Air paip sama bahaya dengan ISA?

| |
Aduh sakitnya kaki...lenguhnya yang amat sangat!! Ku jenguk Abah Suhaib di ruang tamu, televisyen yang sedang tengok dia mendengkur diatas sofa rotan.Letih sangat lah tu.... Apa tak letihnya, siang tadi kami berjalan hampir 4 kilometer..dari stesen LRT Pasar Seni hingga ke Masjid Negara dan baliknya dari Masjid Negara ke Masjid Jamek untuk menaiki LRT ke stesen Titiwangsa kerana kereta kami ditinggalkan disitu.
"Best ke Bah" tanya Suhaib kepada ayahnya. "Boleh lah....tapi kita sampai dah lewat, orang pun dah berapa ramai...tapi sempat gak tengok bom asap dan pancutan air asid dari lori merah polis.." terang Abah (Mat Sah) panjang lebar.Biar lambat asalkan hadir.... walaupun lewat, kami masih bernasib baik kerana masih sempat menyaksikan babak drama pancutan air asid, lontaran gas pemedih mata serta berlari dari dikejar polis yang nampaknya terlalu marah kepada semua mereka yang berhimpun aman di hadapan Masjid Negara petang tadi.Abah menyaksikan dari dekat, perangai dan tindakan polis-polis FRU ,beruniform dan SB berpakaian biasa "mengerjakan" beberapa lelaki yang "di tanda" untuk ditangkap sebagai satu contoh supaya orang lain segera beredar dari tempat itu.Macam mana rakusnya mereka(polis )di tempat awam, begitulah sikap mereka ditempat tertutup sepertimana yang telah dilalui oleh semua tahanan ISA seperti beliau. Bagi tahanan 7 tahun, peristiwa tadi hanyalah satu aksi kecil dari pelbagai aksi ganas polis kepada mereka yang ditahan 60 hari di Police Remand Center di K.L

Walaupun jam menunjukkan hampir tiga petang, orang ramai masih tidak berganjak dari tempat masing-masing.Semua seolah-olah tidak berpuas hati dengan himpunan tersebut.Polis akhirnya menunjukkan "kuasa' nya bila kelihatan lori merah bergerak kearah orang ramai yang berkumpul di tepi jalan. Jika sebelum itu gas pemedih mata tidak meinggalkan kesan, kehadiran lori merah memang tidak digemari oleh para demonstran.Semua cabut lari......

Mungkin ada yang berkata, "ramai giller" orang di Masjid Negara siang tadi.Namun , bagi demonstrator veteran seperti kami ini, jumlah itu tidak lah besar sangat. Dalam sejarah, ada banyak lagi demo yang lebih besar salah satunya demo anti-ISA yang diadakan pada tahun 2009.Ketika itu lebih 600 orang ditahan dan 29 orang di caj di mahkamah termasuk seorang kanak-kanak berusia 16 tahun.
Hari ini hari Ahad.Demo air SYABAS ni rasanya agak "mild" kerana sepatutnya, lebih ramai penduduk Selangor yang turun ke K.L untuk menyatakan tidak redhanya mereka dengan harga air yang bakal naik tidak lama lagi. Tidak dapat dipastikan , dimanakah pengguna air Selangor yang lain. Mungkin juga mereka tidak mengetahui mengenai isu air ini atau takut ditahan polis atau amat khuatir ditahan dibawah ISA....Terlalu banyak kemungkinan ketidakhadiran itu...
Walau apa pun, tahniah diucapkan pada semua yang telah menghadiri DEMo tersebut. Sebenarnya, penyampaian memo oleh MB pada YDP Agung bukanlah perkara utama.Perkara yang paling penting ialah rakyat memberi pesanan ringkas kepada kroni penguasa ISA @ penguasa UMNO/BN supaya lebih berperikemanusiaan dan perihatin dengan keperluan asas rakyat .Kenaikan barangan asas seperti gula, petrol,diesel amat berat untuk ditelan,dan pastinya kenaikan harga air bakal mengundang kesengsaraan yang lebih kepada orang ramai.
"Buat apalah susah-susah berdemo kerana air paip..." saya terdengar seseorang berkata demikian.Mungkin rakyat negara ini terutama di Selangor, ramai yang hidup senang dan tidak kisah dengan kenaikan 37 peratus tersebut.....Namun, tidak salah untuk mengambil tahu,kenapa MB Selangor beria-ia benar untuk menyekat kenaikan tersebut.....
Jika bukan rakyat yang memperjuangkan hak mereka, siapa lagi???

1 ulasan:

Awanama berkata...

disebabkan anda lah msia huru hara.
org mcm anda ni bodoh dan tidak layak sama skali menjadi guru.

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]