REKOD BARU BADAWI, TAHANAN ISA MASUK TAHUN KE 8!!Malaysiakini.

| |
Hari ini ialah hari ke 2 bagi tahun 2009.Syamil dan Sofwan masih lagi menunggu kepulangan bapa mereka, Suhaimi Mokhtar yang telah ditahan sejak 30 Disember 2001. Maknanya, penahanan bapa mereka telah masuk tahun ke 8!!
Pada 2009, Syamil akan berusia 9 tahun, Sofwan berusia 12 tahun. Mereka menunggu bapa mereka pulang ke rumah sejak 7 tahun yang lalu.Mereka membesar bersama ibu sahaja walaupun bapa mereka masih hidup!
Saya pernah terfikir, adakah mereka mengenali bapa mereka yang bernama Suhaimi itu?Ya, mereka tahu rupa dan nama bapa,tetapi adakah Syamil dan Sofwan saling mengenali dan memahami sikap serta perangai bapa mereka kerana mereka tidak pernah makan,minum dan tinggal bersama dibawah satu bumbung tujuh tahun lamanya......
Inilah bukti kezaliman ISA kepada rakyat marhaen seperti mereka......boleh ditahan sewenang-wenangnya, tidak pernah dibicarakan dan boleh ditahan seberapa lama, ikut suka Menteri Dalam Negeri.PM pun tak kuasa nak membela nasib rakyat yang ijadikan mangsa seperti ini.

12 ulasan:

Letting the time pass me by berkata...

Hmm.. Isu tahanan ISA nie sebenarnya memang mengelirukan saya.. Mungkin kerajaan kena lebih telus didalam menangani isu ISA ini..

Saya pun kekadang tertanya-tanya, siapakah yang ditahan ISA ini? Apakah mereka ini semua benar-benar pendemontrasi? reformasist? pengganas? penjenayah? musuh politik? atau ade alasan-alasan lain disebalik penahanan ISA mereka?

Sedih jugak baca kisah anak-anak serta ibu-ibu yang "kehilangan" suami sehingga bertahun-tahun lamanya ....

Harapannya tahun 2009 akan memberikan sinar harapan yang baru...

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang arif dengan ISA ni... Tapi, kalau orang tak buat salah kenapa dikenakan hukuman ISA. Saya tak kena tahan ISA pun... orang yang ditahan tu tentu dah buat salah,cuma mungkin tak dapat dibuktikan kesalahannya secara 'teknikal'... Kata pepatah Melayu 'dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung', lagipun sapelah kita ni yang nak melawan 'kerajaan'...! Janganlah kita dijadikan 'alat' oleh orang-orang yang 'berkepentingan'.................

perunding berkata...

tanpa nama,lahir pun tanpa tahun.!!

ni zaman apa bang,?
cakap macam..

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama,

Orang yang ditahan, tentu buat salah??? Kalau tak dapat mengemukakan bukti, bagaimanan dapat membuktikan tuduhan itu benar? Tanpa bukti yang kukuh, tindakan seperti ini adalah seperti memfitnah seseorang.

Tanpa bukti, siapa tau seseorang tu betul-betul telah melakukan sesuatu yang salah?

Senang untuk melabelkan seseorag tu "pengganas","penjenayah" atau "terrorist". Siapa boleh menjamin bahawa benda ISA ni tidak disalahgunakan untuk melabelkan seseorang sebagai pengganas sewenang-wenang nya?

ISA bukan HUKUMAN. HUKUMAN dijatuhkan kerana seseorang dibuktikan bersalah dan dia dihukum kerana kesalahan yang dilakukan. Tapi dalam ISA, tidak dapat buktikan bahawa seseorang tu bersalah. Salah apa? Hukum kerana apa? Apa yang nak dihukumkan?

Siapakah kita "melawan" kerajaan?
Kenapa kita mendemonstrasi dan mengutuk kerana kekejaman di luar negara tetapi pura-pura tidak nampak kekejaman di negara yang kita lahir?

Moshe berkata...

Suhaimi Mukhtar ditahan atas tuduhan apa ya ? saya tidak arif dlm kes beliau tapi tujuh tahun terlalu lama dan bermakna selama itu juga kerajaan telah menafikan hak beliau. Di manakah ketelusan Abdullah Badawi ? Tubuh Suruhanjaya Kehakiman lah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah lah, untuk apa itu semua kalau rakyat terus di zalimi ?

Husaini berkata...

Tanpa Nama,
ISA digunakan untuk menahan seseorang TANPA BICARA!

Jika benar seseorang itu bersalah, kenapa tidak dibicarakan? Mengapa perlu ditahan tanpa bicara?

Tidakkah pernah kita terfikir, bagaimana perasaan si isteri dan anak2 apabila melihat orang yang disayang ditahan tanpa tahu kesalahan yang dibuat?

Bagaimana pula persepsi masyarakat terhadap keluarga mangsa tahanan ISA?

Cakap tanpa merasai penderitaan sebenar keluarga mangsa adalah suatu tindakan yang amat menyedihkan.

Walaupun saya bukan terdiri daripada keluarga mangsa tahanan ISA, tapi hati saya hiba melihat satu per satu wajah murid saya yang mana ayahnya ditahan di ISA.
Perasaan itu kian bertambah apabila melihat mereka membesar tanpa kasih sayang yang sepenuhnya dari seorang ayah!

