TAK INGAT BAGAIMANA RUPA ABI....,Malaysiakini.

| |
"Entah, tak ingat bagaimana rupa abi sekarang..." itulah jawapan spontan Muhammad Al Fateh yang berusia 7 tahun pada tahun 2009 ini.Tahun ini beliau berada di tahun 1.Pada tahun 2003, ketika bapanya dibawa dari Sandakan Sabah ke Kem Kamunting, beliau baru saja berusia 3 bulan.

Fateh dan kakaknya Fateha hanya berjaya menziarahi bapa mereka 5 kali sepanjang lebih 6 tahun bapa mereka ditahan, dari hari pertama hinggalah kini.Jarak yang jauh antara Sabah dan Perak menyukarkan proses lawatan itu.

Tidak mustahil Fateh sudah lupa bagaimanakah rupa bapanya kerana mereka jarang bertemu dan ketika pertemuan itu berlangsung, Fateh masih terlalu kecil dan sukar untuk mengingati bagaimanakah rupa terkini bapanya."Saya kenal abi dari gambar-gambar saja" tambah Fatiha pula. Bapa Fateh dan Fateha , Zainun Rashid berasal dari Sandakan, ditahan dibawah ISA sejak April 2003 hingga kini.

Inilah kesan yang terpaksa diterima oleh mangsa ISA. Mereka terpisah dari bapa kandung ketika masih bayi dan jarang pula bertemu. Mereka membesar seperti anak yatim. Menteri Dalam Negeri tidak pernah ambil tahu apakah yang terjadi kepada semua keluarga yang dianiaya oleh akta zalim ini.

Penganiayaan ini masih lagi berterusan.......

4 ulasan:

perunding berkata...

Ya Allah kau ganti kan kekurangan mereka di dunia fana ini dengan Syurga mu yang abadi.
Yang tiada didalamnya melainkan selamat selamat.
Amin.

Ya Allah yang Maha Adil.
Kami akan mendakwa semua mereka yang Zalim di Mahkamah mu Ya Allah di Mahsyar kelak.
Inshaallah.

bungaraya berkata...

Kita tersangatlah simpati. Tapi itulah harga yang terpaksa dibayar akibat tersilap langkah dan kata-kata.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

bungaraya....gunakan kelopakmu untuk meredupkan pandangan hati,zikirkan dihatimu salah apa pada kata?Jika kata-kata berpesan pada kebenaran dan jika langkah hanya untuk membawa ke jalan Allah.
Jika salah kita ada mahkamah, ada peguam, ada pendakwa dan ada hakim.Hukum apa yang bungaraya rasa berhak digunakan jika bukan hukum yang telah ditetapkan Allah dan rasul tercinta?Sungguh....sungguh malang bunga yang tidak tahu bagaimana me'raya'kan erti keadilan...

Zaharah

MariaFaizal berkata...

Merah Hitam,bersabar lah dgn dugaan Allah ini.Saya pun tak pasti if I could handle things like you (if this happens to my family & I).

Bungaraya : Jangan bangga menyokong kezaliman walau sekecil mana pun.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]