Himpunan Aman MANSUH 1 ogos diteruskan!!!!

| |



Umum ketahui buat masa ini bahawa pihak Polis telah mengeluarkan amaran kepada GMI untuk tidak mengadakan Himpunan MANSUH pada hari Sabtu, 1 Ogos ini. Pihak polis turut memberi amaran serupa kepada Pewaris dan kumpulannya yang berniat untuk juga mengadakan himpunan tetapi menyokong ISA.

Kita sudah menjangka perkara ini. Namun Mesyuarat JK Induk Himpunan dalam beberapa mesyuarat telah sepakat meneruskan himpunan seperti mana yang dirancang. Himpunan MANSUH mempunyai matlamat dan rancangan yang mulia, jelas serta telus.

Himpunan MANSUH mengajak rakyat berhimpun secara aman sebagaimana haknya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan tujuan untuk menunjukkan suara perasaan rakyat membantah ISA dalam bentuk Deklarasi Rakyat yang ingin diserahkan kepada Istana Negara. Tiga tuntutan utama ialah Mansuhkan ISA, Bebaskan semua tahanan ISA dan Tutup Kem Kamunting.

Persiapan rapi dengan tumpuan kepada perhimpunan yang aman telah dilakukan. Panduan umum telah dikeluarkan termasuklah panduan kepada persediaan peserta, kelengkapan, poster, banner, bendera dan sebagainya. Pihak keselamatan Himpunan akan mengambil segala langkah perlu untuk mengawal keselamatan Himpunan dengan bantuan Unit Amal. Pada masa yang sama, pasukan pemantau dari Majlis Peguam akan turun membuat pemantauan di samping menyediakan bantuan guaman apabila perlu. Pihak SUHAKAM juga telah dimaklumkan. Semua pimpinan PR dan NGO sama ada lain-lain ideologi (seperti DAP dan GERAKAN) atau lain-lain kaum dan agama telah menyatakan komitmen untuk turut serta dalam Himpunan.

Pagi tadi 15 buah Persatuan-persatuan Cina telah menyatakan sokongan mereka dalam satu sidang akhbar!

Dong Jiao Zhong, pertubuhan pendidik-pendidik Cina yang terkenal juga telah memaklumkan sokongan mereka dan kesediaan pimpinan mereka untuk turut serta dalam himpunan!

Badan mahasiswa juga telah menyatakan sokongan mereka sebentar tadi dalam kenyataan yang disokong oleh 26 organisasi mahasiswa.

Hanya yang tinggal sekarang ialah kerjasama daripada Polis. Kita memohon mereka untuk memberikan kerjasama supaya himpunan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang provokasi atau kekerasan. Buktikanlah bahawa Kerajaan sekarang benar-benar mengamalkan slogan 'Rakyat Didahulukan. ...'

Bagi yang berugama Islam, marilah kita laksanakan solat hajat dan bermunajat kepada Allah. Untuk semua, marilah kita turun dengan rasa tenang, tabah dan ikhlas. Ingatlah perjuangan sahabat terdahulu yang berjuang demi prinsip. Janganlah perjuangan mereka dan nasib mangsa tahanan ISA serta mereka yang dizalimi selama ini disia-siakan.

Laksanakanlah kempen apa sahaja pun menurut kemampuan anda untuk menyokong Himpunan MANSUH pada 1 Ogos nanti. Yang terbaik adalah bersama dalam himpunan, namun jika tidak dapat bersama, fikirkanlah cara supaya sokongan tetap dapat ditunjukkan, mungkin bendera separuh tiang, memakai baju merah hitam, memasang lampu di waktu siang, membunyikan hon dan sebagainya.

Terima kasih di atas sokongan anda.

Semoga anda sentiasa berada di landasan perjuangan menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Syed Ibrahim Alhabshi

6 ulasan:

roh_insan berkata...

Salam.

Lame sye tak menjengok ke laman Puan,tahniah atas kesungguhan Puan didlm memperjuangkan hak insan bergelae manusie,mdh2an Puan akn berjaye didlm perjuangan ini.

InsakAllah sye akn hadir memberi sokongan.

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

Semangat!!!

Jumpa di sana!!!

abe MIE 'TERJAH' berkata...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Jangan bawa 'kote' nanti ada yang kena liwat masa rusuhan....

PAS-PKR-DAPigs berkata...

Yang ada anak-bini dan keluarga tu ingat le, kalau kena tangkap dan hilang kerja, bukannya PAS-PKR-DAPigs yang nak bantu atau tanggung makan.

roh_insan berkata...

Pigs,sape lak yg suruh ko tanggung makan kat anak bini org,jgn kate kene tangkap,andai aku mati pun anak bini aku tetap makan,malah nak tanggung anak bini ko pun InsakAllah mampu.klu nak suruh lah anak2 ko tu tukar bin/bt aku.

Tanpa Nama berkata...

kira syukur la dapat masuk dalam kem tahanan kat malaysia, kalau masuk Guatanamo lagi la teruk. Saya bukannya apa cuma mengingatkan yang kadang2 ada yang lebih teruk dari keadaan yang dirasakan teruk. setiap didunia ni ada baik dan buruk. cuma banyak dan sikit jer yang menggambarkan baik buruk definasi orang.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]