Polis dan SB terbukti ganas dan jahat !!!Malaysiakini

| |
Sejak di bebaskan dari IPD Dang Wangi malam Sabtu lepas, dapat saya simpulkan, tiada apa yang perlu di takuti jika anda pergi menghadiri demonstasi.

Keyakinan saya pada ayat 5 dalam Surah Al Faatihah,"Hanya kepada engkaulah kami menyembah,hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan" lebih kuat lagi.Tiada siapa yang lebih berkuasa untuk mengizinkan kejadian itu, melainkan dengan izin Allah.Dialah yang Maha Mengetahui.

Cuma yang jelasnya kini, orang-orang yang zalim itu (Menteri Dalam Negeri dan semua polis-polisnya)masih belum sedar dari kejahatan yang setiap hari mereka lakukan.Walaupun Menteri Dalam Negeri itu seorang berugama Islam, tapi sikap beliau mencerminkan beliau seorang yang tidak percaya pada hari pembalasan!!!

Saya pergi demo dah berpuluh kali.Kebanyakan demo yang saya sertai ialah anjuran Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) yang sering dilakukan demi membantah penggunaan akta zalim itu keatas suami saya(bapa Suhaib).

Lihat gambar saya dan Suhaib(berbaju biru) yang diambil pada tahun 2003.Itu pertama kali saya dan Suhaib mengadakan demo kerana bapa Suhaib dibawa ke PRC tanpa pengetahuan kami, yang ketika itu terlalu khuatir dengan sikap ganas dan gelojoh SB boleh menyebabkan bapa Suhaib terus didera dan diseksa oleh Pegawai Penyiasat.
Dan ini adalah salah satu gambar terkini, program Vigil, demo berdiri sambil memegang lilin, yang kami berdua sertai di MBPJ, bula Disember tahun 2008.Lihatlah rupa diri kami berdua. Suhaib yang dulunya seorang anak kecil baru berusia 9 tahun ketika itu, dan gambar terbaru, beliau berusia 15 tahun dan telah membesar seperti lelaki dewasa.
Tujuh tahun demo menjadi sebahagian dari hidup kami berdua.
Saya sering menyangka, pergi demo anti-ISA anjuran GMI akan memberi peluang pada saya untuk ditahan. Dan saya juga menyangka, pergi demo untuk menyatakan sokongan pada rakyat Palestine, tidak perlu risau dengan intimidasi polis.TAPI...rupanya segala sangkaan itu tidak tepat.
10 Jan 2009, dalam Vigil anti-Perang depan Dataran Merdeka ,telah membuktikan polis Malaysia ni dah buta matanya.Mereka juga sudah tiada harga diri dan jadi seperti boneka .Mereka juga diperalatkan oleh pemimpin yang berkuasa untuk menjaga kepentingan pemimpin itu saja.Mereka tidak menjaga keselamatan rakyat walaupun gaji mereka diambil dari cukai yang dibayar oleh rakyat!!!
Sampai bila-bila,saya tidak akan lupakan betapa ganasnya polis beruniform dan polis SB mengerumun, mengepung kami hingga terasa sesak nafas.Saya yang berdiri tegak ketika itu terpaksa bertahan dan terhuyung hayang dalam kepungan polis yang saya rasa sudah naik "gila" dan "mabuk".Dan ketika dalam trak,tiada tingkap kerana jaring-jaring trak itu dilapis dengan cermin lutsinar.Manakala pintu belakang trak itu ditutup dengan plastik tebal.Selama hampir 45 minit dalam trak, terasa seperti berada dlam lif yang tersekat,gelap dan kekurangan udara. Setelah menjerit beramai-ramai, barulah polis membuka sedikit plastik tebal yang diguna untuk menutup pintu belakang trak itu,dan kami semua dapat bernafas lebih selesa.Ketika itu YB Charles mengadu sakit dada kerana ruang itu tidak cukup udara.Alhamdulillah tiada perkara buruk yang terjadi.
Itulah perangai Polis dan SB di Malaysia.Kami yang datang dengan lilin dan banner, telah dilayan dengan begitu ganas!!!Polis memang kejam!!! Dan, saya tidak akan lupakan kejahatan mereka itu, sampai bila-bila....


