Kita lihat apa kata mereka tentang kekalahan itu......

Beliau kata, kekalahan ini patut diletakkan di bahu Pak Lah.Dia ni nyanyuk agaknya.Sapa yang pecat DS Anwar TPM ketika itu dan gantikan dengan kononnya Mr Clean, Pak lah yang suka tidur itu??
Nota: Saya doakn beliau panjang umur dan rasa kesusahan semua orang yang pernah dizalimi oleh beliau, termasuk kami mangsa ISA.

Eloklah Ku Li terus salahkan semua pemimpin UMNO/BN kerana memang betul pun semua mereka tu adalah perompak duit dan kebebasan rakyat .

Kesihan pada TPM yang jadi ketua misi menawan Kuala Terengganu. Nampaknya bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanding tu, hanya bawa sial pada UMNO. Sial tu mungkin berpunca dari kejahatan, kezaliman dan bersekongkol dengan semua polis dan SB , mengarahkan mereka menahan dan merosakkan kebebasan serta kehidupan rakyat jelata yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan bertahun-tahun lamanya.
Ini pula adalah generasi pewaris ISA kerana dia pernah kata "I Luv ISA so much". Ahaa... iyalah tu. Pandai pulak dia kata "jangan menuding jari pada sesiapa..." pandailah dia nak bodek TPM kerana bapa mertua akan "say good bye" dua bulan lagi, kenalah ada ranting kuat untuk berpaut...

Kesimpulannya: Kehidupan dan kerjaya politik pemilik ISA nampaknya tidak seindah mana. Itupun mereka masih belum sedar, masih nak simpan 43 tahanan di Kem sana. Masih tak sedar bahawa setiap saat ,mereka yang tidak pernah dibicaraka itu,berdoa supaya Allah membalas setiap apa yang mereka lakukan keatas tahanan itu, dengan cara yang Allah sendiri mengetahui.
Kebenaran akan muncul juga, walaupun mengambil masa yang lebih lama...
Kebenaran akan muncul juga, walaupun mengambil masa yang lebih lama...
4 ulasan:
tips nak lawan UMNO ni mudah saja. benci mereka sampai ke tulang sum-sum. apa saja yang kita buat setiap saat mesti menjuruskan kepada usaha menghancurkan UMNO. selagi pertubuhan haram ini tidak dilupuskan maka selagi itulah kita kena berjuang...
Fahmi,
What? Dilupuskan? itu satu cadangn yang sungguh menasabah dan brilliant.
salam,
eeee,takutnya dengan doa2 orang yg teraniaya....yg dizalimi...yg diabaikan hak kemanusiaannya.
kita lihat dalam kes DSAI,yg terbabit semuanya meninggal dalam keadaan yg menyiksakan..didunia Allah dah balas..nak tunjuk pada manusia lain ..bahawa janji Allah benar belaka....rasanya sekarang pun dah mula tanda2 kejatuhan orang2 yg zalim...jom kita kembali semula kepada peraturan PENCIPTA
Aku betul-betul gelilah dengan slogan bdk kj 2,Pemuda Beradat?? betoi ka??,setiap vedio die yang aku tengok dan latar belakang sejarah die mana ade adat punye kaum,tak caye?? tanye lah kat pemude umno sendiri.Nasib je lu anak hantu,klu tak da lama da org tak pakai.
Catat Ulasan