Durian runtuh di Bukit Gantang, bagaimana dengan Bukit Selambau dan Batang Ai?

| |
Di Malaysia , seolah-olah sudah menjadi satu tradisi atau kebiasaan, kesusahan dan kesulitan hidup penduduk hanya akan terbela sekiranya wakil rakyat , samada Ahli Parlimen atau Ahli DewanUndangan Negeri di tempat itu meletak jawatan atau meninggal dunia.

Buktinya kini di Bukit Gantang, semalam 29 Mac dilaporkan , Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat mengumumkan akan membantu menyelesaikan masaalah tanah bagi penduduk yang tinggal berhampiran stesen keretapi di Kuala Sepetang.Agaknya, jika Ahli Parlimen PAS Hj Roslan Shahrum tidak meninggal dunia, tiada siapa dari parti yang memerintah yang akan mahu mengambil tahu masaalah itu......

Itu janji BN di hari pertama penamaan calun di Bukit Gantang , selepas ini berapa banyak pula projek baru yang akan menjelma di kawasan Parlimen itu? Bukit Gantang mungkin agak unik sikit, kerana BN perlu menawan hari orang Perak yang selama ini telah jatuh simpati pada calun yang bertanding, iaitu Menteri Besar sah YB Ir Nizar yang sentiasa lantang menyeru pada penutupan Kem Tahanan ISA di Taiping.

Penduduk Bukit Gantang sedang di tatang bagai minyak yang penuh oleh parti pemerintah UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula dengan Bukit Selambau dan Batang AI? Apa pula yang bakal mereka perolehi dalam masa seminggu ini ya?

5 ulasan:

Unknown berkata...

pelik bukan... mari berdoa supaya lebih ramai YB BN mati katak! lol

اتريزا berkata...

Kebanyakkan manusia itu hanya hebat berkata-kata namun kata itu jarang dikota.

Realiti kini, apabila tiba musim pilihan raya, baru tampak muka supaya rakyat memilih mereka. Namun apabila telah berjaya, dia pun hilang entah ke mana.

Sungguh pelik manusia itu, apabila tiba musim pilihanraya barulah dia mahu kelilingi kawasannya, pabila telah diumumkan menang, duduk di kerusi selesa, dia melupakan siapa yang mengundinya.

Kapankah mereka sedar?
Bilakah mereka akan melaksanakan kata?
Jangan hanya mudah berbicara, tapi melaksanakan entah bila pula?

Sekadar pesanan pada diri juga sekalian yang membacanya terutamanya kepada calon-calon wakil rakyat dan yang utamanya kepada yang dah dan sedang jadi wakil rakyat.


SEDARLAH, pikulan anda infiniti beratnya dari seorang manusia yang hanya bergelar rakyat biasa dan tak punya apa-apa selain memiliki dan dimiliki Penciptanya..

Ukht Laila.. Salam Jihad Fie Sabilillah wa ridhallah..

"Allahumman surna al mujahideen fie kulli makaan

جهاد- -

Atriza berkata...

"pelik bukan... mari berdoa supaya lebih ramai YB BN mati katak! lol"

Tak setuju dengan kata CHONG tu..
Jangan mendoakan keburukakan pada orang lain.

Tak tahulah yang bernama chong tu Islam atau tidak.

Kalau dalam islam kita tak boleh mendoakan macam tu, sebaliknya kita doakan agar Allah tunjukkan hati-hati mereka. (itulah sebaik-baik manusia)

Contohilah Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam. Apabila diberi dengan kejahatan, Baginda tetap membalsnya dengan kebaikan.

Kita manusia biasa kan, lagi mudah hakikatnya... Kita ada kekuatan yang dah Allah jamin...Sebagai SENJATA orang Mukmin iaitu DOA.

Maka bersamalah kaum muslimin dan muslimat, BERDOALAH sebenar-benar berdoa pada Allah

---> Maaf Ukht Laila, saya menyampaikan sesuatu yang hak di ruangan ukht ini.

---> Moga bermanfaat untuk sekaliannya.

joe penang berkata...

Salam
Saya ingin membantu kak. emailkan ke insan_fakir04@yahoo.com. Insya Allah

Tanpa Nama berkata...

Minta penjelasan...

Penduduk itu ada bayar cukai tanah atau cuma setinggan di tanah kepunyaan orang lain?

SEMUT

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]