PERJUANGAN SEORANG AYAH UNTUK MEMBEBASKAN ANAKNYA DARI ISA.Malaysiakini.

| |
Setiap kali bertemu dengannya, beliau akan bertanya bilakah suami saya dan anak kesayangannya Suhaimi , yang telah ditahan lebih 7 tahun di Kem Kamunting, akan dibebaskan.
Dalam usia lewat 70an, beliau kelihatan masih sehat dan mampu meneruskan pekerjaan sebagai pemandu Teksi. Walaupun telah masuk kategori warga emas, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus berjuang bagi mendapatkan pembebasan anak bungsunya, Suhaimi.
Pak Aji Mokhtar, panggilan saya padanya, memang kerap melawat anaknya di Kem Kamunting.Beliau akan membawa semua anak-anak yang lain untuk bertemu Suhaimi. Beliau juga pastinya kan membawa isteri dan anak-anak Suhaimi bersama.
Namun, satu perkara yang amat menyentuh hati saya ialah, kesungguhan beliau berusaha mendapatkan pembebasan anaknya yang dilakukan dengan pelbagai taktik dan strategi.
Beliau telah cuba menemui Pak lah dan Syed Hamid Albar secara peribadi,namun hasrat itu tidak pernah kesampaian.Beliau juga berbaik-baik dan menuruti semua kehendak SB ,dengan harapan tinggi agar Suhaimi segera dikeluarkan dari lubang neraka itu, tetapi semuanya hampa.
Apabila PR menang dalam PRU ke 12, beliau telah menemui beberapa orang Ahli Parlimen PR menyatakan bahawa anaknya masih ditahan hampir 7 tahun di Kem, tanpa sebarang perbicaraan.


Antara Ahli Parlimen yang pernah ditemui beliau ialah YB Zuraida danYB Dr Lo Lo. Beliau juga telah menulis surat pada Menteri Besar Selangor yang kemudiannya meminta ADUN Rawang YB Cik Gan Peinei menziarahi beliau di rumahnya, di Kampung Pandan.

Dan kemuncak usahanya ialah bila beliau telah pergi ke satu majlis forum dimana salah seorang ahli panelnya ialah Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar. Forum yang di adakan di sebuah dewan di Shah Alam pada hari Ahad lepas, diadakan khususnya untuk menjelaskan bahawa ISA masih relevan di Malaysia. Ketika sesi soal jawab, Haji Mokhtar telah berdiri dan berkata bahawa anak beliau telah ditahan dibawah ISA masuk tahun ke 8, tanpa sebarang perbicaraan.Beliau merayu Syed Hamid Albar membebaskan Suhaimi kerana telah ditahan terlalu lama.Syed Hamid dikatakan tidak mahu menjawab soalan itu supaya didengar oleh orang ramai yang hadir di forum itu, namun beliau telah menemui Hj Mokhtar secara peribadi kemudiannya.Saya telah difahamkan, Syed Hamid kononnya turut besimpati dengan penahanan Suhaimi ini tetapi beliau tidak dapat membantu untuk membebaskannya dengan segera.
Haji Mokhtar yang datang ke forum itu bersama keluarganya, kemudian telah pulang kerumah dengan perasaan yang sungguh kecewa. Mereka diberikan seorang sehelai baju T berwarna hitam yang bertulis "yes to ISA" yang menyebabkan mereka rasa amat marah, kecewa dan terhina kerana datang ke forum itu.
"Saya tak sanggup nak tengok baju T-hitam yang ada tulisan sokong ISA. Saya benci tengok baju tu.Kenapa Hamid Albar tu jahat sangat dan tiada simpati langsung pada mangsa ISA macam kita ni? 7 tahun dan kini kita masih di aniaya oleh ISA..." demikianlah cetusan kemarahan yang diluahkan oleh salah seorang anak Hj Mokhtar.

3 ulasan:

perunding berkata...

sedara umno ialah zanu-pf.
study apa zanu-pf buat,itu lah juga langkah umno

Ahmad Saabun berkata...

Saudari, datang la ke ahmadsaabun.blogspot.com untuk melihat sesuatu apa yang saudari catitkan. Terima kasih

Awanama berkata...

Sabar Puan, (so cliche kan?). Objective hidup kita ini adalah untuk cemerlang di Akhirat. Mungkin inilah yang Puan sekeluarga perlu lalui untuk sampai ke sana. Semoga ganjaran kesabaran Puan sekeluarga dilipat gandakan di akhirat kelak dan kekejaman di dunia ini di balas dengan seksaan yang dilipat gandakan diakhirat kelak.

-s-

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]