PEMILIK SAH akta ISA TIDAK TENANG SETELAH KALAH DI KUALA TERENGGANU.Malaysiakini.

| |
Saya ucapkan takziah pada semua pemimpin UMNO@pemilik sah akta zalim ISA diatas kekalahan yang memalukan di PRK Kuala Terengganu.Lebih malu bila terlalu banyak "cerita" kotor dan busuk dipaparkan oleh media bukan kerajaan "the bloggers" tentang betapa hebatnya politik wang yang diamalkan oleh BN.

Kita lihat apa kata mereka tentang kekalahan itu......
Bekas PM yang pernah diberi gelran "MAHAZALIM" @"MAHAFIRAUN" inilah PM Malaysia pertama yang bersalam dengan Bush dan isytihar di Malaysia ada pengganas. Sebagai buktinya,pada tahun 2001 ,2002 dan 2003 sekumpulan 200 orang lelaki Melayu berugama Islam telah ditahan dibawah ISA dan dipaksa mengaku merekalah pengganas itu.Dari jumlah itu, yang lain telah dibebaskan.Ada 5 orang masih ditahan tanpa bicara 7-8 tahun lamanya.

Beliau kata, kekalahan ini patut diletakkan di bahu Pak Lah.Dia ni nyanyuk agaknya.Sapa yang pecat DS Anwar TPM ketika itu dan gantikan dengan kononnya Mr Clean, Pak lah yang suka tidur itu??
Nota: Saya doakn beliau panjang umur dan rasa kesusahan semua orang yang pernah dizalimi oleh beliau, termasuk kami mangsa ISA.

" Dimalukan dalam masa 10 bulan" bekas ketua Semangan 46 yang semakin dimamah usia ini masih kuat dan terus menyimpan harapan untuk jadi PM di Malaysia walaupun semua itu hanya mimpi saja kerana , PRK Kuala Terengganu telah memberi amaran bahawa UMNO di tolak rakyat.

Eloklah Ku Li terus salahkan semua pemimpin UMNO/BN kerana memang betul pun semua mereka tu adalah perompak duit dan kebebasan rakyat .

Apalah malangnya Tim Perdana Menteri ni. Ketika semua orang sibuk nk menang pilihanraya, tiba-tiba kes perempuan Moggolia tu diperdengarkan dimahkamah pula. Dan orang yang dituduh membunuh pula bermati-matian mengaku tiada "niat nak bunuh" simati. Kan tak baik ada story yang tak diperlukan, disaat-saat genting begitu......
Kesihan pada TPM yang jadi ketua misi menawan Kuala Terengganu. Nampaknya bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanding tu, hanya bawa sial pada UMNO. Sial tu mungkin berpunca dari kejahatan, kezaliman dan bersekongkol dengan semua polis dan SB , mengarahkan mereka menahan dan merosakkan kebebasan serta kehidupan rakyat jelata yang ditahan tanpa sebarang perbicaraan bertahun-tahun lamanya.


Ini pula adalah generasi pewaris ISA kerana dia pernah kata "I Luv ISA so much". Ahaa... iyalah tu. Pandai pulak dia kata "jangan menuding jari pada sesiapa..." pandailah dia nak bodek TPM kerana bapa mertua akan "say good bye" dua bulan lagi, kenalah ada ranting kuat untuk berpaut...
Kesimpulannya: Kehidupan dan kerjaya politik pemilik ISA nampaknya tidak seindah mana. Itupun mereka masih belum sedar, masih nak simpan 43 tahanan di Kem sana. Masih tak sedar bahawa setiap saat ,mereka yang tidak pernah dibicaraka itu,berdoa supaya Allah membalas setiap apa yang mereka lakukan keatas tahanan itu, dengan cara yang Allah sendiri mengetahui.
Kebenaran akan muncul juga, walaupun mengambil masa yang lebih lama...


4 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

tips nak lawan UMNO ni mudah saja. benci mereka sampai ke tulang sum-sum. apa saja yang kita buat setiap saat mesti menjuruskan kepada usaha menghancurkan UMNO. selagi pertubuhan haram ini tidak dilupuskan maka selagi itulah kita kena berjuang...

Merah Hitam berkata...

Fahmi,

What? Dilupuskan? itu satu cadangn yang sungguh menasabah dan brilliant.

Tanpa Nama berkata...

salam,
eeee,takutnya dengan doa2 orang yg teraniaya....yg dizalimi...yg diabaikan hak kemanusiaannya.
kita lihat dalam kes DSAI,yg terbabit semuanya meninggal dalam keadaan yg menyiksakan..didunia Allah dah balas..nak tunjuk pada manusia lain ..bahawa janji Allah benar belaka....rasanya sekarang pun dah mula tanda2 kejatuhan orang2 yg zalim...jom kita kembali semula kepada peraturan PENCIPTA

roh_insan berkata...

Aku betul-betul gelilah dengan slogan bdk kj 2,Pemuda Beradat?? betoi ka??,setiap vedio die yang aku tengok dan latar belakang sejarah die mana ade adat punye kaum,tak caye?? tanye lah kat pemude umno sendiri.Nasib je lu anak hantu,klu tak da lama da org tak pakai.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]