Samsudin Sulaiman (gambar tengah) ditahan pada 18 April 2002 di rumahnya di Kg Baru. Beliau mempunyai 3 orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki.
Disebabkan tidak hadir ke tempat kerja kerana beliau di "kidnap" dan disimpan di Kem kamunting oleh Menteri Dalam Negeri, beliau telah diberi notis berhenti kerja oleh majikannya, Kementerian Kesihatan.
Isteri beliau bekerja disalah sebuah sekolah di Kuala Lumpur sebagai petugas bukan guru.Kesukaran hidup yang dihadapi sebagai isteri seorang tahanan ISA amat mengganggu kehidupan beliau. Anak sedang membesar dan perlu banyak perbelanjaan. Jiran dan teman tidak memahami situasai beliau sebagai manga ISA.Anak-anak pula malu hendak mengakui bahawa bapa mereka di kurung seperti banduan di Kem Kamunting.
Akhirnya.... pada bulan June 2007, Samsudin dan isterinya disahkan bercerai di sebuah mahkamah di Petaling Jaya setelah isteri beliau(Puan N) tidak sanggup lagi meneruskan kehidupan yang serba menekan sebagai isteri seorang tahanan ISA.
Apa khabar Samsuddin sekarang....?
Sebelum 18 April 2002, Samsudin menjalani kehidupan normal bersama isteri dan anak-anak.Beliau ada pekerjaan tetap dan setabil untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga.
Kini pada 2009, beliau masih menghuni salah satu blok usang di Kem Kamunting.Beliau telah kehilangan segala-galanya, malahan tidak tahu dan beliau sudah tidak mahu lagi ambil tahu, bilakah akan di bebaskan dari lubang neraka itu.......
Inilah kisah kezaliman ISA . Kes perceraian boleh diselesaikan di mahkamah, kes ISA tidak pernah selesai kerana tidak pernah dibawa ke mahkamah....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
memang jahanam, kerajaan BN/UMNO.
namun badan hak asasi manusia memang tak guna & tak boleh dipakai di malaysia. & rakyat malaysia yang bodoh masih mengundi mereka BN.
harap Zorro & RPK dapat menolong.
Salam..Ya Allah Tuhan Maha Besar..saya sedang mencari jika ada sesiapa yang akan menceritakan tentang abg Din..Samsudin Sulaiman ini adalah rakan setugas saya dan teman sekuliah semasa di UITM..saya kenal isterinya..tapi telah terputus hubungan selepas saya bertukar tempat kerja.. anaknya yang bongsu tidak pernah kenal ayahnya..dilahirkan ketika abg din di dalam tahanan..trima kasih krn dedahkan perkara ini..
Sis,
Anak Sudin yang pertama, perempuan sekarang dalam tingkatan 2.Kita tak boleh nak salahkan isteri dan anak-anak kerana mangsa ISA memang biasa hidup dalam ketakutan dan syak wasangka.
Setiap kali ada sumbangan orang ramai, saya pastikan keluarga Samsudin dapat bahagiannya namun isteri beliu seolah-olah tidak mahu sebarang kaitan dengan GMI lagi.Saya minta no akaun, pun tidak diberi kerana no akaun yang lama sudah lama tidak digunakan.
Menurut suami saya, Samsudin masih dilawati bekas isteri dan anak-anak,tetapi malangnya anak-anak seolah-olah "tidak mengiktiraf" beliau sebagai bapa mereka....Memang menyedihkan...
Samsudin kini jadi manusia yang sangat pasif.Tidak keluar blok, tidak bertemu kawan-kawan.Sebahagian besar masanya dihabiskan berdiam diri dan membaca Quran.Beliau tidak kisah samada akan dibebaskan atau tidak.
Apa yang akan terjadi padanya?Tiada jawapan untuk soalan itu
the worst thing in our life, is not being locked up.
Is when you lost all your hopes...
Sad, sad...
ada satu lagi mahkamah menunggu semua.
didepan hakim yang Maha Bijaksana lagi Maha Adil.
mengalir airmataku membaca entri ni..
Din dulu rakan setugas di KKm. Biarpun 'penampilannya' agak lain dr yg lain.. tp, dia tetap seorg yg baik di mata ku - ttp menghormati yg lebih tua drnya... Mudah2an Allah merahmatimu, Din....
kakcik seroja,
Saya tak kenal Sudin.Saya banyak tahu tentang dia dari suami sebab mereka bersama dah 7 tahun.
Sudin adalah seorang yang tak banyk kerenah dan disenangi oleh kawan-kawan.
U kata "penampilannya berbeza"?
Bila suami saya kena ISA 7 tahun lalu, ramai yang pening kepala memikirkan kenapa beliau ditahan kerana "dia" (suami saya) yang mereka kenal, adalah seorang yang soft spoken dan amat disayangi kawan-kawan.Rami juga berpendapat, suami saya ditahan ISA kerana dia ada jambang(beard) dan misai!!!!
Yes, Sudin adalah seorang yang baik, cuma nasibnya kurang baik kerana dipilih oleh SB exPM Mahathir untuk dijadikan mangsa ISA dan dinamakan sebagai "pengganas".
maksud 'penampilannya berbeza' adalah dr segi berpakaian (mengalir lagi airmataku) - seluarnya tergantung di paras atas buku lali - takut terkena kotoran - suka berselubung dengan 'tudung palestin' (juga utk menghalang pandangannya dr melihat wanita yg mendedahkan aurat/rambut). Berterusterang dlm menegur perkara2 yg x disukai agama sehingga ada yg terang2an membencinya dan bersorak suka bila dia ditahan. Mudah2an Allah mengampuni dosa2 kakcik bila menceritakan ini semua dan mengampunkan juga dosa semua muslimin dan muslimat. Dan mudah2an Allah mengurniakan ketabahan serta keampunan buat Din. Kak Ju tetap ingat padamu dan terkenang segala kebaikanmu.....
Catat Ulasan