ISTERI TAHANAN ISA ANTARA 21 DITAHAN DI VIGIL ANTI-PERANG.Malaysiakini.

| |
Saya memang merancang untuk menyertai demo lembut@Vigil anjuran Gabungan Anti Perang di Dataran Merdeka. Di tren LRT, Nashita telefon dia pun akan turut serta walaupun penat balik dari kursus jadi Penceramah Isu Palestine anjuran JIM.Ammar pun ada.Dia sepatutnya jadi jurukamera yang akan ambil gambar kami di Vigil ini.Rasa tenang di tempat Vigil terganggu bila SB mengganggu kami. Polis berunifom bercakap dihadapan , SB yang berkumpul di belakang, sibuk menarik banner dari pegangan kami.Sengaja nak buat kami marah.Tapi semua peserta cuba bersikap "cool".SB bising ,cuba mengganggu suara YB Charles yang sedang berunding dengan polis bernama SYDNEY.
Tak sampai 5 minit, kami terpaksa akur dengan perintah polis berunifom bahawa kami ditahan .Kamaruzaman,Letchumy dan Chaiyi staf SUARAM adalah adik-adik saya yang selalu hadir ke demo anti-ISA anjuran GMI dan mereka turut ditahan bersama saya.Trak tu gelap, jadi mereka pasang lilin.
Dalam trak, Nashita sibuk telefon suaminya tapi saya hanya mendiamkan diri.Belum ada idea nak telefon sesiapa.Jika telefon adik beradik ,nanti semua kecoh sebab emak dan mentua saya ada penyakit jantung .Sedih pun ada, .... suami dah bertahun-tahun dalam penjara.(I cant expect anything from him).Saya hanya teringat Suhaib yang sedang mengikuti program anjuran sekolahnya.Saya telefon beberapa kali, tiada jawapan.Kak Jije(isteri Yb Saari-ADUN Hulu Kelang) telefon bertanya keadaan kami.Di IPD Dang Wangi, kami diletakkan dalam store sementara diambil kenyataan.Saya Solat Isya sementara menunggu giliran.Lepas Solat Suhaib telefon dan rasa lega dengar suaranya....(Thanks to Sharif yang hantar dia ke Dang Wangi)
Adik-adik SUARAM seperti Mun Hui ,Nalini dan Chaiyi menepuk bahu saya beberapa kali kerana agaknya saya kelihatan "skema". Mereka kata saya nampak sedih."Dont worry, Suhaib will come here..." pujuk Chaiyi lembut. No, I dont feel sad to be arrested.I just imagine my husband's situation, when his life was in the hands of crazy Interrogation Officers(IO) seven years ago.How hard it was being there, in front of those hungry wolves .What made things worst,there's not a single lawyer beside him and at the same time, he did not know what was the real meaning of Internal Security Act(ISA).He didnt even know his right as a Malay citizen!!!
Everyone arrested by the police will have to go through the same procedure but for the ISA detainees, they were treated very badly and full of brutality by the IOs@SBs.It was in the Police Remand Center that they were ordered to strip naked and then being bullied to do all sort of dirty jobs . The place??? It was damned dirty and stinks!!! My heart cried to think of all these bad experiences underwent by all ISA detainees.(Apakah salah mereka, tidak pernah diketahui kerana mereka tidak perah dibuktikan dimana-mana mahkamah).


Ada 6 peguam bersama kami ketika keterangan diambil.Akhirnya pada jam 12.50, semua urusan selesai dan kami dibebaskan.Terimakasih pada kak Kintan,(berdiri ditengah) yang telah menjamin saya.Menurut Nashita, penahanan kali ini, polis bersopan sikit.Semua ni adalah disebabkan pendedahan mengenai sikap polis yang berterusan dari aktivis hak asasi manusia.
Terimakasih pada semua yang menunggu kami diluar IPD.Terimakasih pada kawan-kawan dari JIM, PAS dan GMI yang datang untuk menjamin sebahagian dari kami.Terimakasih pada semua kawan-kawan yang hantar sms dan telefon menyatakan kerisauan terhadap nasib kami.Alhamdulillah, saya dan yang lain selamat dan akan terus menghadiri mana-mana DEMO anti perang sehinggalah Israel berhenti dari membunuh penduduk Gazza.



10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I cannot make it to the anti war vigil coz last night went to kerling, our Hindu brother & sister there were threaten by the police and they were told NOT TO PRAY for the Hindraf, even at Hindu temple. Ai demo tak boleh, ni pray pun tak boleh, apa dah jadi dengan malaysia. anyway, hope Kak Laila is fine and God's peace be with you.