Merah Hitam berkata...

Kepada sesiapa yang masih kurang jelas tentang ISA,rujuk posting awal saya di bulan Sept 2008.Kalau tak puas hati, sila rujuk Blog BAR Council.Kalau tak faham lagi sila beli buku 2 Wajah tulisan Syed Ali. Jika masih belum percaya, cari buku-buku Saari Sungib, SUARA DARI Kamunting siri 1 - 8 dan baca buku tulisan RPK, From Prince to Prisoner.

Buku-buku ISA ini memang susah didapati di kedai buku kerana kedai takut nak jual, kerana takut buku dirampas, lesen tidak boleh diperbaharui atau tidak mahu di syakki SB membantu mereka yang menjadi mangsa ISA.Kalau boleh,biarlah orang yang kena ISA itu, dia dan keluarganya jangan diketahui dan jangan dibantu oleh sesiapa, biar mereka mampos!!!Begitulah niat sebenar Menteri Dalam Negeri ,kenapa digunakan ISA pada orang atau golongan tertentu.

Seperkara lagi, dalam Universal Declaration of Human Right, ada menyebutkan, seseorang yang dituduh bersalah, mesti dibuktikan tuduhan keatasnya di mahkamah.

ISA zalim kerana:-
1-Tidak dibicarakan dimahkamah.
2-Tiada Hakim yang mendengar hujjah saksi bersama semua bahan bukti.
3-Kuasa Menteri Dalam Negeri terlalu besar KDN yang terlalu berleluasa mendera tahanan yang berada dalam jagaan mereka.

Tidak ada persoalan menentang kerajaan dalam isu ISA kerana ISA merosakkan nilainilai dan hak kemanusiaan.ISA adalah maksiat yag sangat besar jadi maksiat itu wajib di tentang.Pemimpin yang suka menggunakan maksiat itu,wajib di beri peringatan supaya tindakannya tidak merosakkan kehidupan rakyat dibawah jagaannaya.

Ada 4 tahanan ISA bercerai dengan pasangan masing-masing kerana penahanan yang sangat lama.Institusi kekeluargaan menjadi rosak kerana anak-anak terpisah dari ibu bapa mereka.Semua ini angkara ISA dan kejahatan Menteri Dalam Negeri.

Apa lagi yang diperlukan dari ISA? Hanya UMNO yang perlukan ISA untuk menjaga kepentingan segelintir pemimpin yang berkuasa.Rakyat majoriti tak dapat apa-apa.Rakyat pling miskin adalah dari kalanganorang Melayu.Rakyat yang paling banyak masaalah dengan dadah dan sosial juga orang Melayu. Orang Melayu tidak perlukan pe,i,pin seperti yang ada sekarang ini,tetapi mereka tetap berkuasa kerana mereka ada ISA.Sebab itu,dalam apa cara pun mereka akan pertahan akta zalim itu....

Wahai tanpa nama, janganlah anda termasuk dalam golongan mereka yang hidup dengan minda tahun 50an.Kita ditahun 2000, sepatutnya lebih sedar, dimanakah bumi dipijak dan bagaimanakah sepatutnya langit itu dijunjung....

Merah Hitam berkata...

Buku 2 Wajah itu ditulis oleh Dr Syed Husin Ali, Tim Pengerusi PKR.
Beliau pernah ditahan dibawah ISA dari 1974 hingga 1980.

Terimakasih pada semua yang menyumbangkan cadangan dan saranan.Alhamdulillah, saya yakin, lebih ramai yang sudah memahami kejahatan ISA.Kita, semua rakayt Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa, tidak perlukan ISA.

Saya yakin, anda semua yang melayari blog ini, sudah bebas dari tembok ketakutan yang telah dibina oleh UMNO seak 50 tahun yang lalu....

Keep it up dan jemput datang lagi....

MariaFaizal berkata...

Tanpa Nama dilahirkan tanpa akal.His brain is 'decorative' purpose (without aeshetic value anyhow).Sigh...

Tanpa Nama berkata...

TO TANPA NAMA:

Agak2nye tunggu kena btg hidung baru nak sedar ISA ni buruk.

Ni saya nak tanye Sedara @ Sedari Tanpa Nama, anda suka ke org fitnah anda? Apa kata kalau kerana fitnah tu anda di penjara?

Lagi satu, kalau kurg arif sila arifkan dulu diri tu sblum bertanye. Sekurg2 nye tak bolh ke bersangka baik dan bagi simpati. Put urself in somebody's shoes.

Apala..ada otak tak guna btul.
Saya memg marah org mcm ni. Kalau saya dpt memg saya brain wash tak pu luku abis2..baru tau dia tau..penakut plaj nak lwn kerajaan..

Tanpa Nama apa dia KERAJAAN? Sila bukak kamus dan teliti maksud KERAJAAN. Org anta gi skolah main2..tu la skrg dah tua2 bengap plak

hafiz berkata...

badawi, najib, mahathir...sama saja!

Tanpa Nama berkata...

Laa...pulak Tanpa Nama yang kena marah.

~Bernama

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]