9 ulasan:

moloyue berkata...

Itulah mengapa mereka ini,SB dan FRU, digelar anjing-anjing Kerajaan BN. Mereka dilatih spt anjing dan memberikan taat setia kpd tuan-tuan mereka tanpa berfikir. Dlm perbicaraan kes Altantuya kita dpt lihat perangai anggota2 polis kita; drpd kehidupan bebas jantan betina sehingga sanggup membunuh org: semata-mata mengikut arahan tuan-tuan mereka. Memanglah layak dipanggil anjing!

MariaFaizal berkata...

This makes me wonder deeply of what really happened in Peristiwa/Tragedy Memali long ago.

Can't help but question everything done by BN/UMNO/The now government(which I hope to be 'replace' asap for the sake of our children).

But my mom is die hard fan of BN/UMNO/Mahathir.Sigh....

bungaraya berkata...

Tak payah tunggu Polis dan SB. Aku pun boleh bertindak jahat kalau anda melakukan tindakan yang kurang ajar. Cuba kalau berani merogol adik aku. Apatah lagi anak aku. Tak ku pancung kepala anda dibawah dan diatas.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

bungaraya...lawaknya anda....tak dapat kubayangkan bagaimana kamu akan memancung si perogol anakmu...jika anakmu dipegang-pegang...dicium-cium pun awak hanya tersengih-sengih menghidu wanginya bungaraya yang tak ada bau tu.....keh..keh...pedang jenis apalah yang akan digunakan agaknya??? alahai bungaraya....

MariaFaizal berkata...

Rasa sungguh kasihan pada bungaraya...
I'm so lucky to have waken up quite early (I'm still in my 30s and not 50's onwards :)from the 'darkness' & sokongan membabi-buta (kesan hanya membaca Utusan Malaysia, dan mendengar news on RTM channels).
Kak Laila, more & more please on eye opener articles...

Tanpa Nama berkata...

salam,
betul..betul bunga-raya, kalau orang nak kacau ke, culik ke, apetah lagi ro.....tut..memanglah kita naik berang...tahap maksimum,tapi kalau setakat pegang2 lilin kecik...alahai.....nak bakar sampah sarap pun tak bernyala...hahahahah..tak patut lah...dikasari,atau letak dalam trak kedap udara biar tak bernafas semua...melampau.
polis2 ni kalau dah kuat sgt,gagah sgt saya cadangkan hantar mereka g palestine biar lawan habis2an dengan puak yahudi...sekrg ni patutnya kita dah jelas siapa musuh sapa kawan..
Hai org2 d atas tu bila lagi nak bukak mata.

---JOYAH SIBER

perunding berkata...

sapa sokong umno?
FRU
sapa sokong umno?
SB

betul.
pandai.

Tanpa Nama berkata...

Ia bukan sahaja telah menjadi musuh pada manusia itu sendiri(sebahagian SB atau polis),malah ia menjadi musuh Allah,tangan tangan mereka telah dipenuhi dengan berbagai kekejaman,pasti dari keluraga mereka tiada zuriat yang akan melahirkan kebaikan budi perkerti apalagi untuk menghoramati hak ugama,hati mereka telah penuh dengan kudis kudis dosa yang semakin bernanar dengan nanah.

roh_insan berkata...

Fullamak bungeraye....aku nak tengok sangat2 bile ade anak beranak ko yang kene isa,mase tu klu ko takde parang mmg aku sanggup jadi pembekal untuk ko memancung kepala2 penyamun bn.

agak2 klu adek ko di relerogol kene pancung tak.Pas 2 tau2 dah bengkak 7bulan,ha,,ape macam,nak pancung ke nak suruh nikah,hu..hu..

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]