Tan Sri Khalid dalam majlis Mother of all Vigils".Malaysiakini.

| |
Pukul dua petang semalam, saya mendapat sms dari Haris dan Jayanath, ada "Mother of All Vigils" di hadapan MBPJ. Tiba-tiba rasa marah pada polis, kerana minggu lepas, kumpulan yang sama hadir untuk mengadakan "pot-luck" semua telah dihalau oleh FRU.
Ketika saya tiba, ramai peserta sudah memenuhi ruang "entrance" MBPJ. Fadiah (Bar Council), Nalini (Suaram) dan Kohila (baju merah JERIT) sudah berada disana dan masing-masing sedang memegang lilin.
Saya tidak melepaskan peluang bergambar bersama keluarga Ustaz Dr Badrul Amin, juga bekas tahanan ISA tahun 2001-2003. Gembira sangat kerana saya sudah lama tidak bertemu Kak Zumrah, isteri Ustaz.
Lebihkurang 10 minit kami bertemu dan beramah mesra dengan teman-teman aktivis, Menteri Besar Selangor sampai di majlis itu. Tiba-tiba saja kami "terperangkap" di belakang Tan Sri, YB Sivarasa dan Ust Badrul Amin.Tiada helar mahupun mikrofon di Vigil itu. Dalam ucapan ringkasnya, Tan Sri Khalid berkata, majlis ini diadakan untuk semua yang sedang dianiaya hak dan kebebasan mereka. Rakyat Malaysia begitu marah dan terkejut dengan kejadian pembunuhan berleluasa dan pencabulan hak asasi yang buruk dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Gazza di Palestine, namun... rakyat Malaysia juga sepatutnya menyuarakan kemarahan yang sama terhadap pemimpin BN, khasnya Menteri Dalam Negeri, yang terus-menerus menggunakan akta jahat ISA keatas rakyatnya sendiri, tanpa sebarang perbicaraan.
Walaupun suara Tan Sri terlalu perlahan, namun saya terharu bila beliau menggesa rakyat supaya tidak melupakan semua tahanan ISA yang masih merengkok tanpa sebarang pembelaan di Kem Kamunting.
Sebenarnya ada banyak lagi acara dijalankan di dewan itu. Saya difahamkan, mereka akan mengadakan Solat Isya dan solat Hajat berjamaah. Saya melihat artis-artis terkenal seperti Yassin dan kumpulan Rabbani yang dikatakan akan turut membuat persembahan di majlis itu.
DS Anwar juga dikatakan akan turut hadir di majlis tersebut. Saya tidak dapat berada disana hingga ke penghujung majlis kerana terpaksa pulang awal bagi menghormati emak saya yang baru tiba dari kampung....
Note:Terimakasih pada Latheefa Koya (ahli majlis MBPJ) yang sudi menjadi fotografer kami dan kenangan bersama Ummuasiah dan Asma.


15 ulasan:

Starmandala berkata...

Syabas! Laporan ini menguasakan semangat Reformasi!

Zainal A. Kasim berkata...

Vigil itu adalah ritual agama Kristian/Yahudi. Apa ke halnya orang Islam bertudung dan bersongkok buat kat sini? Tak ada cara lain ke? Sembahyang hajat ke contohnya?

~PakKaramu~ berkata...

Salam kunjung merah hitam

Tanpa Nama berkata...

Buat la sembahyang hajat. Kita orang Islam ada cara kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Ini definasi vigils dari Wikipedia "Vigils is a term for night prayer in ancient Christianity. A Vigil is a night spent in prayer."
Apa si Ustaz ni pun ikut sekali. Dia tahu ke apa yg dia buat tu atau ikut2 orang aje?

Tanpa Nama berkata...

islam ..pkr dan pas ..semakin hanyut..sanggup buat perkara amalan org xtian...

sedarlah...kamu sedang di permainkan...

Merah Hitam berkata...

Antares,
Thanks for the compliment.

Merah Hitam berkata...

Zainal A.Kassim,

Vigil tu maksudnya satu protest lembut yang dilakukan kerana sokongan terhadap orang/kaum/bangsa lain yang sedang ditindas.

Awak tak baca ke?kan saya tulis ada Solat hajat diimamka oleh Ust badrul Amin.

Saya rasa awak ada masaalah dengan aqidah yng awak anuti.

Merah Hitam berkata...

Tanpa nama 23:35

Saya ada tulis, ada solat hajat di majlis itu.Cuma saya tak ambil gambar dewan yang dah dilapik dengan tikar untuk dijadikan musolla.

At least, ada tindakan mereka.Apa pula sumbangan kamu untuk mangsa Palestine dan mangsa ISA?

Merah Hitam berkata...

Tanpa nama 23:42,

Awak ni, nak declare nama pun penakut, ada hati nak bela ugama.Sudahlah jangan nak jadi munafik di blog saya ni.

Vigil dalam istilah kamus Oxford Fajar maksudnya "berjaga". Pegang lilin ni seolah-olah berjaga dan mengingati betapa sukarnya kehidupan mereka diPalestine yang baru berhenti dari serangan bom Israel.Berjaga dan mengingati mereka yang sedang di kurung tanpa bicara di Kem Kamunting.

Hamid Albar, Menteri Dalam negeri yang suka guna akta tanpa bicara ISA tu bukan orang Islam ke?Mengapa dia sanggup mengurung orang Islam tanpa dibawa kemahkamah bertahun-tahun?Dolah badawi pun bukan Islam ke?Kenapa dia sanggup pejam mata dengan isu tahanan ISA di Kem kamunting?

