"I feel pity to Beng Hock's fiancee...she's pregnant and has to take care of the baby alone.." tambah ku lagi. Dennis hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
" I lagi kesihan pada you... Kak Laila.You've been surviving alone for seven years...." aku terperanjat dengan jawapan beliau.Dennis memandang kearahku penuh rasa simpati.
"Kalau kesihan pada kami ISA victims, lets mobilise more people to join 1st August anti-ISA rally" dan Dennis memberi isyarat "ok".....
Bukan Dennis seorang saja yang akan mobilise ahli persatuan mereka. Semua yang hadir petang tadi telah berjanji memberi komitmen masing-masing untuk himpunan MANSUH 1 Ogos. Sekretariat MANSUH iaitu Syed Ibrahim, Kamarudzaman dan saya, bertemu persatuan pemuda Cina di KLSCAH petang tadi.
"Kenapa muncung tajam sangat ni?" tanya ku pada Suhaib sebaik saja aku pulang dari KLSCAH. Ketika tiba dirumah, Suhaib belum tidur lagi. Aku segera mengemas beberapa helai pakaian dan segera dimasukkan ke dalam beg besar beroda berwarna hitam. Suhaib hanya menjeling tajam....
Esok , aku akan ke pantai timur selama dua hari. Ini bemakna, Suhaib akan ditinggal sendirian lagi...
"Sayang..... kalau tak bagi Umi pegi, I can just cancel it. No problem at all....." kataku lembut ditelinganya. Ku keluarkan semula pakaian dari beg tersebut.
"Tak pe.... Umi pergilah....Tuait ok je..." katanya lagi.
"Thanks, sayang. I promise, this is going to be the last one, ok?" kataku sambil mencubit pipinya yang dipenuhi jambang itu.
Tiga hari lepas, aku baru pulang dari Kedah kerana mengajak orang sana yang tak dapat berita dari blog atau HARAKAH supaya datang ke K.L sempena himpunan 1 Ogos. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa ramai orang di Malaysia ni, tak suka pada ISA, akta tahan tanpa bicaa itu.
Esok adalah program terakhir yang diatur untukku diluar Kuala Lumpur.Selepas itu jadual harianku tetap padat namun semua program tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur saja.....
Semua itu hanyalah untuk memberitahu dan mengajak orang ramai supaya hadir ke himpunan aman MANSUH 1 Ogos di K.L...
Semua itu hanyalah untuk memberitahu dan mengajak orang ramai supaya hadir ke himpunan aman MANSUH 1 Ogos di K.L...
Anda bagaimana?
5 ulasan:
Salam cikgu,
Moga sehat dan terus cekal n kuat, dah lama kjah sengaja tak visit blog cikgu hanya sebab satu perkara, harini kuatkan hati tapi...cerita yg akak paling tak sanggup baca terpapar lagi! kjah boleh ikuti apa saja duka dan airmata cikgu meniti liku2 perjuangan, tp bukan cerita ttg suhaib, hati akak pedih, sakit dan rasa diri tak berguna kerana tak mampu membantu apa2 utk mengembalikan semula semua yg pernah cikgu dan suhaib milikki dulu....kita punya komitmen berbeza, tiapkali cikgu perlukan sokongan, akak di sini terjerat dgn kesibukan sendiri, mungkin kjah bukanlah sahabat yg dicari....
salam...semoga dapat bertemu dengan puan laila yang tabah pada 1 ogos ini..kami sekeluarga dah membuat perancangan untuk turun bersama....
setiap kali membaca kisah puan, airmata saya mengalir...dan lagu dipalang ini selalu bermain diminda dan dibibir ini...semua kenangan semasa suami saya ditahan ISA terbayang bila mendengar lagu ini...
apapun jaga kesihatan puan...saya nak turun dan nak memegang poster bebaskan abah suhaib....hanya itu sumbangan yang mampu diberikan.... insya Allah
Salaam,
Kak Jah,
Terimakasih for your kind words.
U r such a nice person to us.
Salaam,
Ummu naufal,
Ohh suami puan juga bekas tahanan ISA?Tahun berapa?Bila? Kenapa dia ditahan?
Ok jumpa 1 ogos nanti ya. Mungkin saya di SOGO.
salam...tahanan operasi kenari...dikenakan sekatan daerah selama 2 tahun setelah 60 hari dilokap...jumpa nanti...
Catat Ulasan