Masihkah anda semua ingat, peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari UMNO pada 1998? Ekoran dari situ, pelbagai nama telah diberikan oleh rakyat pada Tun M , Perdana Menteri ketika itu kerana marah sangat terhadap pemecatan Anwar. Antara nama-nama buruk yang pernah di labelkan pada Tun M ialah Mahafiraun dan Mahazalim.Namun, panggilan Mahazalim lebih lekat dan dikira sesuai di berikan pada PM yang memerintah malaysia selama 22 tahun itu.
Kemarahan rakyat pada 1998 tidak terhenti ketika itu saja, segalanya telah diluakan pada tahun 1999 hingga menyaksikan akhirnya, PM paling lama berkuasa itu terpaksa, tanpa rela hati menyerahkan kerusi PM pada calun pilihan nya iaitu Pak lah. Memandangkan tubuh badan yang sihat, Tun M masih ada keinginan untuk menguasai pemerintahan negara dan nampaknya beliau mendapat tempat sebagai "penasihat" dalam pemerintahan yang "slow" dari Pak Lah. Pada tahun 2004, rakyat beri peluang pada Pak lah untuk memperbaiki sistem tinggalan Tun M dalam UMNO, tetapi ternyata sistem yang korup itu makin parah.Dan kegagalan BN mempertahankan 2/3 majority, membuatkan Tun M tanpa malu atau segan, terus saja "membelasah" Pak Lah hingga supaya bertanggungjawab diatas kekalahan itu.....
Persoalannya, siapakah yang telah mencorakkan sistem yang hingga kini begitu korup dan kotor dalam UMNO?
Siapakah PM yang paling banyak meminda pelbagai akta, contohnya ISA, untuk kepentingan UMNO?
Siapakah PM yang menyuburkan politik wang dalam UMNO?
Dan, PM manakah yang bersekongkol dengan Bush dalam "war on Terror campaiogn" hingga ramai orang Islam di jadikan kambing hitam, di tangkap dan disumbatkan ke dalam ISA hingga ada yang masih meringkuk di Kem Kamunting hingga kini?
Siapakah BAPA yang di gelar MAHAZALIM itu?
Dan kini, MAHAZALIM itu masih berusaha untuk mempengaruhi tindakan pemimpin utama Malaysia dengan buah fikirannya. Jelas, UMNO dan pemimpinnya akan tetap korup dan zalim dimata rakyat.
8 ulasan:
CORRUPTION AN OPEN SECRET IN UMNO
http://takenotetakeheart.blogspot.com/2009/03/corruption-open-secret-in-umno-google.html
Boleh kah umno menyelamatkan diri daripada kanser korupsi?
Jawapan: Mustahil
Melayu memang mudah lupa. MAHAZALIM pun Melayu dah lupa. Ini lah bapa pembangunan korapsi, bapa penyelamat syarikat-syarikat koronism, nepotism dan pemusnah hak-hak orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja dan Sultan dengan pindaan Perlembagaan dalam tempoh pemerintahan selama 22 tahun. Anak kalah bertanding Pemuda UMNO, melentinglah dia mengatakan UMNO menghalalkan rasuah. Kita bernasib baik kerana hanya ada seorang sahaja di Malaysia macam ini......
mahazalim tu orang indian! malaysians telah ditipu selama ini!!!
melayu di bawah pimpinan UMNO selama 52 tahun masih berada dalam tahap kemiskinan dan tertindas dikatakan UMNO. mengapa???
sedarlah melayu bahawa UMNO langsung tiada niat untuk membangunkan Melayu, malahan ia bertuju melemahkan melayu supaya mereka sentiasa hidup ketakutan dan memenuhkan penjagaan UMNO.
tibalah masa utk melayu memilih parti yang lain untuk membangunkan mereka.
Mahathir - sour grapes !
APANAMA
Jangan lupa beb... Baikot media pro terus-terusan. (Bukan lagi untuk 3 bulan) Jgn beli lagi...
Sayuti Omar ejen Fitan Anwar
Baca di sini
http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/orang-kuat-anwar-sokong-najib.html
Suka saya dengar ketika Ketua Wanita Umno berucap dalm AGM mereka. Itupun bukan tengok live. Tapi dari rangkaina yang selalu membelitkan fakta. Tapi saya rasa betullah yang bercakap tu Sharizat bukan orang lain. Sebab dia Ketua Wanita Umno.
Bagusnya dia buat perumpamaan macam Khadijah, isteri Rasulullah. Perumpamaan seakan Aishah. Asiah, Sumayyah, Balqis.. Uhhh.. hebat-hebat perumpamaan darinya.
Namun yang saya sedihkan sangat, yang bercakap tu bukan orang yang menutup aurat keseluruhannya. Tetapi dia bercakap atas dasar ingin menjadi seperti itu. Akan tetapi, cermin diri sendiri.
Saya nasihat untuk semua, bukan untuk dia sahaja. Kalau ketua Puteri Umno yang baru tu berucap begitu, saya pasti rasa menghayati itu ada. Tapi dari seorang sharizat, saya tak rasa apa-apa.
Carilah kebenaran itu!
Walau mereka nak buat semua yang Rasulullah buat, jawapnya sia-sialah. Sebab Allah pandang hati setiap hambaNya itu. Tetapi hambaNya hanya mampu menilai peribadi luaran sahaja. jadi kenalah setarakan antara rohani dan jasmani.
Kalau dah air kopi dalam teko, apabila dituangkan ke cawan, yang keluarnya tetaplah kopi, takkan menjadi tea O. maksudnya kalau dalam dah tak baik, takkan luar juga baik. kalau luar baik, insya`allah dalamnya juga begitu.
Sekadar tazkirah bersama.
Fikirkanlah..
Salam Perjuangan Kak Laila..
Ingatkah Peristiwa Berdarah Memali..Operasi Lalang...dan segala peristiwa yg meremuk redam kan hati rakyat...
Catat Ulasan