Selepas 60 hari, tahanan biasanya dihantar ke Kem Kamunting untuk ditahan selama dua tahun .Ketika ini, tahanan biasanya tidak didera secara fizikal tetapi didera secara spiritual kerana dipisahkan dalam jangkamasa yang lama dari isteri, anak-anak dan kaum keluarga.
Isterilah yang paling terdera kerana mereka terpaksa mencari rezki untuk membesarkan anak-anak dan dimasa yang sama terpaksa berulang-alik ke Kem Kamunting untuk melawat suami.Isteri juga tidak lepas dari pemantauan polis cawangan khas@SB. Majoriti tahanan ISA yang waras, tidak akan tergamak mengatakan"ISA itu baik " untuk dirinya mahupun untuk sesiapa saja. Sebab itu saya pelik, bagaimana Ibrahim Ali boleh mengataka ISA itu baik dan wajib dipertahankan?Lupakah beliau pada kesusahan isteri dan anak-anak ketika beliau ditahan dibawah ISA dulu? Manusia jenis apakah Ibrahim ini????
Saya bersama teman-teman GMI bertemu wakil PEWARIS pada awal tahun ini kerana ingin mempelawa mereka berdebat tentang tajuk "ISA HALAL atau HARAM". Pertemuan selama 30 minit itu membuatkan kami rasa ingin menamatkan perbualan dengan segera kerana ternyata mereka tidak punya maklumat yang benar mengenai ISA samada dari sudut konvensional , mahupun dari sudut Islam.
Mereka memang jelas dipergunakan oleh UMNO. Akhirnya saya menghadiahkan buku "20 dalil ISA HARAM DARI PANDANGAN ISLAM" tulisan YB Saari Sungib kepada salah seorang dari mereka.
Himpunan Aman MANSUH 1 Ogos telah dirancang sejak akhir tahun 2008.Mobilsasi telah dibuat dua bulan lebih awal. Tiba-tiba, kurang dua minggu dari tarikh yang sama, PEWARIS dan beberapa NGO lain juga sibuk nak mengadakan himpunan yang sama tetapi menggunakan slogan "YES to ISA". GMI ajak debat, mereka tdak beranai bersemuka tetapi kenapa bila GMI buat himpunan MANSUH, mereka sibuk pula buat himpunan untuk menyelamatkan ISA????
Siapa sebenarnya mereka ini????
17 ulasan:
mereka adalah iblis yg bertopengkan manusia... mudah dibeli... bermakna mereka bukan dari golongan pembela rakyat marhaen yg tertindas sekian lama..
mangkuk ayun brahim ni..lain kali xpayahla dia guna lambang pas
Salam,
Saya yakin dakwaan tersebut adalah tidak benar. Tahanan ISA tidak mungkin didera sedemikian rupa. Mungkin ada sedikit tekanan secara psikologi bagi memaksa mereka mendedahkan perkara yang mereka lakukan.Kalau ditangkap atas kesalahan pelampau agama atau kaum, perkara yang akan disoal desak adalah bagaimana mereka boleh jadi pelampau agama dan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan masyarakat.
Mengapa ISA hendak dihapuskan. Orang politik saja yang terlalu beriya-iya supaya dihapuskan bukan dikurangkan kuasanya malah nak hapus terus. Ini kerana akta inilah yang menjadi penghalang utama kepada usaha untuk mereka merosakkan dan mengkucar kacir negara dan juga menjatuhkan kerajaan. Tak ada perkara lain dalam kepala otak mereka selain daripada untuk berkuasa.Mereka tidak fikir lagi soal dan kesan masa depan rakyat serta negara.Mereka putar belit isu supaya kerajaan berada dalam keadaan tertekan macam PPSMI.Mereka sanggup gadaikan kesejahteran negara asalkan cita-cita menumbangkan BN berjaya. Jasa akta tersebut membanteras Al- Maunah, JI, Kumpulan Mujahidin Malaysia dilupakan. Mereka mungkin akan sedar bila anak atau saudara mara mereka terkorban macam di Indonesia. Ramai rakyat Indonesia berkata kami tidak bernasib baik kerana tidak mempunyai undang-undang seperti kamu.
Mengapakah tidak berlaku satu pun letupan bom di Malaysia walaupun pemimpin ternama JI yang melakukannya adalah rakyat Malaysia.Ini kerana mereka takut ISA jadi mereka melaksanakan tindakan di negara yang tidak ada ISA seperti Indonesia. Mengapa mereka turut gagal beroperasi di Singapura,kerana ISA di Singapura lebih hebat dari Malaysia.
Kita bimbang selepas ISA dihapuskan keselamtan negara ini tidak akan dapat dikawal seperti gelombang rakyat di Thailand, Honduras, Iran. Pada waktu itu Nordin Mat Top akan kembali ke Malaysia bersama gerombolannya dan akan runtuh satu dua bangunan dan pelabur pun lari.Percayalah masa tersebut puak yang menentang ISA ini akan cari alasan lain untuk menyalahkan orang lain semacam yang mereka lakukan sekarang,dengan menyalahkan ISA yang di katakan kejam , tidak bertemadun, Jadinya mereka akan tetap hidup dan terus bercakap dan yang sengsaranya adalah kita rakyat. Itulah busuknya orang politik yang ingin berkuasa.
Binatang korupsi sudah tentu mempunyai rantai rantai di lehernya.
Orang yang tak rasa, bolehlah mengatakan apa-apa sahaja mereka suka.
isa bukan aamalan Islam..isa adalah ajaran yahudi....
Kenapa mereka takut bom malaysia kerana ada ISA.Heee belajar kat mana ni?
....sapa yang bom Indonesia ni...nak ambil kat mana bom-bom canggih ni?
