Dalam perhimpunan itu nanti, TPM Najib Razak akan disahkan sebagai PM yang baru, sekali gus menjadi orang nombor satu negara yang akan menjaga ISA.
Seperti biasa, Hamid Albar akan menjadi menteri yang kedudukannya setaraf dengan Tuhan kerana kuasa Menteri Dalam Negeri yang di berikan pada beliau , iaitu boleh menahan sesiapa saja tanpa bicara ,tanpa had masa.
4,885 perwakilan berkampung di PWTC
Abdul Rahim Sabri Mar 20, 09 8:33pm
4,885 perwakilan berkampung di PWTC
Abdul Rahim Sabri Mar 20, 09 8:33pm
Seramai 4,885 perwakilan, termasuk dari ketiga-tiga sayap, daripada 191 bahagian akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 28 Mac ini bagi mengikuti Perhimpunan Agung Umno.Mereka terdiri daripada 2,509 perwakilan ke perhimpunan agung Umno, 796 (pergerakan Wanita), 791 (Pemuda) dan 789 (Puteri).Perhimpunan tersebut juga bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti yang baru untuk tempoh tiga tahun akan datang.Turut hadir wakil daripada 70 buah Kelab Umno luar negera yang telah mengesahkan kehadiran mereka di perhimpunan kali ini.Perhimpunan tersebut akan bermula dengan majlis perasmian serentak perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 24 Mac di Dewan Merdeka.
Adakah 4885 ini akan selamat dari ISA? Operasi Lallang membuktikan ISA digunakan pada sesiapa saja yang dihajati oleh PM yang berkuasa ketika itu tanpa mengira orang UMNO atau orang dari parti lain.
3 ulasan:
"Seperti biasa, Hamid Albar akan menjadi menteri yang KEDUDUKKANNYE SETARAF dengan TUHAN kerana kuasa Menteri Dalam Negeri yang di berikan pada beliau" Merah Hitam.
.....................................
Salam Puan.Sye faham akn kemarahan Puan,cume bahase tu agak kasar dan tak sesuai digunekan.
Dalam islam memang tak ada dasar yang zalim seperti ISA ni. Tak ada langsung keperluan untuk penjarakan orang tanpa bicara. Zaman sahabat2 nabi yg di jamin masuk syurga pun takde undang2 yg menzalimi manusia mahupun orang yg belum beriman. Sanggupkah orang yg mengaku islam tp berlaku zalim sesama manusia? Penganiayaan kepada manusia akan mendapat balasan yg cepat dari Allah...INGATLAH!!!!
Roh Insan,
You never understand the meaning of
deklarasi hak asasi manusia...samada yang konvensyenal atau yang dalam Islam.
Pisahkan sepasang sumi isteri tanpa sebarang bicara, kurung suami orang 7 tahun,dan biarkan isterinya besarkan anak sendirian...lepas tu hantar SB kacau dan goda isterinya... tak kasar ke tu???
Itu sikap manusia atau binatang?
Catat Ulasan