Program ceramah ini diadakan di sebuah tadika PASTI yang terletak disatu sudut jalan simpang tiga, ada deretan kedai-kedai , ada kawasan lapang ,ada sebuah masjid dan saya di beritahu, kedai-kedai dikawasan itu adalah tumpuan utama penduduk di Taman Air Biru, daerah Pasir Gudang. Tempat itu memang amat strategik. Dengan berkonsepkan "open-air" orang ramai yang datang boleh duduk dimana-mana saja yang mereka suka.Ada dibawah pokok, dididalam atau dihadapan kedai, dalam Masjid, bersila ditepi jalan dan berbagai lagi.Semakin malam, makin ramai orang memenuhi persekitaran kawasan itu untuk mendengar ceramah ISA dari mereka yang hebat-hebat.... kecuali saya....Mereka ni saya rasa memang dilahirkan sebagai pemidato kerana begitu bijak mengeksploit cerita ISA dalam ceramah mereka hinggakan sesiapa yang mendengarnya, pasti menyangka mereka juga pernah ditahan dibawah ISA!!!! Sungguh saya tidak sangka, sokongan terhadap kempen anti-ISA di Johor kini, mendapat sambutan yang begitu hangat jika dibandingkan dengankedatangan saya ke negeri yang sama, tiga tahun lalu...Ini adalah satu perkembangan yang baik dan amat positif. Berdasarkan sambutan orang ramai, tidak dinafikan, pada pilihanraya Umum ke 13 nanti, mesti lebih ramai orang Johor yang akan menolak parti yang ada ISA didalamnya.











0 ulasan:
Catat Ulasan