Tanpa Nama berkata...

salam
alhamdulillah,u are save..tak tahu nak cakap bgimana perasaan bila dpt sms dr sarep...
bgtahu semua yg jauh dan dekat
selamat berjuang....dan teruskan perjuangan yang belum berakhir ini, kami bersamamu selalu....
....-makman-

cakapaje berkata...

Salam,

Pn Laila, saya sentiasa turut menentang ISA dan kekejaman lain yang semakin berluasa. Maaf, tak dapat ke program sebelah malam kerana tinggal hanya berdua sahaja dengan ibu yang kini berumur 76tahun.

Teruskan perjuangan. InsyAllah, kemenangan akan datang jua.

Merah Hitam berkata...

kkitsam, makman dan cakapaje,

Semua yang dilalui ini sudah menjadi kehidupan saya bertahun-tahun lamanya.Bukan sekali dua pergi demo, dah berpuluh kali.Namun tidak pernah terfikir akan ditahan....

Namun ianya satu pengalman yang boleh diceritakan dengan husband bila melawat dia nanti...

Hidup perlu diteruskan.Selagi ada kawan-kawan yang seperti kamu semua, selagi itulah kehidupan saya akan sentiasa bercahaya dan cahaya itu memberi semangat kepada saya untuk terus melangkah...

Saya berdoa, semua itu akan diberi balasan yang trerbaik oleh Allah SWT.

Kak laila

Tanpa Nama berkata...

Oh... kalau orang LAIN mau buat vigil menentang keganasan, TAK BOLEH!!!

Kalau MCA mau buat kempen tanda tangan menentang keganasan, BOLEH!!!
http://marcustan88.blogspot.com/2009/01/blog-post_09.html

KEPERIMANUSIAAN ini sekarang dimonopoli parti politik pulak!!!

Tadi kat ANTI-ISA vigil di Petaling jaya, Bukan sahaja SB datang, malah, 200 orang polis dan FRU datng.

Apa dah jadi dengan negara ini?

Merah Hitam berkata...

Sanjiun,
Kalau saya kata SB dan polis tu bodoh, mereka marah.

Tapi nampak sangat polis ni tak ada otak dan tak berfikir bila nak menahan orang ramai.

Rakyat mesti bersatu untuk mengeluarkan Malaysia dari menjadi negara SB.

Waktu malam, yang bersepak pakai unifom di balai polis tu bukan polis biasa, mereka tu "polis sukarela"@SB!!

MariaFaizal berkata...

Kak Laila,
I'm praying that our leaders will stop treating us like retards. Just because they're retarded, they thought people are just like them.Be strong akak.Doa org2 yg dizalimi makbul akak.I trongly believe this.

Jarod berkata...

KaK, Syukur anda tidak cedera. Kamu harus jaga diri. Suhaib perlukan kamu untuk menemani dia di masa hadapan.

Haih, what ever we do will deem as opposing the government. Where is our voice?

Merah Hitam berkata...

MariaFaizal,
Our leaders to dah makan duit rakyat banyak sangat, thats why hati mereka kering dan tiada simpati sesama manusia.

Sokongan mereka pada isu Palestine pun bukan genuine, terpaksa tunjuk gak sebab rakyat semua memang benci pembunuhan beramai di Gazza.
Lagipun, isu palestine ni macam boleh satukan semua orang Melayu dibawah namaIslam.Betul macam RPK kata, UMNO suka dan akan guna isu ugama untuk sentuh sentimen orang Melayu.UMNO dah parah dan tidak dipercayaai,jadi apa saja peluang yang lalu depan mata, mereka guna.Sebab tu lah demo Palestine dibolehkan, tapi demo gabungan PALESTINE dan SRI LANKA, kena tahan.

Thats the fact we couldnt deny!




Sebab tu lah

Merah Hitam berkata...

Jarod,

Terimakasih diatas ingatan u.
I know Suhaib is growing up and he needs me.

Kalau saya cedera,polis Malaysia akan menghadapi krisis imej yang amat buruk kerana mereka boleh di caj sengaja mencederakan seorang wanita, seorang ibu dan juga seorang isteri pada mangsa ISA yang telah bertahun2 dikurung di Kem.

I'm not scared at all.Akak ada Allah, orang yang jahat tu ada apa??They have nothing!!!

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]