MALAYSIA JUGA SEPERTI ISRAEL?Malaysiakini

| |

"""PM Abdullah Badawi mengutuk pencabulan Israel terhadap hak asasi manusia tetapi dimasa yang sama terus menggunakan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) keatas rakyatnya.Israel memang jelas mencabuli hak asasi manusia dan beberapa piagam penting seperti Deklarasi Hak Asasi Sejagat dan Konvensyen Geneva....tetapi apa kurangnya di Malaysia , orang Islam ditangkap dan dipenjara tanpa sebarang perbicaraan masuk 8 tahun lamanya. Sudah tiba masanya "undang-undang kuku besi itu di hapuskan """Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar turut mengambil peluang itu mengkritik penahanan 21 orang termasuk ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan beberapa pemimpin Parti Sosiallis Malaysia (PSM) dalam satu perhimpunan anti-perang di Kuala Lumpur Sabtu lalu.


Dalam kes ini, saya adalah rakyat Malaysia yang paling malang. Kenapa?Suami ditahan tanpa bicara dibawah ISA tujuh tahun dan masih belum dibebaskan. Dimasa yang sama, bila saya pergi demo untuk Palestine, saya pula ditangkap polis.Terlalu banyak kejadian yang tidak adil dilakukan oleh polis Menteri Dalam Negeri kepada saya sekeluarga.


Sepanjang hayat, saya akan beranggapan bahawa polis(berunifom atau berpakaian biasa) adalah satu yang paling teruk dan kejam.Kerjaya pemungut sampah lebih mulia dari seorang polis yang kerjanya hanya pandai mengintip orang lain,mengugut, menyebar fitnah,menghina ugama, membogelkan tahanan, dan membiarkan dirinya di pergunakan sepenuhnya untuk memuaskan nafsu semua pemimpin UMNO terutamanya Menteri Dalam Negeri.




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bgaimana Anwar Ibrahim. Lupakah kita kepada siapa dia melobi untuk bebas dari penjara? Berbekalkan persahabatan akrab bersama Cohen dan Wolfowitz. Juga lupakah kita bilamana Anwar di sambut dengan permaidani merah bila sampai ke Washington, sambutan begitu khasnya untuk ketua negara? Juga bagaimana Anwar dipergunakan IMF (read Zionist)untuk memerangkap Malaysia supaya lebih menderita seperti Indonesia. Juga setelah bebas dimana beliau bermukim dan bersyarah?

Tanpa Nama berkata...

Apakah DSAI manusia yang hanya pandai bermuka-muka?

Tanpa Nama berkata...

Siapa pun bolih mengatakan yang ISA itu zalim,dan mengikut pandangan islam ia juga jelas zalim.Hanya kerajaan BN yang masih beria ia untuk mempertahankan akta itu.itulah bentuk keadilan yang ingin mereka pertahankan,menahan mangsa tanpa bicara,dan memenjara tanpa tuduhan.

Merah Hitam berkata...

Askar Melayu,
Kalau u ada komputer, sila rujuk laporan media yang dibuat oleh Dr Syed Hussin Ali, Tim Pengerusi PKR di Msiakini beberapa minggu lepas.

U jangan lupa, tahun 2002, masa tu Anwar merengkok di Sg Buluh(1998-2002), sapa yang gi US dan salam dengan BUSH dan kata di Malaysia ada 200 pengganas?kalau u lupa, orang ut ialah Tun Mahathir.Sapa yang bawa masuk M'sia pemain kriket Israel? Sapa yang kata orang Melayu BODOH bila boikot barangan US masa intifada Al Aqsa?
Itu semua dari Tun Mahathir, kesayangan UMNO,ketua ternama UMNO.Dan sapa yang pilih Pak lah(tidor) jadi PM? Dan sapa yang lobby Najib jadi DPM? Tun gak yang punya angkara semua tu.U jangan buat-buat tak tau atau memang tak pernah berusaha mencari fakta yang benar?Tapi kalau rujukan u Utusan Meloya dan Berita Hairan, memanglah kebenaran tu tak kemana, sebab dua media tu PENIPU BESAR!!!

Insaflah sikit ya. Cukup2 lah jadi penyokong UMNO.Lebih baik tak ada parti dari sokong UMNO yang dah nyanyuk dan gila tu.

Tanpa Nama berkata...

Merah Hitam

Saya tidak menyangkal apa yang dikatakan mengenai Mahathir. Tetapi apa yang saya nyatakan tentang Anwar juga benar.

Harus diingat Anwar semasa mula karier politiknya adalah ala-sosialis semasa di UM, kemudian so-called Islamist (leaning to PAS) semasa bersama Abim, kemudian nasionalis bila bermukah dengan UMNO dan sekarang liberal pula bila bersama PKR.

Dari 1982 hingga 1997 bersama UMNO, apakah pendirian beliau tentang ISA atau AUKU?

Ini bukan soal UMNO atau PAS ataupun DAP. Ini soal prinsip, jika bercakap sahaja, semua orang boleh buat. Tetapi sejarah yang merekodkan pendirian Anwar tidak boleh diubah.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]