"Mahathirism" percepat kematian UMNO

| |

Saya hanya mengikuti ucapan "selamat tinggal" Pak Lah di AGM UMNO semalam melalui catatan Malaysiakini saja. Secara peribadi... saya tetap tersentuh dengan ucapan itu.Saya setuju dengan pandangan ramai bahawa itu adalah ucapan terbaik Pak Lah. Ada sedikit unsur kemanusiaan, kematangan dan seolah-oleh jika Pak lah masih diberi mandat oleh ahli UMNO untuk terus menjadi PM, beliau akan benar-benar menukar UMNO yang memang dah teruk ,menjadi yang agak baik.......semuanya demi tanggung jawab dan hak rakyat yang sepatutnya telah di langsaikan sejak 50 tahun yang lalu.....


Apa yang mengharukan itu?


Pak Lah menarik perhatian perwakilan supaya menyedari bahawa UMNO sememangnya sangat di benci oleh rakyat. Apa saja yang UMNO buat, nyatakan atau lakukan, semuanya salah dan buruk!! Jika masa yang pendek, antara sekarang hingga PRU 13 ini tiada sebarang perubahan oleh PM baru, maka yang pastinya, UMNO akan tinggal sejarah saja di arena politik Malaysia ini.


Dan amaran terakhir Pak Lah ialah, sekiranya budaya "Mahathirism" diteruskan, maka makin cepatlah UMNO di talkinkan.


Rakyat Malaysia pastinya berterimakasih pada DS Anwar kerana telah begitu berani menyerlahkan budaya "Mahathirism" walaupun terpaksa berdepan dengan kehilangan kuasa yang hampir-hampir meragut nyawa beliau. Siapa sangka, PM yang paling lama , paling berkarisma dan paling hebat, selepas lima tahun menzalimi DS Anwar, beliau terpaksa meletak jawatan -sedangkan tubuh badan beliau (Tub M) masih segar bugar- semuanya kerana segala kejahatan yang diamalkan dalam budaya politik beliau telah di ketahui rakyat menyebabkan beliau di tolak dalam PRU 1999.Ternyata teori Machiavelli, tidak selamanya diterima rakyat!!!
Terima kasih lah pada Pak lah kerana meninggalkan pesanan yang penting ini pada orang UMNO.....


Semua ini tidak terjadi dengan percuma. Jangan lupa doa-doa rakyat yang dinafikan hak serta doa mereka-mereka yang sedang dan pernah dizalimi ISA- akta penjaga keselamatan UMNO. Semua mangsa ISA ini sepanjang masa memanjatkan doa ke hadrat Allah agar mereka yang zalim itu diberi balasan yang sesuai dengan kejahatan yang telah dilakukan.

3 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Siapa sangka, PM yang paling lama , paling berkarisma dan paling hebat, selepas lima tahun menzalimi DS Anwar, beliau terpaksa meletak jawatan -sedangkan tubuh badan beliau (Tub M) masih segar bugar- semuanya kerana segala kejahatan yang diamalkan dalam budaya politik beliau telah di ketahui rakyat menyebabkan beliau di tolak dalam PRU 1999

Nak tanya, dulu hang sekolah mana..
Sapa cikgu hang..
Aliran sastera ke sains..
Ada Ijazah kedoktoran ke ijazah kebomohan...Phd agak tinggi tu..
Ada kena mengena ke dengan Musa Hitam, nama lebih kurang sama bin..

Bukan apa, nak suruh hang belajaq lagi, terutama subjek sejarah.

Tanpa Nama berkata...

setidak2nya semasa TDM kehidupan kita lebih aman makmur,tenang dan bebas. Tetapi tidak sekarang terutama kebebasan yang diberikan tidak tahu dihargai oleh mereka yang suka membangkang atas setiap perkara.

Abuarif berkata...

Sejak dahulu saya tidak mempercayai UMNO(kepimpinan) akan berubah.Selepas Mahathir,oleh kerana terlalu lama,pemimpin selepasnya terikut stailnya.Walau di cuba ubah oleh Abdullah,tentangan bertali arus.Kenyataan dari pemimpin bawahannya sepeti Muhyidin,Hisamuddin dan beberapa nama lain menyanggah pendirian Abdullah.Disokong dari luar iaitu Mahathir yang punyai sakit Prime Minister Syndrome.Abdullah tidak dapat menanggong penyiksaan ini lalu mengistiharkan surrender.Najib seperti biasa akan Play Safe.

Dalam gesaannya Mahathir meminta PAU tidak memilih pemimpin yang rasuah.Apabila pemimpin yang jelas terbukti rasuah terpilih Mahathir menggesa supaya Najib menyingkirkan/tidak memilih mereka yang rasuah masuk ke Kabinetnya.Soal nya berapa ramai yang betul-betul bersih dan nampak bersih.Najib sendiri pun nampak tidak bersih.Mencari pemimpin bersih dan nampak bersih dalam UMNO adalah seperti mencari gagak putih.

Dalam politik kepartian satu syndrome yang ada pada semua pemimpin adalah jika terlalu lama memegang tampok kuasa ia akan mula bertindak menyalahguna kuasa yang ada.Pengikut akan merasa ia akan di backing oleh pemimpin.Yang akan jadi mangsa adalah rakyat dan penjawat awam.

Di bawah Najib sekarang Sharil telah istiharkan tidak akan berkerja sama dengannya.Kenapa?Kerahan Sharil TAHU DAN ADA PRINSIP!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]