Anti-ISA bergema di Balok dan Jengka, Pahang.

| |
Walaupun cuma dua hari aku berada di Pahang untuk menghabiskan siri roadshow MANSUH, rasanya macam dah dua minggu aku meninggalkan Tuait, anak bujang yang sorang itu. Walaupun berjauhan, kami tetap dapat bersms dan sekali dua bercakap di telefon. Sekadar bertanya, dia sudah makan atau belum dan memastikan beliau tidak bangun lambat keesokan harinya. Baru dua hari berjauhan dari Suhaib , aku terasa "miss' dengannya, bagaimana pula perasaan Abah Suhaib yang bertahun-tahun terpisah dari anak tunggalnya...Bagaimana Abah mengubat kerinduannya terhadap satu-satunya zuriat yang beliau ada ya?.... Oh Tuhan.... tak sanggup aku meletakkan diriku ditempat Abah Suhaib.....

Sekembalinya aku dari Geneva, semangat untuk berkongsi pengalaman sebagai mangsa ISA amat membara dan Alhamdulillah, Ust Suhaimi, Ketua Pemuda PAS Pahang telah berusaha mencipta ruang dan peluang untukku merialisasikan impian itu.


Kuantan dan Jengka adalah destinasi terakhir ceramah di luar kota yang aku hadiri untuk memberitahu rakyat tentang akta tahan tanpa bicara ISA. Dari pengamatanku, jika program anti-ISA ini dijadikan ukuran untuk melihat kekuatan pembangkang di Pahang, tidak mustahil di PRU 13 nanti, PR akan dapat merampas Pahang dari BN.... InsyaAllah.

Semua aktivis Pahang, kita jumpa di K.L 1 ogos nanti ya.

Anak-anak Ust Suhaimi iaitu Aiman, Adeeb, Arif dan Amirah.
Aku bersama Pemuda PAS Balok, Kuantan Pahang.

Aktivis PAS Jengka bergaya dengan headband MANSUH ISA!!!


Muslimat Jengka menitiskan airmata ketika melihat persembahan slide "Dunia Tanpa Suami 2.



Hujan lebat tidak melemahkan semangat penduduk Jengka untuk melihat persembahan powerpoint anti-ISA dan ceramah tentang akta zalim itu.




2 ulasan:

ummunaufal berkata...

salam...semalam kami muslimat di zon bandaraya ipoh juga mengalir aimata apabila aiman athirah bercerita kisah puan....

bila agaknya boleh naik ke Ipoh bertemu dan berkongsi pengalaman yang sangat mahal dengan kami..?

Merah Hitam berkata...

Ummunaufal,

Jika ada jemputan dari orang Ipoh, pasti saya akan kesana.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]