Bagaimanakah tahanan ISA menghilangkan stress mereka?

| |
Perjuangan berterusan dari teman-teman dan para penyokong GMI memberi kekuatan semangat pada semua tahanan ISA bahawa ada orang yang masih "care' dengan nasib malang mereka......

“Suhaib , jom lawat Abah di kemta?” tanyaku pada Suhaib.
“Tak boleh la Umi…. Weekend ada program sekolah..” jawab Suhaib.

Ada ketikanya jawapan itu memang benar dan ada masanya, ianya sekadar jawapan kepada soalanku saja. Aku tahu, Suhaib tidak suka pergi ke Kem Kamunting. Bukannya kerana beliau tidak suka bertemu bapanya, tetapi suasana pertemuan dan persekitaran tempat tahanan itu yang membuatkan beliau rasa”stress” dan amat tertekan untuk pergi ke sana.

Siapalah yang suka pergi kesuatu tempat yang dipenuhi dengan manusia beruniform biru gelap dan cokelat kehitam-hitaman? Dari pintu masuk utama Kemta, hinggalah pintu kedua dan kemudiannya masuk pintu ke tiga.... semuanya amat mendera perasaan. Bukan setakat itu saja, di pintu ketiga, kami berdua pastinya akan diperiksa dengan scanner dan tubuh kami diraba oleh warden lelaki dan wanita yang bertugas ketika itu..........Semua prosedur itu sangat-sangat mencengkam perasaan. Kenapa kami terpaksa melalui semua sistem itu sedangkan Abah Suhaib bukanlah seorang banduan!!!!
Namun semua itu tidak dapat diluahkan.... hanya mampu dijeritkan dalam hati saja.

Aku sering terfikir, bagaimana pula perasaan orang yang dikurung didalamnya? Bagaiman peringkat ”stress” yang dilalui oleh Abah Suhaib dan tahanan ISA yang lain? Bagaimanakah perasaan Abah ketika melihatku disebalik cermin kaca tebal yang memisahkan kami? Bagaimana pula perasaan Abah yang terlalu ingin bermesra dengan Suhaib, anak tunggal kesayangannya????

Ohhh Tuhan!!!! Terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya.

Aku yang berada di dunia bebas pun ada banyak masaalah dan sering mengalami stress..... namun aku ada ramai teman-teman yang memberi pelbagai cadangan dan cara untuk menghilangkannya. Selain amalan spiritual seperti solat dan membaca Quran, ada banyak pilihan yang dapat dilakukan untuk mengurangkan tekanan.

Walaupun pada dasarnya aku amat suka mengunyah cokelat dan kacang yang aku sendiri sedari satu amalan yang kurang sihat, tetapi menurut Nashita, selain pergi menghadiri demonstrasi jalanan, ”window shopping” juga satu cara yang baik untuk mengurangkan stress disamping cuba meluahkannya pada teman paling rapat. Namun sekiranya tekanan terlalu memuncak, aku akan pergi berenang , mandi sauna atau paling mudahnya berendam saja di bilik air beberapa jam lamanya......

Ya Allah, semoga kau beri kekuatan kepada semua tahanan ISA yang masih didenda dan dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting....

Kek Coklat Cheese.....





Asiah menemaniku berenang untuk menghilangkan sakit kepala akibat stress....



Berkongsi kejahatan ISA bersama penonton teate Bilik Sulit di Bar Council akhir tahun 2008.




3 ulasan:

~PakKaramu~ berkata...

Salam,

Di dunia kamu menzalimi orang, nanti di akhirat kamu akan di panggang

Tanpa Nama berkata...

We will not rest until all draconian acts are abolished and your husband and fellow Kemta inmates are free..

Take care...

Gempur KL 1 OGOS!

-Nurfikri-

ummu asiah berkata...

nostalgia nya gambar di atas sekali tu...tengok lih kang pun ada n yap..

amd as for..at that time...was about 6 weeks pregnant and we drove together to Fraser Hill...

rasanya Lih kang and Syed sampai saja di puncak..terus muntah2...tapi kita dah dapat advise cara utk elak mabuk:)

sorry..out of context...but all the trip and journey we've been together mmg salah satu cara utk hilangkan stress jugak kan....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]