"Sha, esok telefon saya semula urgent,esok kena hadir ke Mahkamah 8.00pm...." itu sms dari seorang polis cawangan khas pada seorang Orang Kena Tuduh(OKT) bernama S.Kami tidak perasan bahawa SB cuba mengganggu ketabahan dan semangat juang dalam diri OKT tersebut.Ada 3-4 orang OKT lagi yang cuba di"beli' oleh SB.
"Kes ni mungkin susah nak menang, mungkin makan masa 2-3 tahun, kalau jatuh hukuman mungkin kena penjara 6 bulan dengan denda RM500,atau kedua-duanya sekali.Jadi ..nak mudahkan kes ni, OKT boleh mengaku bersalah dan kes ni tutup.Tak payah penat2 atau susah2 datang mahkamah..." itu pula tawaran pendakwaraya (DPP) yang pastinya amat gembira jika semua OKT mengaku salah kerana dia tak payah buat pertuduhan dan cari semua bukti untuk menyokong pertuduhan itu.Inilah Malaysia Boleh.
Kami tak sangka, ada 4 OKT yang dah "berkenan" dengan tawaran itu dan sudah mula berpaling arah.......



Sebaik memasuki ruang perbicaraan, ku dapati ramai wakil media cetak dan elektronik milik kerajaan telah menunggu didalam. Wakil NTV7 menghalakan kameranya kearahku....
Kami 29 OKT berkumpul."Adik-adik semua, tengok pada wakil media yang ramai tu....mereka akan buat liputan keatas OKT yang bakal dijatuhkan hukuman oleh hakim kerana mengaku bersalah..." kataku pada mereka.Keempat -empat OKT kelihatan amat terperanjat melihat ssuasana itu.Kini mereka benar-benar faham,kenapa kami semua mesti tetap dengan pendirian.
"Saya mohon maaf yang Arif, keempat-empat anak guam saya yang mengaku bersalah semalam, kini mereka ingin menukar pengakuan kepada TIDAK BERSALAH...." kata Peguam A yang mewakili 4 OKT tersebut. Hakim terpaksa mengiyakan saja makluman itu.Serentak dengan pengumuman itu,semua wakil media kerajaan bangun dan tergesa-gesa meninggalkan ruang perbicaraan...kecuali wakil dari media alternatif.
Akhirnya, pada hari ini, wakil media UMNO/BN gagal menyiarkan berita yang lebih kurang begini bunyinya "empat peserta demo anti-ISA hari ini mengaku mereka bersalah kerana menyertai himpunan haram itu dan itu membuktikan rakyat sedar bahawa ISA tetap diperlukan....bla,bla....."
Alhamdulillah, kami masih kekal dengan bilangan 29 OKT dan akan terus mempertahankan prinsip perjuangan kami.Inilah nikmat 1 Ramadhan yang amat besar ertinya kepada perjuangan mebuang ISA dari bumi Malaysia tercinta ini....
1 ulasan:
Bila agaknya ramai-ramai rakyat berarak ke pejabat Utusan dan seri Pentas, dan membakar... Wartawan2 makan tahi, dijadikan tahanan...
Tak apalah... mungkin kita tak perlu membalas kezaliman. Tetapi kita yaqin dengan ALLAH, bahawa dialah yang akan menyempurnakan keadilan. Lihat lah nanti kebesaran Allah.
Catat Ulasan