ISA mencabul hak dan maruah kami....

| |


Selama lebih 7 tahun dia(Mat Sah@Abah Suhaib) ditahan di Kem Kamunting, Allah SWT telah temukan saya dengan pelbagai lapisan aktivis masyarakat yang begitu perihatin dengan nasib tahanan akta tahan tanpa bicara ISA seperti saya dan ratusan yang lain.Dan selama itu juga, saya menghadiri ratusan program yang di rangka oleh Gerakan Mansuh ISA hanya untuk memberitahu pihak berwajib bahawa pasangan saya tidak bersalah dan mendesak penguasa ISA supaya membebaskan beliau atau dakwa saja di mahkamah.Ketika itu, saya terlalu ingin supaya satu hari nanti, suami juga akan turut serta dalamkempen anti-ISA supaya lebih ramai insan biasa seperti kami yang menyedari tentang kedurjanaan akta ini sekaligus memberitahu mereka supaya tidak takut atau gentar dengan akta tersebut.Selama tujuh tahun itu, saya kerap ditemani oleh anak tunggal kami iaitu Suhaib dan juga teman-teman dari GMI. Saya selalu impikan bahawa suuatu hari nanti, saya dapat terus mendidik rakyat supaya menolak ISA bersama-sama suami yang merasai sendiri kepahitan hidup sebagai banduan yang tidak pernah dibicarakan, di sebalik pagar berduri Kem kamunting.Saya sering berdoa supaya suami akan turut serta dalam mendidik orang ramai supaya menolak pemimpin yang menggunakan akta ini, hanya untuk kepentinganperibadi mereka saja!!!!

Alhamdulillah, Allah kabulkan doa tersebut. Sejak memperolehi kebebasan mutlak sebulan yang lalu, kami berdua mula menyusun langkah untuk bersama GMI meneruskan usha membebaskan 15 tahanan ISA yang masih lagi ditahan di Kem Kamunting.Mungkin ketika ini langkah kami berdua masih sumbang kerana terlalu banyak perkara yang perlu kepada "adjustment" namun ,kami cubamemulakannya dengan berhati-hati.

Baru-baru ini, kami diberi peluang oleh SUARAM untuk menyempurnakan pelancaran buku laporan Tahunan SUARA 2009.Saya dan Mat Sah telah sama-sama dijemput berucap di majlis tersebut......

Bukan mudah bagi seseorang yang pernah dipenjara selama lebih 7 tahun seperti Mat Sah untuk bertemu orang ramai.Pelbagai perasaan dan trauma yang burok masih membelenggu dirinya.Bagi mereka yang tidak pernah dipenjara, memang amat mudah memberi pelbagai cadangan dan saranan namun, hanya mereka yang pernah menghuni tempat yang dikelilingi pagar berduri itu saja yang tahu, baetapa sukarnya untuk "menyimpan dan membersihkan" nostalgia ketika dipisahkan dari keluarga dan masyarakat tanpa sebarang proses mahkamah!!!!

Apa yang jelas, kami hanya mempertahankan hak diri kami yang pernah dicabuli oleh ISA.Walaupun telah 7 tahun ditahan, mangsa ISA tetap dimomokkan oleh kerajaan sebagai "kumpulan yang masih memberi mudhdarat" kepada negara dan kami tidak pernah diberi peluang untuk membuktikannya di mahkamah terbuka.

Islam,satu-satunya ugama yang mementingkan keadilan, memberi hak dan persamaan yang jelas terhadap lelaki dan wanita, tiba-tiba.... kami sebagai penganutnya.... dituduh sebagai Muslim Terorist!!!Selama ini, kami dimalukan, kehilangan sumber pendapatan, dipisahkan kasih sayang...semuanya masih boleh diterima lagi. Penguasa ISA menuduh peribadi kami buruk , masih lagi boleh diterima.......Tapi bila tuduhan itu melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada Allah...ianya adalah sesuatu yang amat sukar untuk dimaafkan!!!!

p/s: Kami akan terus berjuang hak yang telah telah dicabuli oleh penguasa ISA!!!

3 ulasan:

azim berkata...

Salam.
teruskan berjuang cikgu!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..Nor laila, kamu teruskan perjuangan!

-sesama guru-

tiram berkata...

Assalamualaikum wrt.

Pn Norlaila,
Sy ani (sekretariat Tabung Impian Rakyat Malaysia) ingin memberi surat jemputan program pada 7 ogos 8mlm di stadium shah alam. Sy hanya dapat no contact pn tapi tiada respon dr puan. Boleh sy dapatkan email/alamat surat menyurat/ fax no. utk invitation tersebut. Untuk makluman, sy telah FAX jemputan kepada pejabat SUARAM.
Harap dpt respon dari puan.
Sekian
Nurani
0136114832

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]