....biarlah waras berfikir. Hanya orang yang merasai bahana ISA saja yang tahu dan berhak bercakap. Berahim Ali pun kejap je kena.Dia pun bukan sayang sangat pada bangsanya berlagak je lebih.
As Salam, itukan pendapat dia untuk menyokong ISA. Takkan nak paksa orang ikut pendapat kita.. Itukan tak demokratik... biaqpi dia lah...
1……kalau u ke mana negara dalam dunia ni ISA atau sptnya ada……Di Indonesia baru nak kuatkuasakan undang2 yg dah ada bila kali kedua kena bom…..
2. Dlm M’sia jgn ingat U dan group U nak hapuskan ISA, kami dan ramai lagi setuju ISA tetap wujud….natijahnya gol kami lebih ramai dari golongan U…..majoriti mesti diutamakan…
3.Kami tak takut polis, kami tak takut ISA kerana kami tak buat apa2 kesalahan…yang U takut sangat kenapa…..
4.Hakikatnya gol politik aja nakkan ISA dimusnahkan...kenapa yer...
adibeta
Asaalamualaikum, Abu Muaz
Maaf cakap, Saudara adalah tergolong didalam orang-oarang yang seperti ayat-ayat terakhir komen saya. Saudara adalah golongan orang yang tidak mengetahui tetapi terus menutup pintu hati untuk berfikir dan menilai secara waras atau mencari sesuatu kebenaran. Saudara bergantung kepada cakap-cakap orang politik yang ingin berkuasa atau saudara juga macam mereka semua.
Berapa ramai anak penagih dan pengedar dadah yang menderita kerana bapa mereka digantung atau dipenjara.Adakah mereka turut berdosa akibat daripada perbuatan bapanya.
Mengapa tidak ada orang mengatakan Akta Dadah Merbahaya itu kejam dan bertentangan dengan Islam. Pernah saudara ambil tahu itu. Apa bezanya anak seorang penagih/penjual dadah dengan anak seoarang JI yang ditangkap ISA.
Bezanya tangkapan ISA diguna oleh orang politik untuk kepentingan politiknya,dan mereka tak akan nak memperjuangkan anak orang jual dadah kerana akan diskredit parti mereka. Soalnya kepentingan parti yang diutamakan.
Pernahkah saudara tahu apa perancangan ahli kumpulan ini di negara kita. Tahukah saudara rompakan Southan Bank Di PJ, cubaan membunuh, serangan balai Polis Guar Cempedak untuk rampas senjata hingga buta mata anggota polis mempertahankan balainya dan adakah saudara ambil tahu siapa yang melakukan, cubaan mengumpul bahan-bahan untuk membuat bom dan sebagainya.Jangan fikir ISA tu kejam dulu, fikir dulu apa tindakan yang dilakukan oleh puak-puak ini dulu.
Buka hati , buka minda, fikir secara rasional. Apa yang dibuat sekarang ini, benar-benar untuk rakyat atau untuk puak-puak tertentu dalam politik.
Hanasofiya,
Nak tahu apa beza penagih/pengedar dadah dengan tahanan ISA?
Pengedar/penagih dadah dihukum selepas disabit bersalah di mahkamah terbuka. Manakala tahanan ISA tidak diberi peluang untuk dibicarakan di mahkamh terbuka.
Nak tahu apa yang Allah Maha adil lakukan kepada manusia2 yang derhaka kepadanya di akhirat kelak? adakah Allah akan menghumban mereka2 ini terus ke neraka tanpa bicara seperti sesetengah manusia yang berlagak tuhan?
Tidak! Bahkan Allah Yang Maha Adil itu akan mengadakan mahkamah di akhirat kelak. Di mana semua manusia akan dibicarakan dengan semua bukti2 dibawa. Setelah sabit barulah hukuman dijalankan.
So nak ikut Allah ke nak ikut syaitan? Lu pikirlah sendiri.
Takpe takpe semua bebas bersuara dan mempunyai pendapat masing-masing, jadi apa kata berdebat? opps lupa pulak ada yang kecut bila kata berdebat.
Salam,
Wa sokong ISA... Abg2 SB telah buat keje dgn cekap, dapt tangkp pnjnayh sblm mereka mngganas... Say YES to ISA!
Oh rasional ada ISA penjenayah takut nak bom negara? oh camtu ker?
pastu, elok ler kita ada undang-2 hudud, baru semua penjenayah pencuri takut nak mencuri lagi, kan? Baru selamat harta benda kita..aman Malaysia kita...Hah..apa salahnya kan?
hehe
isa untuk jga melayu..klu zaman lew kuan u dlu ada isa. singapura masih mlik malaysia..tangkp pemimpn trtntu pas2 riot akn slesai....sbb 2 semua yg bukan mlayu sokng mnsh isa trmsuk yg dlm kerajaan mic n mca....(klu mlayu ckp pasal hak kaumnya akan diktan resis tp bg kaum lain ckp x dk orng kta apa2 pun. sbb yg kta tu adalh org mlayu sendiri yg mash x sedr...hidup islam-pas)
mudah ja tuan tuan, sekarang ni ISA tak favour setengah pehak. nanti bila dah favour kat pihak yang berasa tidak favour tu nanti.... diam la tew
nanti yang so called difavour oleh akta ini akan melalak melolong supaya dimansuh pulak.
Dulu Orang Cina India buat derk jer pasal ISA sebab takde bangsa dia yang masuk dalam...tetapi sekarang diorang yang lebih2 sebab bangsa diorangpun ada yang dah masuk dalam. Semua parti2 Cian dan India kat Malaysia ni racist....menyokong dan meno;lak sesuatu berdasarkan kepentingan kaum semata bukan kepentingan negara.
Melayu mudah lupa..betul kata Tun M..
Catat Ulasan