"Ya Allah... Nurul, kenapa kereta ni?" saya melihat Nurul berusaha mengawal steering kereta yang dipandunya, ke tepi lebuh raya.Berkerut kening Nurul yang sedang memberi sepenuh perhatian pada kereta yang dipandu pada kelajuan lebih 100/km, terhoyong hayang sebentar tadi. Ketika kereta hilang kawalan, tiada sebarang kenderaan lain di hadapan atau belakang kami dan akhirnya kereta berjaya dihentikan di ruang berumput yang agak lebar bersebelahan dengan longkang besar lebuhraya dikawasan Sg Bakap...Alhamdulillah...
Kami berdua terhidu bau asap yang kuat. Sebaik saja keluar, saya terperanjat yang amat sangat melihat kereta senget dan tayar belakang sebelah kiri, tinggal rim saja. Getah hitam disekeliling rim dah hancur dan terbang entah dimana!!!! Kami berdua terdiam buat seketika . "Kita nak buat apa Cikgu?" pertanyaan Nurul membuat saya tersentak dan mula berfikir. Saya cuba hubungi Plus, tetapi tiada jawapan. Sementara Nurul mengeluarkan tayar "spare' di boot, saya menahan beberapa kenderaan yang lalu.
Alhamdulillah, seorang pemuda yang menaiki motorsikal berhenti dan membantu menukarkan tayar kereta kami yang dah hancur itu....Ketika itu hampir jam 12 tengahari dan dikiri kanan kami tiada sebarang tempat kediaman manusia, yang ada hanyalah rimbunan pokok yang menghijau.Pemuda tersebut mencadangkan saya singgah di pekan untuk menukar tayar "spare" dan menggantikan dengan yang baru (tayar spare saiznya kecil sikit).
Sepanjang jalan dari tempat kejadian (di Sg Bakap) hinggalah ke Sri Mentaloon, kediaman MB Kedah tempat Konvensyen Wanita PKR berlangsung , saya masih rasa berdebar dan longlai... (Half of my soul left me!!!)Nurul juga mendiamkan diri saja.Kami berdua masih terperanjat dengan kejadian itu.Jika diawal pagi tadi ketika bertolak dari Jalan Duta kami berdua sangat ceria dan saya memandu kereta agak laju dari biasa, namun bila teringat tayar yang hancur itu...... saya minta Nurul pandu perlahan saja.

"Allah jaga kita Nurul.... syukur kita selamat. I cant imagine if anything bad happened on us, especially u....how am I going to explain to your mum??" air mata ini turun lebih laju lagi.....
Sebelum pulang ke Kuala Lumpurkeesokan harinya, tayar kereta "spare" di tukar dengan yang baru. Kami berdua yang masih fobia dengan peristiwa tayar meletup itu, hanya memandu sekitar 70 - 90km/j, jauh lebih perlahan dari kebiasaan pemanduan kami....
Setiap kali melihat wajah Nurul, saya teringat kembali semasa PRU 12, ketika menghadiri salah satu program msayarakat bagi calun ADUN Hulu Kelang, saya bertemu dengan Puan Jannah, ibu Nurul , seorang peguam terkenal.Beliau amat memahami perjuangan saya dan bertanya apakah yang dapat beliau bantu untuk memudahkan urusan . Ketika itu, saya memang amat perlukan seorang pembantu untuk mengedarkan risalah anti-ISA terbitan GMI ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia.Saya juga terpaksa memenuhi pelbagai jemputan ceramah di kawasan ADUN dan Ahli Parlimen di beberapa kawasan di Kedah, Kepala Batas dan sekitar Lembah Kelang.Saya perlukan teman untuk tujuan tersebut. Kak Jannah dengan sukarela "menginfakkan" Nurul yang ketika itu sedang menghabiskan cuti semester, untuk menemani saya.
Mulanya untuk sementara saja kerana Nurul terpaksa membereskan ACCA nya ,namun ketika GMI melancarkan Kempen 6 tahun ISA beliau sudi menjadi setiausaha team kami. Tanpa disedari, Nurul telah bersama saya dan GMI hampir setahun!!!!
Nurul sebagai salah seorang petugas booth GMI bersama wartawan Harakah di Muktamar PAS di Ipoh.Setiap kali melihat wajah Nurul, saya teringat kembali semasa PRU 12, ketika menghadiri salah satu program msayarakat bagi calun ADUN Hulu Kelang, saya bertemu dengan Puan Jannah, ibu Nurul , seorang peguam terkenal.Beliau amat memahami perjuangan saya dan bertanya apakah yang dapat beliau bantu untuk memudahkan urusan . Ketika itu, saya memang amat perlukan seorang pembantu untuk mengedarkan risalah anti-ISA terbitan GMI ke beberapa lokasi di seluruh Malaysia.Saya juga terpaksa memenuhi pelbagai jemputan ceramah di kawasan ADUN dan Ahli Parlimen di beberapa kawasan di Kedah, Kepala Batas dan sekitar Lembah Kelang.Saya perlukan teman untuk tujuan tersebut. Kak Jannah dengan sukarela "menginfakkan" Nurul yang ketika itu sedang menghabiskan cuti semester, untuk menemani saya.
Mulanya untuk sementara saja kerana Nurul terpaksa membereskan ACCA nya ,namun ketika GMI melancarkan Kempen 6 tahun ISA beliau sudi menjadi setiausaha team kami. Tanpa disedari, Nurul telah bersama saya dan GMI hampir setahun!!!!
Membantu kami dari Pusat Sokongan Keluarga GMI ketika pelancaran buku Dunia Tanpa Suami 2 di Shah Alam.
Menemani saya berkempen untuk Senator Zamri di Naka dan Lubuk Merbau, di DUN Pedu. Bersama Ketua Wanita PKR Kedah, Kak Ma.
Nurul bersama team GMI bertemu Dato Seri Wan Azizah di pejabat beliau.Ketika itu Kak Wan baru dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.
Itulah antara coretan kenangan pahit yang saya dan Nurul alami ketika kami melaksanakan kempen anti-ISA.Nurul adalah salah seorang dari beribu-ribu pelajar yang pernah menjadi pelajar saya.Saya amat bersyukur kepada Allah, sebelum bertemu Nurul, ada ramai lagi bekas pelajar saya yang telah menyumbangkan tenaga mereka untuk menjayakan kempen anti-ISA ini...
InsyaAllah, akan di kongsikan kisah kempen anti-ISA saya bersama mereka yang lain.....
2 ulasan:
salam
mood sedih.....tak de apa yang dapat di imfak kan pd u.................
semoga Allah beri cg kekuatan untuk memperjuangankan kebenaran,diberi Allah ketenangan,kesihatan dan keberkatan dalam segala usaha menuntut yg haq,demi mengharungi hidup yg sementara ini...amin.amin ya rabbul alamin.
-makman-
Mak Man,
janganlah sedih...
Tunggu Iman dan Man balik nanti lah biar mereka bantu saya dari sudut lain ek?
Catat Ulasan