"Akak dah pencen sekarang..." kata wanita manis yang saya panggil Kak Nab ini. Mula-mula saya jumpa beliau akhir 80an dulu, rasanya saya lebih rendah dari Kak Nab tetapi sekarang macam saya lebih tinggi sikit dari beliau ... Kak Nab yang saya kenali seorang yang lembut, "soft-spoken" dan tuturkatanya sentiasa tersusun.... Saya memang minat sangat dengan imej diri dan personaliti beliau. Agaknya itulah salah satu sebab utama, pertama kali saya menyertai kumpulan perbincangan tentang ugama bersama beliau , yang dalam bahasa Arabnya kumpulan "usrah" telah membuatkan hati saya terus jatuh cinta untuk sentiasa menyertai kumpulan-kumpulan perbincangan seperti itu ,untuk menambahkan kefahaman saya terhadap Islam.
Ya lah, saya memang dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi bila dewasa , rasanya ilmu asas Islam yang mak dan arwah bapa beri dulu, perlu di tambah dengan usaha sendiri. Dulu mak hantar belajar di sekolah rendah kerajaan, kemudian sambung di sekolah Convent Bukit Nanas......dan kemudian masuk IPT yang kurang menekankan pada ilmu agama .... pada suatu tahap, saya rasa perlu pada penambahan ilmu tersebut. Sekurang-kurangnya ada sedikit panduan untuk menjadi seorang Islam yang lebih sempurna dan boleh pulak berkongsi dengan orang lain ....
Saya memang terhutang budi pada Kak Nab. Kak Nab tinggal dikawasan Gombak, tetapi saya tidak bertemu dengannya lebih sepuluh tahun lamanya... mengalahkan orang yang tinggal di London atau Amerika....
Saya pernah tinggal serumah dengan Kak Ani masa bujang dulu. Masa walimah (wedding) saya, beliau datang rumah dan tinggal beberapa hari.....Masa tu saya belum bersedia untuk mendirikan rumahtangga..... sampailah beberapa jam untuk majlis akad nikah saya masih ada rasa sangsi , tetapi...... beliaulah yang banyak menasihati dan meyakinkan bahawa saya mengambil tindakan yang betul.Bukan duduk jauh pun ... dekat Jinjang je, tapi nak jumpa setahun sekali pun susah...... Seorang kenalan yang tinggal di UK boleh sms saya setiap minggu, tetapi dengan kak Ani.... nak telefon sebulan sekali pun tak ingat..... Sayalah yang bersalah dalam hal ini.....
Dan yang paling memeranjatkan, saya tak sangka dapat berjumpa Kak Sakinah yang kecil comel tu. Saya pernah meminati beliau kerana ketenangan wajah dan tingkahlakunya.... yang selalu saya sebut, peribadi muslimah sejati.... Saya tak berjumpa beliau lebih 20 tahun lamanya dan kini, beliau menetap di Negeri Pahang. "Ok tak kalau cerita dan gambar masuk blog?" tanya saya. " Apa blog tu Laila...? tanya beliau dengan wajah yang serius. Saya tersenyum nipis. Terasa keras perut kerana menahan ketawa....Saya terangkan tentang blog dan beliau tersenyum."kami duduk dalam hutan, "line" Celcom pun dua bar je... tak ada internet dan apa-apa yang sewaktu dengannya.... buatlah apa Laila suka..." ujar beliau yang masih ramah seperti dulu. Kak Sakinah baru mengetahui bahawa suamiku telah 7 tahun ditahan dibawah ISA!!!!
Ini juga cabaran besar sebenarnya.Cabaran untuk mengekalkan ukhuwwah @jalinan persahabatan. Namun ianya tidaklah sama besar dengan cabaran untuk membuang ISA dari denyutan nafas saya dan Suhaib setakat ini... Hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih, namun kekerapan saya masuk media alternatif membuatkan ramai teman-teman lama yang berusaha menghubungi saya kembali untuk mengetahuiperkembangan terkini melalui "first hand news " dari saya sendiri....
Doakanlah moga ISA segera dapat dilepaskan dari diri kami berdua....
0 ulasan:
Catat Ulasan