Sebulan sebelum Himpunan MANSUH, GMI telah hantar surat untuk bertemu Menteri Dalam Negeri untuk mengadakan sedikit perbincangan mengenai himpunan anti-ISA ini.Menteri Hishamudin tiada, yang sudi menerima kedatangan hanya seorang yang berpangkat rendah di KDN.Perangai ini , sama sahaja dengan Menteri Dalam Negeri sebelum ini samada Tun Pak Lah atau Hamid Albar.
Namun, bila GMI bersungguh-sungguh mengajak rakyat keluar kejalanraya, tiba-tiba saja beliau mengarahkan polis mengadakan roadblock dan meminta Ketua Polis Datuk Sabtu supaya memantau itu dan ini dari dekat. ini belum lagi gerombolan lori-lori merah brisi air asid dan trak-trak polis yang disusun di tepi jalanraya, tujuannya khusus untuk menakutkan rakyat yang akan berarak ke istana negara esok.
Bagus sungguh perangai beliau ini.Maklum ditangan beliau sekarang ada kuasa..... Senang betul beliau suruh polis buat roadblock. Suruh polis sedia dengan lori-lori merah penuh berisi air asid dan trak-trak untuk menangkap demonstran.Tak cukup tu, polis juga bawa cotar serta shield .Semua ini untuk" menyambut" kedatangan rakyat yang ingin menyatakan tidak puas hati terhadap ISA.... bagus! bagus!!!
Jika beliau lupa, marilah kita rakyat ingatkan beliau, terlalu banyak "hutang-hutang' kezaliman KDN kepada rakyat samada tahanan ISA yang 8 tahun ditahan tanpa bicara di Kem kamunting, atau isu Kugan yang belum selesai dan juga kes Teoh yang baru hendak bermula......
Rakyat cuma nak tanya, mana tindakan yang nak review ISA tu? Siapa yang nak jawab kezaliman demi kezaliman yang sedang dilakukan oleh polis kepada rakyat marhaen Malaysia?
Siapa nak jawab?????
Namun, bila GMI bersungguh-sungguh mengajak rakyat keluar kejalanraya, tiba-tiba saja beliau mengarahkan polis mengadakan roadblock dan meminta Ketua Polis Datuk Sabtu supaya memantau itu dan ini dari dekat. ini belum lagi gerombolan lori-lori merah brisi air asid dan trak-trak polis yang disusun di tepi jalanraya, tujuannya khusus untuk menakutkan rakyat yang akan berarak ke istana negara esok.
Bagus sungguh perangai beliau ini.Maklum ditangan beliau sekarang ada kuasa..... Senang betul beliau suruh polis buat roadblock. Suruh polis sedia dengan lori-lori merah penuh berisi air asid dan trak-trak untuk menangkap demonstran.Tak cukup tu, polis juga bawa cotar serta shield .Semua ini untuk" menyambut" kedatangan rakyat yang ingin menyatakan tidak puas hati terhadap ISA.... bagus! bagus!!!
Jika beliau lupa, marilah kita rakyat ingatkan beliau, terlalu banyak "hutang-hutang' kezaliman KDN kepada rakyat samada tahanan ISA yang 8 tahun ditahan tanpa bicara di Kem kamunting, atau isu Kugan yang belum selesai dan juga kes Teoh yang baru hendak bermula......
Rakyat cuma nak tanya, mana tindakan yang nak review ISA tu? Siapa yang nak jawab kezaliman demi kezaliman yang sedang dilakukan oleh polis kepada rakyat marhaen Malaysia?
Siapa nak jawab?????
19 ulasan:
Menteri Dalam Negeri Hishamudin kejam betul! Kalau KDN sanggup mengusir dan menghalang rakyat daripada perhimpunan aman mansuhkan ISA, ini menunjukkan BN akan terus wujudkan ISA.
Lawan tetap lawan! Mempertahankan hak asasi manusia! Jom perhimpunan mansuhkan ISA!
yg korang nak berhimpun dijalanan tu nape??? korang kn jugak hormat hak2 org mcm aku yg x campur mn2 pihak ni.aku nak jgk melakukan aktiviti hjg mgg bersama keluarga di pusat bndar esk.nape korang terlalu pentingkan diri dan prnsp ko je?ko igt seluruh rakyat da menaruh hrpan kt pr ke??ko mesti igt, setiap pilihanraya ada undi tuk pihak yg mng dan ada juga undi tuk yg kalah.maknenyer setiap rkyat ade pendapat.jd jgn la korang je yg nak tnjk perasaan ko
Teruskan perjuangan Kak!!
Seruan takbir terus alunkan
beserta Innallaha wani`eq Mal waqiel.. Insya`allah Allah menjadi wakil sekalian yang turut sama dengan perilaku membenci kekejaman dan kezaliman itu.
Insya`allah kita bertemu di medan perjuangan Membenteras kezaliman esok..
