Ugutan pada tahanan ISA lebih dahsyat dari ugutan pada Khairy.

| |

(Gambar Shamsuddin diambil 7 tahun yang lalu)

Khairy dakwa di ugut penulis buku. - Malaysiakini.


Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.Khairy hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 10.15 pagi ."Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," katanya.




Tajuk berita tentang Khairy kena ugut ini agak lucu bagi saya. Ya lah... apa lah sangat yang hendak ditakutkan pada seorang penulis buku. Penakut betul lelaki UMNO yang seorang ni.


Dalam isu ini, saya hanya berminat untuk membuat sedikit perbandingan antara ugutan yang Khairy terima dari penulis buku dan ugutan yang terpaksa di dihadapi oleh tahanan ISA dan keluarga mereka yang datangnya dari polis Cawangan Khas(SB).




Rasanya, ini baru pertama kali Khairy diugut dan orang yang didakwa itu hanyalah seorang penulis buku. Apa sangatlah kuasa pada seorang penulis buku jika nak dibandingkan dengan kuasa besar yang begitu jahat, yang terpaksa di depani oleh mangsa ISA.
Khairy tidak menghadapi sebarang masaalah. Beliau seorang yang bebas, ada kerjaya, ada duit ,ada keluarga dan hampir menuju ke puncak kuasa.Pendek kata beliau ada segala galanya.
Sepatutnya ugutan dari penulis buku hanyalah bagaikan bunyi seekor nyamuk saja pada beliau... namun cara beliau menghadapi "nyamuk" itu seolah-olah ianya tersangat besar dan bahaya!!!




Lihat pula bagaimana nasib tahanan ISA dan keluarga mereka. Hampir semua tahanan ISA hilang kebebasan kerana di kurung tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting.Kehidupan tahanan ISA yang tinggal dalam kurungan tidak akan lengkap jika tidak dilawati SB. Hampir setiap hari polis berpakaian biasa Special Branch (SB) ini akan bertemu tahanan dan mengugut sekiranya tidak bekerjasama dengan kerajaan dan mengatakan ISA zalim, mereka tidak akan dibebaskan.Adakah tahanan ISA berpeluang untuk membuat laporan polis jika polis sendiri yang melakukan kerja-kerja ugut dan fitnah itu pada mereka!!!
Dan lebih teruk,sekiranya isteri atau keluarga mereka cuba mendedahkan kezaliman ISA, maka tahanan itu diugut akan terus-menerus di kurung di Kem yang tarafnya sama seperti Kem Guantanamo Bay.




Bagi tahanan ISA yang sudah ditahan 7 tahun, mereka sudah tidak punya apa-apa. Contoh yang "real"ialah tahanan ISA bernama Shamsudin Sulaiman. Beliau telah ditahan sejak bulan April tahun 2002. Beliau telah hilang pekerjaan sebagai seorang Pembantu Akauntan di Kementerian Kesihatan. Kemudian ,isteri beliau meminta cerai dan anak-anaknya tidak mahu mengaku bahawa ayah mereka adalah seorang tahanan ISA.Nama baik beliau yang dituduh sebagai pengganas "JI" juga belum di bersihkan kerana Menteri Dalam Negeri tidak mahu mendakwa kes itu ke mahkamah walaupun beliau telah merengkok di Kem Kamunting selama 7 tahun lamanya!!! Dan yang paling dahsyat, beliau tidak tahu bila akan di bebaskan dari akta zalim itu.




Bagaimana pula ugutan yang diterima oleh isteri tahanan ISA? Suami ditahan di penjara Kem Kamunting, KDN seolah-olah merestui pula SB mengganggu isteri-isteri tahanan tersebut. Ada antara SB yang menyamar sebagai aktivis masyarakat dan menggoda wanita-wanita yang sedang kesunyian itu.Sekiranya ada antara isteri tahanan yang ingin memperjuangkan nasib buruk suami, wanita itu akan di ugut oleh SB dan anggota masyarakat yang dijadikan "wakil @talibarut" oleh Polis Cawangan Khas.




Khairy hanya diugut oleh penulis buku tetapi tahanan ISA serta keluarga di ugut oleh Menteri Dalam Negeri dan kakitangannya terdiri dari polis Cawangan Khas (SB).Nasib tahanan ISA dan keluarga mereka memang sangat malang.....dimanakah keadilan bagi rakyat yang di tindas seperti mereka?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MOMMY! MOMMY! SOMEONE IS PICKING ON ME IN THE PERHIMPUNAN AGUNG! BOOO HOOO... MOMMY! MOMMY! CAN YOU MAKE THESE PEOPLE GO AWAY! WAAAA...I WANT TO BE THE YOUNGEST PM IN HISTORY AND THESE PEOPLE IS IN MY WAY! WAAAAA!...I WANT TO BE THE YOUNGEST PM! I WANT! I WANT! I WANT! WUUUUAAAAA!!!! MOMMY I NEED MY BLANKIE....! WAAAAAAAA!

Unknown berkata...

Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.

Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.

Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?

Tanpa Nama berkata...

mudah2an Din tetap diberi kekuatan dan ketabahan oleh Yang Maha Kuasa. Aminnn.....

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]