ISA di Pasir Gudang.

| |
Kali terakhir aku ke JB menaiki pengangkutan awam ialah pada tahun 1996!!! Sebelum ini,untuk memenuhi program anti ISA, aku biasanya memandu sendiri ke destinasi diluar Kuala Lumpur tetapi sejak peristiwa tayar kereta pecah di Sungai Bakap, dalam perjalanan ke kedah awal tahun ini, aku terpaksa menyediakan minda untuk bermusafir menaiki bas pula...Aku memilih tempat duduk "single seat" dan Alhamdulillah, tiba didestinasi dengan selesa. Tiba di Lalrkin, Kak Ani, teman rapat yang juga bekas mangsa ISA, telah sedia menungguku disana dan setia pula menjadi pemandu pelancung secara percuma.Moga Allah kurniakan balasan yang terbaik diatas segala bantuan beliau. Aku amat berterima kasih pada Saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor... yang bersusah payah menyediakan peluang untuk program anti-ISA ini. Siapa sangka, dinegeri lahirya ISA, negeri terkuat parti lambang keris ini, rupanya ramai aktivis masyarakat yang telah lama menolak ISA dari minda mereka.
Puan Yati, salah seorang pimpinan Muslimat di sana sedang "memoderate"kan majlis tersebut. Pada mulanya, kusangka hanya beberapa orang saja akan hadir di program perkongsian itu, namun sangkaanku meleset kerana , diakhir sembilan puluh minit perkongsian ku dari Kamunting ke Geneva, tidak kurang seratus orang begitu setia mendengar cerita tujuh tahun tahanan ISA....Habis buku Dunia Tanpa Suami 2 mereka beli... Alhamdulillah...

Kehadiran mereka memang amat menggembirakan. Jila (anak saudara sepupuku)bersama suami dan anak-anaknya yang memanggilku nenek, antara tetamu yang meramaikan program di Surau Istiqomah itu.
Terimakasih pada aktivis rakyat Pasir Gudang.... kerana memberi peluang dan ruang untuk mendengar kisah benar mangsa ISA. Jangan lupa janji anda semua untuk hadir ke K.L 1 ogos nanti ya...


0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]