Orang ramai hanya tahu Syed Hamid Albar sebagai BAPA ISA. Syed Hamid amat sinonim dan popular dalam masa yang singkat kerana beliau telah mengarahkan kakitangannya, iaitu polis dan SB supaya menahan dua orang wanita terkenal iaitu YB Teresa Kok dan Wartawan Sin Chew, Cik Tan Hoon Cheng dibawah ISA pada bulan September tahun lepas.
Mungkin Syed Hamid ingat, bila tahan perempuan, orang ramai akan takut dengan ISA,tetapi nampaknya tindakan beliau itu telah memakan diri sendiri. Akhirnya, orang ramai yang selama ini tidak ambil kesah tentang ISA, kini turut berminat nak tahu tentang akta jahat itu.
Kini, timbalan Syed Hamid akan bertanding di Kuala Terengganu pula. Orang yang di maksudkan ialah Wan Ahmad Farid Wan Saleh. Wan Farid ialah TimbalanMenteri Dalam Negeri.Wan Farid juga adalah orang nombor 2 dalam Kementerian Dalam Negeri, sebuah kementerian yang banyak menyusahkan dan menakutkan rakyat.
Dalam KDN ada perkara-perkara berikut:
1- Undang-undang tanpa bicara ISA.
2- Tempat membela dan melatih beribu-ribu polis.
3-Tempat membela dan membiak beribu-ribu SB yang kerjanya mengintip kegiatan seluruh rakyat Malaysia untuk kepentingan UMNO.
Sebab itu tidak terperanjat, Wan Farid jika beliau boleh minta 6000 polis datang ke K.T untuk PRK ini.
Orang Kuala Terengganu nak pilih dia jadi wakil mereka ke?
Calon PRK K.Terengganu,WAN AHMAD FARID IALAH TIMBALAN MENTERI Internal Security Act(ISA).Malaysiakini.
|
Dicatat oleh
Merah Hitam pada 12:04 PG
|
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
pakcik ISA la kira pangkat nya.
ramai2 tu anta Gaza lagi baik.
mestila sokong BN,hidup wan farid,byk jasamu di kuala terengganu berbanding calon PAS,calon PAS byk tdo dalam dewan undangan negeri,kalo asyik tdo jer,mcm maner nk berkhidmat utk rakyat
budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas...
rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis... matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….
yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????
umno pembela MELAYU,
persoalannya adakah ini benar??????
1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?
2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?
3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?
4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?
5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?
6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?
8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia?
9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?
10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?
11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?
dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.
jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =
= """"""""""" M E L A Y U """"""""""
Diharapkan jentera kempen di PKKT - P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.
Mahathir(ex PM) kata, Wan Farid calon PRK yang paling teruk!!!
Entahlah.I didnt know these people personally, namun sebagai seorang pemimpin, saya hanya tahu, Wan Farid ialah seorang "bekas" Menteri Dalam Negeri dan perlanikannya di Kabinet pun bukan dilantik oleh rakyat dari mana-mana PR,tetapi atas pilihan Badawi...
Mahathir kata Wan Farid teruk.Mahathir pernah kata, Badawi lemah dan beliau menyesal pilih Badawi sebagai pegganti.Mahathir dah keluar UMNO.
Semua yang berlaku depan mata kita ni hanyalah kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan supaya kita semua sedar selama ini, rakyat Malaysia sentiasa diperbodohkan oleh pemimpin UMNO.Segala kebenaran ditutup, hinggalah rakyat negara ini jadi golongan yang tidak membaca,tidak celik ilmu dan menjadi pak turut je.kalau saya kata orang UMNO ni bodoh, saya gak kena kutuk.
Sebenarnya, Mahathir dan semua yang dalam UMNO adalah mereka-mereka yang teruk dan haprak!!!Satu pun tak boleh pakai.
Catat Ulasan