Bagi kami, demo adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk menunjukkan sokongan pada rakyat yang dizalimi dan menyatakan bantahan terhadap mereka yang zalim seperti Israel dan Amerika.
Pada hari Jumaat, kami berdua pergi menyertai demo di hadapan kedutaan Amerika anjuran gabungan NGO se Malaysia dan PAS.Demo berjalan dengan aman tanpa gangguan polis hampir 2 jam lamanya.
Semalam, hari Sabtu 10 Jan, kami berdua menyertai demo sokongan terhadap Palestine dan Sri Lanka dan turut membantah kejahatan Israel serta Amerika.Cuma bezanya demo itu diadakan diwaktu malam.Kami berjalan dalam barisan dari depan bangnan Bar Council hingga ke tepi bangunan yang bertentangan dengan Dataran Merdeka.Kami tak sempat nak pasang lilin kerana angin kuat dan cahaya lilin mudah padam.Kami gembira melihatkan jumlah wartwan dan jurugambar yang begitu besar.Peserta demo yang menunggu kami di tepi jalan juga agak ramai.
Kami mula menyalakan lilin dan membuka banner kecil, tetapi tiba-tiba terperanjat bila anngota polis bernama SYDNEY mengarahkan kami bersurai kerana katanya perhimpunan itu adalah "haram". Rupanya orang ramai yang kami sangka peserta demo itu semuanya SB!!!
Tak sampai 5 minit kami berdiri di tepi jalan bertentangan Dataran Merdeka,tempat untuk mengadakan Vigil itu, kami telah di kepung oleh polis berpakaian seragam dan polis berpakaian biasa @ SB. Arahan "tangkap" disebutkan dan kami tiada pilihan ,terpaksa berjalan kearah trak polis yang telah bersedia diletakkan ditepi Dataran.
Seramai 21 orang telah ditahan.Selain kami bertiga(saya,Nash dan Ammar) yang lain ialah YB Charles Santiago MP Kelang, YB Dr Nasir Hashim,ADUN Kota Damansara,YB Abdullah Sani MP Hulu Langat, Arutchelvan S/U PSM dan isterinya Letchumy, staf SUARAM iaitu Mun Hui,Nalini dan Chaiyi, Kamaruzaman Pemuda PAS Wilayah,Kecik aktivis FnB dan yang lain ialah aktivis dari PSM.Seramai 6 orang peguam diketuai oleh Latheefa Koya dan Amer Hamzah bersama beberapa orang aktivis dari PAS dan JIM telah datang ke IPD Dang Wangi untuk menjamin kami.Tepat jam 12.50 semua yang ditahan telah dibebaskan.
(Berita penuh di Malaysiakini dan Harakahdaily)
Di Malaysia Boleh, peserta demo pun diberi layanan yang berbeza.....
Nota:Gambar bawah, dalam trak polis, Nashita sibuk menghubungi suami beliau tentang keadaan kami yang baru saja ditangkap.
Nota:Gambar bawah, dalam trak polis, Nashita sibuk menghubungi suami beliau tentang keadaan kami yang baru saja ditangkap.
0 ulasan:
Catat Ulasan