"Seorang tahanan terbaru ISA, Fadhlullah telah dihantar ke Kem Kamunting ...." sms itu membuat dadaku berdebar. Sebak rasanya.Aku dapat merasakan betapa hancurnya harapan kedua ibu-bapa beliau dengan berita ini.
Selama hampir 60 hari (Section 73 ISA) Fadhlullah ditahan di Police Remand Center disekitar Kuala Lumpur, pastinya semua yang mengenali beliau telah mendoakan supaya Fadhlullah dibebaskan dengan segera....
Namun .....apakan daya, beberapa hari lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri, nampaknya....Fadhlullah dan ibu-bapanya hanya dapat menyambut perayaan utama umat Islam itu di Kem Kamunting.
Apakah dosa dan kesalahan Fadhlullah?
Hanya Menteri Dalam Negeri(MDN) saja yang tahu segala kesalahan itu kerana beliau(MDN)lah pendakwaraya, peguambela dan juga hakim kepada mangsa ISA seperti Fadhlullah.Secalit tandatangan dari lelaki itulah(MDN) Fadhlullah di benamkan pula dalam Section 8 ISA iaitu dua tahun menjalani kehidupan sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di Kem Kamunting. Sepertimana tahanan ISA yang lain, Fadhlullah tidak pernah mendapat hak jaminan, hak pembelaan dan beliau tidak pernah diberi hak untuk dibicarakan di hadapan mana-mana hakim di mana-mana mahkamah terbuka di Malaysia.
Adilkah ini semua untuk Fadhlullah? Allah SWT sendiri ,sebelum menghantar seseorang itu ke syurga atau neraka, memberi peluang kepada manusia itu hak perbicaraan di hari perhitungan/hari hisab di padang mahsyar.......
Tetapi, mangsa ISA seperti Fadhlullah...tidak pernah diberikan sebarang untuk membela diri.....
Berbahagialah rakyat Malaysia yang mempunyai undang-undang dan Menteri Dalam Negeri sepertimana yang sedang wujud sekarang ini.
Sesiapa yang ingin menghulur derma untuk memudahkan keluarga tahanan ISA menyambut Aidilfitri di Kem Kamunting, harap dapat berhubung dengan bendahari GMI Pn Nashita Md Noor di hp 0132096373 melalui akaun May Bank 162209939776.Moga sumbangan anda diganti dengan syurga.
0 ulasan:
Catat Ulasan