Walaupun mengutuk pencabulan Israel terhadap hak asasi manusia, kerajaan didakwa tidak konsisten menyatakan sikapnya berhubung prinsip itu, antaranya kerana terus menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)."Oleh itu, manakala kita mengutuk tindakan Israel yang mencabuli hak asasi manusia dan beberapa piagam penting seperti Deklarasi Hak Asasi Sejagat dan Konvensyen Geneva, janganlah pula hak asasi di Malaysia diceroboh.
"Kerajaan Malaysia juga semestinya konsisten di dalam menyatakan sikap," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Dari sudut esensinya, Pakatan Rakyat menentang dan mengutuk sebarang bentuk kezaliman walau di mana ianya berlaku dan siapapun pelakunya, baik ianya (dilakukan) Israel, Amerika Syarikat, mahupun oleh rerajaan Malaysia," tegasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang khas Parlimen mengenai Gaza bagi membela nasib rakyat Palestin yang kini menderita akibat serangan rejim Israel ke atas mereka. Membahaskan lanjut perkara itu, Anwar berkata, sudah tiba masanya, akta kontroversi ISA yang disifatkannya sebagai "undang-undang kuku besi" dihapuskan.
Maklumat terkini, ada 40 tahanan ISA dikurung tapa bicara di Kem kamunting.
1 ulasan:
kalo x buat salah buat ape nak takot?
Catat Ulasan