Jatuh bangun adalah lumrah dalam perjuangan.

| |
"Its okay for you to cry, Laila" nasihat YB Fuziah Saleh@ Kak Ji pada saya."Kak Ji seorang kaunselor, seorang wanita, ibu dan isteri.....I understand your situation so much.Kita juga orang berjuang, cabaran dan dugaan kita hampir serupa...." panjang lebar bicara kami berdua ketika memakai tudung di bilik Solat di Sri Mentaloon, tempat berlangsungnya acara "Talk Show" di Konvensyen Wanita PKR 2009.Selain saya dan YB Fuziah, turut terlibat ialah Cg Bard dan YB Gan Pei Nei, ADUN paling muda dari Selangor.Beberapa jam sebelum berlangsungnya "talk show " itulah saya telah di uji Allah dengan peristiwa tayar meletup yang saya coretkan dalam tajuk "Nurul oh Nurul" di blog ini.Walaupun dada masih berdebar dan semangat agak kurang sedikit, namun ianya tidak mengurangkan sedikitpun semua fakta-fakta kezaliman ISA yang dilemparkan oleh pihak berkuasa dalam kehidupan saya sekeluarga.Airmata ini tidak pernah kenal erti kering.Walaupun sepanjang jalan dari Sg Bakap ke Alor Setar air mata merembesi pipi , namun bila mengenang dan menyebut kembali kejahatan ISA keatas kami sekeluarga, saya gagal mengawal air yang sudah lama bergenang di kelopak mata ini.
Menjelang Maghrib, saya tiba di rumah. Permusafiran dari Kedah ke Keramat, memang amat meletihkan. Lebih penat lagi kerana saya dan teman perjalanan, Nurul masih fobia dengan kejadian "tayar meletup" sehari sebelumnya.Sebaik tiba dirumah, anak bujang saya pula mengadu betapa sunyinya beliau sepanjang dua hari ketiadaan saya...
Saya teringat beberapa petua menghadapi remaja yang diperolehi dari Puan Azlina,seorang Kaunselor dan juga teman rapat kami (saya dan Suhaib) yang kini menetap di Doha.Mangsa ISA seperti saya dan Suhaib, tidak lah mempunyai masaalah mental... namun ada ketikanya, perasaan geram dan marah terlalu mengganggu emosi kami. Selalunya perbincangan dengan kaunselor akan mengurangkan sedikit tekanan perasaan yang kami hadapi....


"I masih trauma dengan peristiwa tayar meletup on the way from K.L to Kedah kelmarin.Each time I close my eyes, masih terasa lagi gerakan kereta tanpa kawalan... last nite, I mimpi tidor atas susunan tayar, thats why I feel the whole body aching..... I cried at the same time bersyukur Allah jaga kami dari sebarang kejadian yang lebih buruk lagi.." begitulah lebihkurang bunyi sms yang saya hantar pada Nashita dan beberapa orang teman yang agak rapat. Saya hanya ingin melupuskan perasaan tidak selesa yang masih menyelubungi fikiran kerana setiap kali saya memandang tayar kereta, hati ini akan berdebar!!
Nashita dan kak Jije(isteri Yb Pak Abu, ADUN Hulu Kelang)adalah orang yang sentiasa dalam perjuangan. Mereka mempunyai pengalaman luas dalam isu-isu yang melibatkan keluarga tahanan ISA dan saya amat selesa bersama mereka....
Jatuh bangun adalah perkara biasa dalam mendaki bukit perjuangan yang penuh dengan onak dan duri.Dipisahkan dari suami yang sah tujuh tahun, di hina oleh orang-orang yang tidak faham dengan ISA, dituduh melawan kerajaan walaupun segala tindakan hanya menuntut hak sebagai rakyat, ditahan polis kerana dikatakan menyertai himpunan haram ...semuanya adalah cabaran yang terpaksa dihadapi tanpa sebarang pilihan.Peristiwa kemalangan kecil itu melengkapkan perjalanan tersebut.
Ini adalah pilihan yang saya lakukan bersandarkan kefahaman dan keyakinan bahawa kita adalah insan yang Allah cipta, bernyawa ,dilengkapi dengan akal dan perasaan, namun segala-galanya tidak diberi secara percuma. Ada tugasan yang mesti dilaksanakan.....Saya tidak dapat lari dari kenyataan tersebut kerana di Mahkamah Allah nanti, segala nya perlu disediakan jawapan.Doa yang sentiasa di panjatkan ke hadrat Illahi moga saya di anugerahkan kesabaran yang lebih, dipermudahkan segala urusan dan kekejaman ISA ini akan segera tiba ke penghujungnya...


4 ulasan:

ummu asiah berkata...

My dear friend..

Alhamdulillah...thot u r not going to share this story in your blog..now i am sure..a bit of your burden is already thrown out in the blogshpere..InsyaAllah...many and more people will be praying for u...and understand how hard it is to fight against this evil law of ISA....7 years ....is such a long time...

so many things we have done together..InsyaAllah...moga ALlah terus bagi kekuatan...

Dugaan dari Allah untuk buat kita lebih bergantung hanya padaNya...dan pertemukan kita dengan hamba Allah yang baru di sepanjang perjalanan...untuk membantu kita...:)

mutiarahatiku berkata...

Salam..

ini fisrt time saya buka blog puan.. saya dapat merasakan kesedihan puan..saya juga dapat merasakan betapa hebatnya ujian yang puan lalui kerana bagi saya kalau saya di tempat puan..entahlah..

puan memang tabah,alhamdulillah,dan jika dilihat dari sudut pandangan agama kesusahan puan ini telah membuatkan saham akhirat pun melimpah-limpah keuntungannya..tetapi bagi orang yang menganiaya puan, anak-anak dan tiap jiwa yang terseksa akibat kekejaman mereka..bayangkanlah betapa suburnya saham neraka dan suburnya pokok zaqqum yang menantikan mereka kelak..
saya doakan puan akan beroleh kemenangan didunia dan akhirat dan moga-moga segala perjuangan dan kesabaran mendapat ganjaran amal soleh disisi Allah..
Mungkin disisi manusia puan nampak sangat menderita tetapi di sisi Allah pula tidak terkira rahmat dan kasih sayang yang tercurah atas puan sekeluarga..
Ingatlah puan ramai orang diluar ini walaupun tidak mengenali puan tetapi mendoakan kesejahteraan puan..percayalah..
Insya'Allah puan akan semakin tabah, kuat,cekal dan beroleh kemenangan tidak lama lagi dan beruntung puan kerana anak-anak bakal menjadi pewaris perjuangan Nabi s.a.w. Insya'Allah

Salam kasih sayang untuk puan sekeluarga..

Merah Hitam berkata...

Ummuasiah,

Alhamdulillah, I'm still on the right track...
Penat dan letih tu ada lah sikit-sikit...
Thanks for your kind words.

Merah Hitam berkata...

Mutiarahatiku,

Saya manusia biasa, bukan malaikat...
Sebagai manusia, ada banyak kelemahan... namun ujian ISA ini saya ambil sebagai satu alat untuk digunakan semula keatas mereka2 yang zalim itu.

Sooner or later, mereka(orang2 yang zalim itu) sendiri akan berkata " Sepatutnya ISA tidak ada di malaysia ni..."

Pertolongan Allah juga semakin dekat....namun jika tiada orang buat kerja seperti ini, macamnana Allah nak bantu?

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]