GURU AL AMIN DALAM DEMO ANTI-PERANG

| |
Ketika menunggu peserta demo lelaki menyempurnakan solat Jumaat, saya memerhatikan bilangan wanita dan anak-anak kecil mula membanjiri jalan raya dihadapan bangunan Tabung Haji. Tiba-tiba mata tertumpu pada sekumpulan wanita manis bertudung labuh cerah yang berjalan menghampiri saya.
Cikgu Saidah(kiri sekali pakai spek) sebelahnya Cg Ain, Cg Fuziah, Cg Sarimah(tudung hitam,tapi dah bersara) Cg Zarina dan Cg Salina.Gambar ini diambil beberapa minit sebelum demo dimulakan."Bestnya jumpa you all disini !!!!" kata saya dan kami bersalam sambil berpelukan.
Ini adalah satu contoh terbaik dari guru-guru pada warga Al Amin Keramat khasnya.Dunia mereka ialah sekolah dan anak murid, tetapi bila gendang anti-perang di palu, mereka turut bersama , turun ke medan, untuk sama-sama menyatakan kebencian dan kemarahan terhadap Israel yang begitu jahat dan zalim,membunuh ratusan orang awam tanpa belas ihsan dan jauh dari perikemanusiaan.
Tiada siapa yang sukakan penindasan,pencabulan hak asasi dan peperangan sebagaimana yang dilakukan oleh regim Israel terhadap penduduk Gaza.
Adakah rasa tidak setuju terhadap pembunuhan,pembantaian yang dilakukan itu hanya disimpan dalam hati saja atau sekadar di luahkan dengan perkataan "kesihan mereka" hanya disebabkan semua yang sedang dizalimi itu tidak berada di Malaysia ,depan mata kita?
Apakah sumbangan yang sepatutnya dilakukan untuk menunjukkan rasa marah kita terhadap pembunuhan beramai-ramai di Gazza sana?
1- Sumbangan kewangan, pihak sekolah boleh salurkan pada JIM, sebuah NGO yang boleh dipercayai untuk menyampaikan wang ini kepada rakyat Palestine.
2-Para pelajar digalakkan menulis surat dalam nada sedih,merayu,marah atau keciwa untuk disampaikan kepada Presiden US yang baru serta keluarganya. Surat-surat bantahan ini tak perlu panjang berjela, tetapi jelas isinya, boleh dihantar pada media setiap hari.
3-Menyertai petition bantahan di internet.
4-Menyertai demonstrasi yang diadakan oleh gabungan NGO dan Parti Politik.
5-Berdoa dan membaca qunut nazilah dalam solat.
Ini adalah sebahagian kecil tindakan yang wajar anda semua lakukan. Masih ada banyak ruang dan peluang bagi anda menyatakan sokongan terhadap saudara-saudara kita di Palestine sana.

0 ulasan:

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]