Parti UMNO tu yang merompak duit rakyat,menggalakkan rasuah, merosakkan sistem perundangan dan merendahkan kehakiman, dimiliki oleh orang bukan Islam ke?

Merah Hitam berkata...

tanpa nama 19:56,

Setahu saya, orang yang tak berani declare nama ni, dari golongan UMNO.

Awak tak malu ke bila ada ADUN UMNO yang dah berani masuk Pakatan Rakyat?Sebab UMNO nidah tak relevan dan merosakkan ugama, faham?

Tanpa Nama berkata...

Amalan sesat lagi menyesatkan. Tidak perlu berhujah panjang.

Tanpa Nama berkata...

Vigil....saya pun kurang paham maksudnya....tapi saya rasa pihak pengajur semestinya sudah kaji selidik maksudnya....asal tidak meyalahi akidah dan niat.....

Tanpa Nama berkata...

Puan, saya simpati dengan masalah suami puan ditahan dalam ISA. Saya pun memang tak setuju dengan ISA ni. Ada orang yg tak bersalah pun kena tahan. Kesian isteri/anak terpisah dari bapa.

Tapi at the same time saya pun tak suka orang tiru cara Kristian. Kita orang Islam ada cara kita. Nabi Muhamad ada ajar ke Vigil2 ni? Dah sembahyang hajat bagus la tu. Kenapa nak bervigil2 pulak?

Dalam bahasa inggeris, vigil memang la maksudnya berjaga malam. Tapi dah sampai pegang2 lilin tu dah lain dah tu. Itu dah element Kristian dah tu. Kalau nak tunjuk solidarity la dengan orang2 bukan Islam, itu bukan caranya. Buat la cara lain. Kalau berarak bersama pun saya rasa dah cukup dah. Buat ceramah ke. Buat kempen kesedaran ke.

Satu lagi, kenapa bila saya comment, terus Puan conclude yg saya ni penyokong UMNO? Penyokong Pak Lah, Hamid Albar? Kenapa Puan concludekan yg saya ni tak buat apa2 utk Palestin? Kenapa mengarut2 tak tentu pasal macam India mati laki ni? Saya ni penyokong PAS tegar la. Kita orang Islam kena tegur-menegur kalau nampak yg tak betul. Itu tanggungjawab bersama. At the end of the day, kita nakkan restu dari Allah. Restu dari manusia ni tak sampai ke mana.

Ust Badrul tu pun saya sangsi jugak. Saya pernah tengok video dia maki mufti perlis baaaayekkk punya. Macam tu ke cara Ustaz? Walaupun saya PAS, Ust Badrul ni saya kena berhati2 sikit.

Anon23:42

Merah Hitam berkata...

Anon 23:42,

1- Jika betul anda ahli PAS tegar, saya minta maaf.

2- Cara tulisan dan gaya bahawa anda amat sama dengan orang UMNO dan SB.Hidup saya dikelilingi SB selama 7 tahun, saya boleh cam SB walaupun cuma dengan sebaris ayat.

3- Masa suami saya ditahan pada 2002, tiada siapa yang mengenali saya sepertimana RPK mahupun YB Teresa Kok.Saya keseorangan walaupun sepatutnya ada ramai orang Islam yang berada di belakang saya disaat genting itu.Ada orang Melayu-Islam disekeliling saya,tetapi mereka itu rupanya adalah SB yang sentiasa bertukar dari manusia pada syaitan.Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan aktivis dari kalangan keluarga tahanan ISA 6 REFORMASI dan aktivis NGO non-muslim.

4- Anda dapat bayangkan tak keadaan saya ketika itu?
- saya tak tau apa itu ISA
- saya tidak dibenarkan jumpa peguam, ahli politik alternatif,wartawan
- saya ditipu bulat2 oleh SB yang berjanji ,suami saya ahanya ditahan 2 minggu je.
- Kami menanti siang malam, tapi suami tak pernah pulang.
- Anak saya berumur 8 tahun sentiasa bertanya ,bila bapanya nak balik, saya tak dapat beri jawapan.
- kawan2 dan adik beradik takut nak datang rumah kerana SB berada depan rumah saya hampir setiap masa.

5- Saya tidak pernah nak meniru mana-mana ugama ketika berkempen mendedahkan kejahatan ISA.Sidang media, memo, jumpa PM,jumpa menteri,pergi SUHAKAM,pergi parlimen, tulis artikel, berceramah, berforum,demonstrasi, tulis buku,jual badge,roadshow dengan Teater seluruh Malaysia, buat pameran ISA, semuanya saya dah lalui.Blogging ni adalah terkini.Tak adil betul bila ada gambar saya pegang lilin, saya dikatakan meniru agama Kristian.

6- Non Muslim mempunyai pandangan yang agak serong kerana imej terorist yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri. Orang Melayu Islam juga ramai yang percaya dengan fitnah Menteri itu.Tuduhan itu tidak pernah dibicarakan di mahkamah!!!(anda tahu tak bagaimana perasaan kami yang dituduh sebagai pengganas ini?)

7- Menteri Dalam Negeri ketika suami saya ditahan ialah Abdullah Badawi.beliau seorang Islam.Adakah menahan tanpa bicara bertahun-tahun tu "ajaran nabi Muhammad?"

8- kalau anda masih tak puas hati, boleh telefon saya di 012 6892608.
Selain itu, saya tak akan layan.I rest my explaination here.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]