Apakah "dosa' yang dilakukannya?

| |
Sebaik saja program roadshow tamat, aku dibawa oleh Cik Ani dan Izah ke sebuah restoran tidak jauh dari Taman Air Biru.Jam menunjukkan dah pukul 12.45 pagi, kulit mata pun dah hampir tertutup tetapi ... bukan mudah bagiku untuk dapat peluang sepert ini,maka ku turutkan saja mereka berdua.. Seronok juga berbual di kawasan "open-air" , dengan teh "o" panas kegemaranku dan kue-tiow kungfu JB yang agak lain sedikit rasanya dari restoran di Keramat....

Kali terakhir kami berbual bertiga seperti ini adalah pada tahun 2004 di Restoran Selera Malam, ketika itu hari raya kedua, kami sama-sama bermalam di Hotel Lagenda, hotel yang paling murah di pekan Taiping. Bezanya di pertemuan ini, suami Cik Ani dan Izah telah dua tahun dibebaskan, manakala aku.... masih lagi berstatus "keluarga tahanan ISA...."...

Aku berkenalan dengan Cik Ani dan Izah ketika sama-sama menunggu giliran untuk bertemu suami di Kem Kamunting pada akhir tahun 2002. Ketika itu, kedua-dua mereka hanyalah suri rumah biasa yang sibuk dengan anak-anak yang masih kecil. Cik Ani mendukung bayi berusia tiga bulan manakala Izah pula sibuk melayan anak kecil berusia setahun.... Suami mereka berdua dibebaskan dari Kem Kamunting pada tahun 2006 tetapi dihantar pulang ke Singapura kerana keduanya adalah penduduk tetap negara itu.

Kini, kedua-dua wanita ini sedang membena kerjaya masing-masing dalam perniagaan yang mereka ceburi empat tahun lalu.Cik Ani mengusahakan taska dan Izah menjalankan perniagaan yang ditinggalkan oleh suaminya.Sayang gambar kedua-dua mereka tidak dapat dikongsikan disini kerana kedua-duanya masih diekori oleh SB walaupun suami mereka telah dibebaskan dan kini berada di Singapura!!!
Pimpinan Muslimat JB bersama MerahHitam (bertudung hijau)
Kedatanganku ke Johor Bharu tidak akan lengkap jika tidak singgah dirumah Kak Z, seorng isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan.Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hinggna kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah....

Pagi itu ketika aku dan tiga orang pimpinan Muslimat JB melangkah kerumah beliau, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada....

Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana amat memahami situasi beliau. Aku cuba membayangkan diriku di tempat beliau... aku tidak tahu, adakah aku mampu untuk membesarkan 9 orang anak-anak yang semua sedang membesar dan bersekolah, pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi. Aku mencongak sendirian ...membandingkan pendapatan suaminya yang mempunyai ijazah PH.D sebagai seorang pensyarah institusi pengajian tinggi, dengan apa yang beliau lakukan sekarang, pastinya pendapatan beliau jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan hidup mereka sekeluarga....

Itu keperluan harian untuk menyambung hidup... bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta?Bagaimana denganperasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana- dan bagaimana.... Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku...


MerahHitam , Muslimat JB dan Kak Z.
"Kak Z jauh lebih kuat dari saya" kataku pada beliau. Hampir semua orang berpendapat, Abah Suhaib ditahan lebih lama di Kem kerana kerja-kerja anti-ISA yang ku lakukan dan penguasa ISA "mendenda" kami sekeuarga kerana "dosa' yang kulakukan iaitu mendedahkankejahatan dan kezaliman ISA. Tetapi.... apa pula "dosa" Kak Z? Beliau setiap hari sibuk membuat kueh untuk dijual demi memastikan kelangsungan hidup mereka sekeluarga, beliau tidak pernah ditemui wartawan, jauh sekali membuat sebarang kenyataan yang memburukkan ISA, namun.... kenapa suaminya masih belum dibebaskan????

Aku sendiri tidak mampu untuk membantu memenuhi keperluan harian Kak Z, yang terdaya dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah semoga ada insan lain yang diberi Allah kekayaan wang ringgit yang perihatin dan sudi untuk mengurangkan sedikit kesusahan dan kesukaran hidup beliau yang bergelar isteri tahanan 8 Tahun ISA.

p/s:Sesiapa ang ingin memberi sumbangan pada Kak Z, sila hubungi MerahHitam di emel laila6306@yahoo.com.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tak tau lagu mana nak cakap untuk mengambarkan simpati saya pada mreka yg terlibat dalam kes penginayaan ISA nih...Bersabarlah dan moga mangsa segera dibebaskan dan yg menZALIMi segera diberi balasan setimpal dgn kerja laku mereka. Berdoalah dan bermunajatlah.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]