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
* Moga tiada kata lain yang diseru tika perhimpunan esok..selain Allahu Akbar dan Innallaha wani`eq mal Waqiel
Perjuangan membenteras kezaliman mesti diteruskan..
Fie Barakatillah, insya`allah
acoi...
yang ko nak gelabah tu apasal..kalo ko tak campur banyak tempat lain ko boleh pegi...aku yang dah lama dok kl pun tak lalu ni pegi bandar tu..dgn jem la macam macam lagi...
ko nak bawak family gi mana? kalo nak pi tempat hiburan ni berlambak semua area ada...ke ko baru nak pijak KL ni... semua area pinggir bandar ada tempat riadah la bro...
ko ni kalau nak bangkang secara beralas pun biar bertempat la...
acoi, korang pergi marahlah hishamudin, dialah yang merampas hak anda mengguna jalan raya dan dialah yang merampas hak saya berhimpun. Saya berhimpun di tempat kosong dan tidak menghalang jalan, siapa halang jalan korang? hishamudin lah! korang pergi hentam hishamudin lah kalau berani! korang mungkin tak berani...
woi acoi...ko ni bodoh ke bangang....klu nak bawak family jln xda minggu lain ker...cuba kalau bapak ko kena tangkap ISA tanpa bicara...camne...tapi kalau ko ni jenis bangang xda perasaan xtau lah aku
Eleh, semua sembang kemaih ja. Kalau GMI turun, NGO pro ISA akan turun jugak. Ok la dua dua layan polis dan tak ikut peraturan.
Jadi tidak ada masalah isu ni. Mari ramai ramai turun KL. Sekurangnya kedai mamak, kedai kopitiam, kedai tosai and bits dalam menega lebih sikkit.
Baru 1Malaysia. Tunjuk perasaan ramai ramai tu pon dah nampak kesatuan penunjuk perasaan seMalaysia. 1Malaysia apa?
Just my 1 million...
aku sokong usssooong!!!
Siapa yang menjadi menteri dalam kabinet BN sama saja ucapannya. Tak guna semuanya tu. Buatlah beratus KPI tapi kerajaan yang sama tetap tak berubah. Kalau nak berubah mesti tukar baru.....demo ni pun satu cara mau tukar baru,Ok la cikgu jumpa disana....disana.
sudah la pn laila,tak payah la nak ajak rakyat berdemo sebab nak suruh laki awk tu dibebaskan dari ISA. admitlah dia tu pernah buat sesuatu yang mengancam keselamatan negara,pasal tu kene ISA.tak yah la nak berdrama lagi kesana kesini nak menafikan dia tak bersalah,goverment pun bukan la bangsat sangat nak tahan orang suka-suka.bagi peluang pihak berkuasa nak insafkan dia dulu, nanti bebas la dia tu.
apa yang awak dah anjurkan tadi mmg menysahkan rakyat tau tak,habis jem/huru-hara satu KL ni.
perhimpunan mansuhkan ISA,my ass....
Errr, apa kata kita menag pilihanraya akan datang, pastu kita mansuhkan terus ISA? amaca? orait tak? orait laa tu,, yer tak? tak jugak? abis? nak camna lagi?
ini komen lepas ana baca komen2 ente2 semua... sebenarnya ana pun terpencil dari tenet seminggu dua.. jarang berlaku,.tapi telah berlaku. terpencilan itu.
Siapa rampas hak siapa? Robert? You tell me? really aa,, hak you kena rampas? For more then 50 years, we had ISA and the same electorate has been voting in the same govt who upholds ISA, so who TFA you people making noise for? the silent majority or the noisy and brutal minority? That pro ISA group is also probably sponsored by none other than that SO(i don't have the heart to call his mother that)
memang patut pun polis zalim dengan orang-orang bodoh macam ni.. kalau boleh baling bom terus masa tengah berhimpun.. menyusahkan orang.. jangan ingat semua orang suka buat kerja bodoh macam ni
nak berhimpun ke merusuh ke pergi dalam hutan.. untung-untung monyet2 ikut serta sebab monyet tu tau spises dia sama..
Astaghfirullah... Kalian tahu tak tahan orang tanpa bukti ni zalim??? Mana ader undang2 kata org tu bersalah kalo takder bukti...setiap kezaliman macam ISA mesti dan wajib ditentang oleh semua rakyat terutama lagi oleh umat Islam...sesiapa yang lihat kemungkaran/kezaliman hendaklah dicegah..Cegahlah dengan pelbagai cara,phimpunan,memorandum, undian dll...Berjuang biar lah betul dan sikap kita mesti pedulikan hal org lain..ramai org tak bersalah ditahan di ISAkan...bukti takder,..ini wajib ditentang oleh ugama Islam dan semua rakyat yang berakal fikiran yang waras...yang otak senget jer yang sokong akta Zalim ni...
Quran: "Barang siapa yang cenderung kepada orang-orang yang zalim kelak akan dijilat api neraka."
ISA Zalim: ISA undang-undang atas syak semata-mata tidak dibuktikan dengan perbuatan yang dituduh. Kalau ada bukti kenapa tak tuduh dia kat mahkamah...
