Tahlil untuk arwah nenek.

| |
Semalam, hari Ahad 5 Julai, cukup 40 hari nenek pergi meninggalkan semua kerana diambil semula oleh Penciptanya, Allah SWT.Semenjak nenek tiada, tinggallah Tok Mat ditemani Man Toy (adik Abah yang paling bungsu) dan isterinya .Bila waktu siang, kedua-dua mereka keluar bekerja, Tok Mat pasti akan pergi ke kubur nenek dan berlama-lamaan disana....Rumah Tok Mat terlalu sunyi dan hilang serinya. Kalau ikutkan adat Melayu, satu majlis tahlil diadakan pada hari ke 40. Aku dan Suhaib datang ke rumah Tok Mat kerana ingin bertemu adik-beradik yang lain. Ketika berada di rumah Tok Mat semalam, aku melihat baju-baju arwah nenek masih tersusun rapi idalam almari dan di rak baju nenek. Barang-barang lain juga masih dikedudukan yang sama. Rasanya macam nenek masih ada di rumah tu tetapi bila teringat kami berkumpul kerana buat majlis tahlil untuk arwah nenek, tiba-tiba hatiku terasa amat sayu....
Dan bila berkumpul ramai-ramai ni, rasa meriahlah sikit rumah tu....Kelihatannya Tok Mat agak ceria mungkin dengan kehadiran anak-anak, terutamanya cucu-cucu yang comel-comel ni.... terasa lupalah sekejap bahawa suri rumah itu- nenek telah tiada buat selama-lamanya.

Kini, semua orang, termasuk yang kecil-kecil ni, telah memahami bahawa nenek kesayangan mereka telah pergi dan tak kan kembali lagi....


1 ulasan:

Unknown berkata...

Besabarlah kak Laila..Semoga ketenangan akan berkekalan bersama mereka yg ditinggalkan..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]