? - memetik kata dari blog http://mujahidah-fisabilillah.blogspot.com/

Salam perjuangan ukht..

SAJ berkata...

Syabas dan tahniah kepada GMI dan Kerajaan Selangor atas inisiatif yang mulia ini.

Perjuangan puan sangat sangat dihargai oleh Anak Bangsa Malaysia.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]