Baca, banding dan fahamkan 3 kisah benar ini.

| |
"NO ONE SHALL BE SUBJECTED TO ARBITRARY ARREST, DETENTION OR EXILE"-Universal Declaration of Human Right(UDHR) Ini dia blogger Ummuasiah yang nama sebenarnya ialah Nashita Mohd Noor.Gambar ini diambil di Mahkamah Jenayah Sesyen 5, Jalan Duta,K.L.
1- Pada tahun lepas, beliau ditahan Polis ketika keluar dari Surau Ampang park dan dituduh ingin menyertai himpunan protest.

2- Kemudian satu caj(charge) telah dikenakan terhadap beliau.

3-Setelah dikenakan caj, beliau boleh mendapatkan khidmat seorang peguam dan membayar wang jamin (bail).

4- Beliau dibicarakan dimahkamah dan pendakwaraya mesti mengeluarkan bukti samada orang, gambar dsb untuk menyokong caj yang dikenakan keatas beliau.

5- Kes beliau yang bermula pada 25,26,27 Jun telah ditunda kesatu tarikh pada bulan September 2009.

6- Beliau menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas.

Ini gambar Mat Sah Satray a.k.a Abah Suhaib.

1-Beliau telah ditahan dibawah ISA pada 18 April 2002.

2-Beliau dituduh sebagai seorang Ahli Jemaah Islamiyyah(JI) yang boleh memberi ancaman kepada negara.

3-Beliau telah diletakkan di Pusat Reman Polis(PRC) selama 54 hari( dari 18 April - 10 June 2002) dan tidak dibenarkan bertemu peguam.

4-11 June 2002 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk di tahan selama 2 tahun bermula pada tarikh 12 June.

5-13 June 2004, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi 2 tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Abdullah badawi) hingga tahun 2006.

6-13 June 2006, cukup 2 tahun, penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri(Abdullah Badawi) hingga tahun 2008.

7-13 June 2008, sebaik saja cukup 2 tahun , penahanan disambung lagi dua tahun berikutnya oleh Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) hingga tahun 2010.

8- Sehingga ke hari ini, beliau tidak pernah di kenakan sebarang caj(charge) oleh polis.

9- Beliau tidak pernah di jamin oleh sesiapa.

10-Beliau tidak pernah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan. Tiada pendakwaraya yang terpaksa mengemukakan bahan bukti seperti orang, gambar, barang2 dsb untuk menyokong tuduhan keatas beliau.

11-Beliau telah dikurung di Kem Kamunting lebih 7 tahun.

12-Beliau tidak tahu apa kesalahannya dan bila akan dibebaskan............

Ini gambar saya (Merahhitam) diambil didalam trak polis. Saya ditahan di hadapan dataran Merdeka.

1 - Saya dituduh menyertai himpunan haram Palestine.

2 - Saya telah dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

3 - Polis minta keterangan tetapi saya kata "Peguam saya akan jawab di Mahkamah."

4 - Tiada sebarang caj (charge) dikenakan keatas saya.

5 - Saya menjalani kehidupan sebagai seorang yang bebas.....

5 ulasan:

Unknown berkata...

Sudah terang lagi bersuluh..Mereka jelas takut pada bayang dan berlaku ZALIM kepada insan sebangsa bahkan seAgama. Atas dasar keangkuhan atau ke'biol'an mereka melaksanakan tanggung jawab yg diamanahkan sementara waktu. Sementara masih bernafas ...samada untuk melaksanakan kebaikan ataupun meneruskan kezaliman kepada sesiapa mereka kehendaki..Ingatlah bahawa kehidupan akhirat itu kekal abadi.

~PakKaramu~ berkata...

Salam ziarah dari Pak Karamu,

Teruskan perjuangan

Mrkolumpo berkata...

doa adik bersama kakak

fazemy berkata...

Byk2la sabar kak. Byk betul ujian buat akak sekeluarga kan. Takpelah..kan Allah dah janjikan ujian buat mereka yg disayangiNya.

Tanpa Nama berkata...

anda cukup tabah..doa saya mengiringi anda

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]