Ingat siapa yang hatinya ada simpati kepada orang yang tegakkan undang-undang ISA yang zalim itu akan masuk neraka...apa lagi orang yang menyokong dan mempertahankannya...
Bagi sesetengah pihak, khususnya pembangkang dan mereka yang kritikal terhadap penggunaan ISA, jalan di hadapan hanyalah satu: mansuhkan ISA. Ini kerana akhir-akhir ini tangkapan di bawah undang-undang ini semakin tidak meyakinkan alasannya. Sama seperti undang-undang lain seperti Akta Mesin Cetak 1984, Akta Hasutan 1948 dan Akta Rahsia Rasmi 1972 pelaksanaan ISA lebih bersifat menentang demokrasi. Dari satu sudut tindakan kerajaan menggunakan ISA boleh dianggap sebagai menghalang rakyat menggunakan proses aman di bawah sistem demokrasi dan memprovok mereka menggunakan kekerasan. Ini kerana sesuai dengan sifat manusia, jika mereka sentiasa dihalang dan disekat dari menggunakan saluran-saluran yang sah maka mereka lambat laun akan hilang kepercayaan kepada sistem berkenaan. Dan inilah yang menjadi punca , kepada keganasan dan seumpamanya. Selain itu tanpa ISA pun sebenamya sistem kita sudah dipenuhi dengan pelbagai undang-undang yang hujahnya semakin meleset dan ketinggalan zaman. Inilah yang terjadi dengan akta-akta di atas yang pelaksanaannya lebih merupakan halangan dan sekatan buat rakyat dari menggunakan hak mereka yang sah di sisi demokrasi. Mungkin perlu disebut bahawa kebanyakan undang-undang ini berasal dari undang-undang lama yang diwujudkan oleh penjajah British sewaktu mereka masih memerintah negara ini dahulu. Dari sudut ini kerajaan sekarang, yang kononnya membenci penjajahan dan pengaruh asing, sebenarnya banyak bergantung kepada peninggalan penjajah yang usang itu. Ada yang menghujah bahawa ISA ini boleh dikekalkan dengan syarat mahkarnah diberi kuasa untuk menyemak keputusan membuat tahanan oleh kerajaan . Dari segi teori hujah ini nampak baik. Bagaimanapun dari segi pelaksanaan adalah meragukan setakat mana ia boleh menjamin supaya hak-hak mereka yang ditahan tidak dicabul dengan sewenang-wenangnya. Lagipun pengalaman selama ini tidak begitu meyakinkan: mahkamah sering enggan untuk mengambil corak tafsiran yang kritikal dan proaktif.
assalamualaikum...
mengapa mahu terus menyalahkan polis??? mengapa tidak hanya menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong???guna saluran yang tepat...tidak perlu berdemonstrasi...
mengapa perlu menyatakan polis zalim???polis telah menjalankan amanah yang diletak di bahu mereka..polis bertindak menjungjung kedaulatan negara...menjaga keselamatan kita...sedarkah kamu peranan polis dalam hidup kamu??kamu sedarkah polis yang dianggap zalim ini sering kali meletak keluarga ditempat kedua kerana tugas???sedarkah kamu anak-anak polis ada yang sudah lali dgn hidup berpindah-randah kerana tugas ibubapa mereka??
ANGGOTA POLIS DIRAJA MALAYSIA TELAH BANYAK TERKORBAN DEMI KESELESAAN HIDUP KAMU PADA HARI INI...MINTA JASA BAIK KALIAN UNTUK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT KEAMANAN KITA PADA HARI INI!!!!
Hello pejuang,
Perangai Umno-BN tak akan berubah.
ISA hanya akan dimansuhkan pabila BN dikuburkan kerana BN-ISA sepasang.
assalamualaikum....
salam ukhwah...ana sokong KS30069..
pasukan Polis tidak wajar disalahkan secara total....
kecil hati kami dari keluarga polis jika tuan moderator kata begitu..amatlah tidak wajar jika disalahkan satu sistem atau pasukan andai kata ada sesetengah anggota polis yang tak beretika..pihak tuan pun x dapat pastikan bahawa semua ahli demonstrans adalah baik hati dan beretika....
dan bagi anggota polis..jalankan lah tanggungjawab dan amanah ini dengan penuh azam..andai ada manusia lain yang berhak meyalahkan pasukan polis..jujur bagi ana..tuan moderator tidak layak!!!.......maaf..jangan salahkan insan lain andai ada yg buruk berlaku..lihatlah pada sistem dan dunia pemikiran tuan mederator sendiri....
isu hak.......Allah swt telah janjikan ganjaran dan balasan...bukan kuasa dan keutamaan tuan moderator untuk mempersalahkan sistem.....baik mohon maaf pada anggota...keluarga..malah bekas polis yang telah berkhidmat..menggadai masa, nyawa dan tenaga...insyaAllah..syukran jazilan
Catat Ulasan