POLIS TAHAN KAMI KERANA ARAHAN ATAU DENDAM?Malaysiakini.

| |
Vigil anti-perang yang sepatutnya diadakan di dataran Merdeka semalam di ketuai oleh NGO Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) dan PSM.Sebelum mengadakan Vigil ini, mereka baru saja selesai menjayakan kempen Rakyat Mengayuh Perubahan yang diberi liputan meluas oleh media kerana beberapa siri tangkapan polis yang menuduh mereka menggunakan kanak-kanak untuk menjayakan kempen itu berakhir di Parlimen Disember lepas.
Semua yang hadir sangat excited untuk memulakan majlis.Kami tidak mengesyaki sebarang tangkapn kerana Vigil kali ini bukanlah demo anti- ISA, tetapi adalah sebagai sokongan pada rakyat Palestine yang sedang dibantai oleh Israel. Disamping itu, kisah keganasan di Sri Lanka juga di tunjukkan melalui beberapa buah banner kecil.

"Satu, dua ,tiga tangkap!!!" begitulah suara polis bertag nama SYDNEY.Arahannya macam budak-budak main Police and Chief.Saya tak pernah tengok perangai polis yang begitu agresif.Bila nampak muka Arutchelvan ,YB Dr Nasir dan YB Charles, polis lain terus menyerbu.
Saya hairan, kenapa mereka begitu cepat marah sedangkan sebelum ini, setiap kali GMI mengadakan Vigil anti-ISA, kami diberi 15 minit untuk menjalankan aktiviti itu.
Pada malam itu, Vigil telah dilakukan serentak di empat tempat diseluruh Malaysia iaitu di Penang, Ipoh dan Johor Bharu.Kami dimaklumkan, perhimpunan ditempat lain telah berjalan dengan tenang dan berlangsung berjam-jam lamanya.Vigil di selang seli dengan dengan ucapan-ucapan wakil gabungan NGO.
Persoalannya, kenapa Polis mengganggu Vigil di K.L begitu dahsyat sekali?Adakah kerana Vigil di K.L di ketuai oleh JERIT dan PSM yang telah di senaraihitamkan oleh polis, maka sebarang aktiviti yang mereka anjurkan, akan diganggu oleh polis?Sikap baran dan ganas yang ditunjukkan polis memang di luar dari kebiasaan. Mereka seolah-olah telah mabuk dan tidak mendengar sebarang rayuan atau kata-kata dari dua wakil rakyat yang mengajak polis berunding.Sikap SB yang biasanya suka menyorok dibelakang perempuan, juga sungguh luarbiasa.Dalam jumlah yang ramai mereka (SB)menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata lucah kearah kami tanpa sebarang rasa malu.



Sebaik saja 21 orang selesai dijamin dan dibebaskan, Sdr Arutchelvan telah menyatakan bahawa polis telah begitu terdesak menahan kami semua dan menggunakan trak FRU untuk menghalau peserta demo yang lain.Beliau yang turut hadir di demo Palestine yang diadakan di hadapan kedutaan US Jumaat lepas, menyatakan polis tidak sepatutnya menahan kami yang seramai 21 orang ini kerana demo anti Zionis dan Israel bebas diadakan oleh NGO lain di merata tempat di Malaysia ini.
Kenapa kami Vigil yang kami adakan dimulakan dengan tangkapan pula?Ini jelas menunjukkan sikap "double standard" mereka.Apakah sikap itu berpunca dari arahan atau dendam pihak atasan? Hanya Menteri Dalam Negeri yang berhak menjawab soalan itu.


6 ulasan:

Unknown berkata...

Barua yang berpakaian seragam.

Tanpa Nama berkata...

Saya juga berpendapatan demikian. Seperti juga vigil di PJ. Polis tiba-tiba tidak memberikan permit. Kenapa?

Sekian lama, SB datang rekod vigil kami. Mereka sangat jelas bahawa kami bukan kumpulan ganas. Malah kami menjadikan vigil satu malam mesra rakyat.

Kenapa tiba-tiba tidak isukan permit? Adakah kerana petisyen kepada Sultan Selangor yang mengadu pasal Ketua polis Selangor?

Apakan alasan permit tidak diberi? Kami tidak tahu. Mereka saja ada jawapannya.

bungaraya berkata...

Lain kali jika nak buat demonstrasi, pastikan buat segalanya secara mengikut peraturan yang ditetapkan. Saya dengar perjumpaan tersebut dibuat TANPA PERMIT. Itu satu kesalahan. Dan jangan jadikan satu kebiasaan.
Tidak semua kita buat sebebasnya.
Sembahyangpun kena ambil wudhuk terlebih dahulu.
Makanpun kita sekurangnya kena pakai tangan untuk menyuap kemulut.
Fikirkan sebagai orang yang bertamadun.

Tanpa Nama berkata...

Bungaraya,

Sering kali, bukan kami tidak memohon permit. Tapi, ada pihak yang sengaja tidak berikan permit.

Walaupun mereka tahu kami adalah aman, tidak ganas, mereka tidak bagi permit kerana kami tidak sehaluan dengan BN. Itu saja.

Lihat apa terjadi di vigil PJ. Kami berada dalam perkarangan MBPJ. Itu tempat "private" dengan persetujuan daripada pihak MBPJ. Tetapi, permit tidak diberikan tanpa sebab. SB-SB yang datang tiap-tiap minggu mengambil video kita semua dan boleh membuktikan kami amat aman.

Kenapa permit ditolak? Kenapa polis datang dan kata itu perjumpaan haram?
Kami telah dapat persetujuan daripada MBPJ? Ini seperti mangadakan BBQ di kawasan rumah kawan dan peserta semuanya mendapat persetujuan daripada tuan rumah. Itu tidak kira HARAM.

Hanya satu sebab: iaitu, kami membantah penyalagunaan ISA dan kerajaan ni suka menyalahgunakan ISA. Untuk terus menyalahgunakan ISA, pihak tertentu tidak membenarkan sebarang perjumpaan yang menyokong mansuhan ISA.

Siapakah yang tak bertamadun?

Merah Hitam berkata...

Bungaraya,
Saya rasa awak ni orang Islam tapi jenis Islam yang Solat tak cukup 5 waktu.Sebab dalam hati awak ni susah nak terima perkara-perkara yang baik.Perkara yang baik itu hanya dapat diterima oleh hati yang bersih.Sebab tu lh awak suka bersyak buruk terhadap mangsa ISA@ kerajaan BN macam kami ni.

Dan dari tulisan tu, saya boleh tahu awak seorang yang tidak berpendidikan tinggi, tak suka membaca dan tidak tahu perkembangan terkini politik Malaysia.

Kesihan pada awak, tubuh bebas,tapi otak dan pemikiran masih dijajah dan terkepung dengan pandangan UMNO 50 tahun yang lalu.
Saya doakan awak akan sedar dari mimpi buruk tu....

Tanpa Nama berkata...

Jika pun mereka berhimpun tanpa permit,masakan begitu kejam nya perlakuan pihak polis pada mereka,tidak bolih kah mereka disuruh bersurai secara baik dan hormat,apakah mereka telah hilang pertimbangan untuk bertindak.Dan secara jujur kita ingin bertanya siapakah antara kita yang ingin menjadi pendokong pada kebiadaban pihak polis in.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]