POLIS GANGGU MAJLIS JAMUAN "POT-LUCK" KUMPULAN ANTI-ISA.Malaysiakini.

| |
Lepas Subuh pagi tadi, saya menerima sms dari salah seorang peserta Vigil anti-ISA, En Robert, mengajak saya menyertai jamuan "pot-luck" ditempat mereka mengadakan Vigil setiap petang Ahad.(Pot-Luck ialah jamuan dimana setiap yang hadir membawa sedikit makanan dan dimakan bersama-sama).Tepat jam 8.15 malam, saya , Ummuasiah dan anak-anak(Ammar,Asiah dan Asma), tiba depan MBPJ. Sempat bergambar dengan salah seorang peserta tetap Vigil anti-ISA.
Kami saling berkenalan dan bertanya khabar)
Kami menunggu ketibaan RPK, Harris dan Zorro ,orang kuat "bloggers" yang baru tiba dti K.T.Kami tak sabar nak berkongsi berita gembira dari sana,walaupun dah tahu, Wahid Endut dari PR menang dalam PRK itu.
Tiba-tiba, keheningan malam dan keharmonian tempat itu terganggu dengan kehadiran polis yang secara tiba-tiba memenuhi kawasan lapang disekitar kami berdiri.Bilangan mereka bertambah delam masa yang singkat.Kemudian mereka berbaris. Pegawai , yang ada pangkat dibahu, berbaris paling dihadapan.Di kiri-kanan yang berbaju biasa dan guna vest hijau kekuningan macam jaga lalulintas kanak-kanak ialah SB-SB.Dan dibelakang sekali kelihatan barisan pasukan FRU, lengkap dengan cotar dan perisai.Kami buat tak nampak kehadiran mereka yang bilangannya 3 kali ganda bilangan kami.
Tiba-tiba salah seorang ketua Polis(agaknya) dibarisan paling depan, bersuara meminta kami bersurai. "Ini perhimpunan haram!!!" suaranya bergema.Kami pura-pura memberi perhatian.Kami tak takut walaupun 3 polis boleh menangkap seorang dari kami.Mereka sangat ramai!!!

Untuk seketika, RPK , Haris dan beberapa orang wakil ADUN, bergerak kearah Polis itu untuk berbincang. RPK memohon supaya semua yang datang diberi masa untuk sedikit arahan sebelum bersurai. Tetapi seorang lelaki berbaju T warna cerah yang berdiri dikanan sekali itu, bercakap dalam nada yang keras, supaya semua orang segera bersurai.Dia nampaknya lebih berkuasa dari polis uniform yang memberi arahan pertama kali tadi.Bila kami halakan kamera padanya, dia memalingkan muka ketempat lain.Sah!!!Memang SB!


Beberapa orang bloggers bergerak kehadapan,termasuk Zorro (t-shirt anti-ISA), memohon supaya diberi sedikit masa untuk mengarahkan semua orang supaya bergerak ke restoran Lotus, bertentangan dengan MBPJ.Perlahan-lahan mereka mengambil makanan yang dibawa, seperti buah-buahan, kek, Pizza dan Ayam Goreng yang tadi nya disusun cantik ditepi pagar ,dan berjalan dalam barisan dan keluar dari kawasan itu.
Walaupun kami beredar agak lambat dari kawasan itu, polis nampaknya agak "sabar' dari terus menahan kami seperti mana yang berlaku di Himpunan Anti-Perang 10 Jan, bertentangan Dataran Merdeka Sabtu lepas dimana polis menahan 21 orang termasuk saya dan Ummuasiah.
Mungkin salah seorang "bekas" VVIP di Kementerian Dalam Negeri baru kalah di K.Terengganu, polis pun masih berkabung dengan kekalahan itu dan malas cari publisiti murah.....agak saya je.

Kami nampak 2 buah trak dan tiga buah landrover ronda serta satu lori FRU menunggu kami ditengah jalan, mengiringi kami keluar dari kawasan jamuan Pot-Luck itu.
Kami tiba di Restoran Lotus dan bertemu ramai bloggers dan peserta Vigil anti-ISA sedang menghidangkan makanan mereka didua buah meja panjang disana.Sempat kami bergambar dengan Marina RPK yang baru pulang dari K.T.
Kami rasa kelakar pun ada. Bayangkan, peserta yang datang bawa air kotak, buah-buahan ,kuih manis dan makanan kegemaran ramai seperti ayam goreng dan Pizza.Namun, semua telah dihalang oleh beratus-ratus polis,SB dan anggota FRU dari memakan semua makanan itu di hadapan bangunan MBPJ.Nampaknya, penguasa ISA- Menteri Dalam Negeri dan semua pemimpin UMNO -BN makin terdesak. Jika dulu T-shirt bertulis "NO TO ISA" sangat menakutkan mereka, kali ini..... keadaan bertambah parah bila lilin, makanan dan minuman juga boleh didakwa mengancam keselamatan negara..... ha ha ha....
P/s: Kitsam dan Sanjiun, ada lagi tak air kotak dan buah limau???




8 ulasan:

fahmi berkata...

manusia yang berperangai yahudi ni memang selalunya takut dgn bayang2. rasanya yg bercakap guna mic healer tu namanya arjunaidi. ketua polis yg gagal tangkap penculik sharlinie. pencacai2 ni patut kena penyakit lumpuh je...

kkitsam berkata...

Hi Kak Laila, kenapa semalam cept je balik, saya sibuk buka lemang dengan haris :) Tak lama lepas Kak balik, dia orang hantar polis trafik, saman kereta yang parking bersebelahan dengan Lotus, tak cukup dengan tu, jerling jerling lagi kat kita yang sibuk makan. Dia lapar kot. Memang tak paham lah dengan diorang nih, ai kita semua beramah mesra pun nak kacau, mungkin KFC tu yang bahaya kot.

Eric berkata...

Thank you for coming, hope to see you again next week or later!

Merah Hitam berkata...

Fahmi,
Kesihan kat polis,petang ahad patut duduk rumah dengn keluarga, mereka terpaksa keluar rumah "kacau' kegembraan keluarga lain.Inilah masyarakat penyayang yang selalu disebutkan oleh orang UMNO.Rasa sayang ditunjukkan dengan suara garang macam anjing menyalak ,dengan belantan, perisai dan FRU!!!

Balasan Tuhan nanti lebih teruk dari apa yang kita minta percaya lah!!!

Merah Hitam berkata...

kkitsam,
kami bawa budak2, the next day nak sekolah, kena balik awal sebab kena tidur awal.Kesihan, budak2 nak makan limau, kueh, ayam goreng dan minum air kotak , pun kena halau oleh polis!!!

Merah Hitam berkata...

Eric,

I didnt see you.Datang lewat ke?Ok will see you all next time, IA.

Eric berkata...

@Merah Hitam

I was there, tapi lambat sikit. My ugly mug is all over the pictures (not only the SBs').

Will see you next week then! Though lambat lagi due to reunion dinner.

Tanpa Nama berkata...

saya 1st time visitor blog ini...

tq for the courage shown...

that's all, just wanna state my appreciation.

again, tq..

carmanio.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]