YB Zailah dan Wacana Dunia Tanpa Suami.

| |
Sebak, sedih dan pilu , itulah tiga patah perkataan yang amat sesuai digunakan untuk menerangkan betapa beratnya perasaan ini untuk berkongsi kisah peribadi sebagai mangsa ISA.Setiap mangsa mempunyai kisah peribadi yang tersendiri . Jika nak dibandingkan dengan mangsa ISA yang lain, kisahku tidaklah sedih sangat kerana aku hanya membesarkan seorang anak lelaki dan secara kebetulan mempunyai kerjaya sendiri. Tapi bagaimana ceritanya dengan mangsa ISA yang mempunyai anak ramai melebihi 5 orang, kerjaya utama hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Bayangkan, betapa sakitnya kepala memikirkan perbelanjaan harian untuk anak-anak yang sedang membesar.....

Kini, tahun 2009, 90 peratus tahanan ISA telah dibebaskan dan kembali kepangkuan keluarga masing-masing . Hanya tinggal aku dan 4 keluarga lain yang masih terpaksa berulang alik ke Kem Kamunting.....Dan kini...tinggal aku seorang saja yang masih setia bercerita kisah zalim akta tahan tanpa bicara ini....

Walaupun telah berpuluh , mungkin beratus kali bercerita kisah yang sama, namun setiap kali berkongsi, aku tetap merasa sebak dan hampir-hampir menitiskan airmata. Sebaik saja meninggalkan pembesar suara, ku perhatikan ramai Muslimat yang menyapu air jernih yang mengalir dari lubuk mata masing-masing..... (YB Zailah , Puan Aliza dan Merahhitam)
Dihari yang sama , sebelah petangnya, aku dijemput menjadi salah seorang panelis wacana Dunia Tanpa Suami (DTS) yang diadakan di UIA, Gombak.Para peserta wacana terdiri dari ibu tunggal dan wanita yang belum berumah tangga.

Hajjah Roslia dari Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM) menjadi moderator wacana DTS. Saya mewakili GMI, saudari Salina Ibrahim dari Karang Kraf dan Puan Nursafina mewakili persatuan ibu tunggal.


(Salina , Merahhitam dan Roha , Penerbit program wacana DTS)

Aku bersyukur dan amat gembira sekali kerana diberi peluang untuk muncul dalam wacana yang berbentuk "talk Show" bersama wanita tanpa suami ini. Aku sering merasa rendah diri dengan gelaran "isteri tahanan ISA" kerana di Malaysia ini, tidak ramai yang dijadikan mangsanya.Namun, ku lawan jua perasaan itu dari terus membunuh keyakinan dalam diri ini dan aku berpegang pada falsafah bahawa Abah Suhaib tidak bersalah kerana idak pernah dibuktikan di Mahkamah dan aku akan membantu beliau membersihkan namanya yang sedang dicalarkan oleh penguasa ISA.
Cantek, manis, muda dan bergaya..... itu yang dapat ku simpulkan ketika bertemu wanita-wanita tersebut yang telah ditakdirkan bercerai denan suami masing-masing.Dimanakah silapnya hingga mereka itu ditinggalkan atau terpaksa meninggalkan pasangan masing-masing?
Itulah satu soalan yang kupendam sendiri dan masih belum bertemu jawapannya hingga sekarang....
Samalah dengan mereka. Masing-masing bertanya, kenapa Abah Suhaib@suamiku masih terus menerus ditahan dibawah ISA sedangkan tahanan lain telah lama dipulangkan kepangkuankeluarga masing-masing......Aku juga tidak dapat menjawab soalan tersebut.....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puan,

Harap puan terus bersabar dan berjuang. Moga Allah akan menegak yang benar kepada Puan.....

Tanpa Nama berkata...

Salam,

sy bersetuju supaya memansuhkan ISA tetapi tidak ada cara lain ke selain perhimpunan ni...tidakkah ia akan menyusahkan orang lain

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Berjuanglah Puan demi menegakkan keadilan. Saya percaya Allah bersama org2 yg benar dan sabar. Saya menyokong 100% PEMBUBARAN ISA dan semoga suami Puan akan pulang ke pangkuan puan bersama ank2 yg dirindui. Semoga perhimpunan aman ini akan menyedarkan semua rakyat dan org2 yg BUTA HATI

Atriza berkata...

Kakakku Salina pun ada..

Tahniah kak..baru nampak akak..hehehe


Kak Roha gak..

Salam perjuangan buat ketiga-tiga kakakku ini..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]